“Gerakan Islam – Satu Sejarah Dan Pengalaman” Selangor, 1989

ABIM BERGOLAK

Satu lagi peristiwa penting yang menggemparkan keutuhan perjuangan Islam di Malaysia berlaku pada tahun 1982 apabila Saudara Anuar Ibrahim, iaitu Presiden ABIM mengisytiharkan dirinya menyertai parti asobiyah, iaitu UMNO. Akibatnya ABIM terpecah dua – satu kumpulan menyokong tindakan Sdr. Anuar dan yang satu lagi menentang. Mereka yang menentang kebanyakannya mengambil tindakan keluar daripada ABIM lalu menyertai PAS. Maka ramailah pejuang-pejuang Islam termasuk dari kalangan pelajar berduyun-duyun mula menyertai PAS yang dipimpin oleh satu barisan kepimpinan baru yang dinamik, berani dan berwibawa.

IRC BUNTU

IRC di Malaysia pada masa itu menghadapi keadaan yang sangat buntu di mana mereka yang inginkan Islam memberi thiqah dan walak kepada kepimpinen PAS sementara kepimpinan IRC masih “bersembunyi”, tidak mengistiharkan siapa mereka. Oleh itu ummah tidak dapat menilai sejauh mana kepimpinannya berwibawa, apakah mereka itu berani berdepan dengan toghut ataupun tidak, ataupun mereka hanya berani menghentam toghut di dalam usrah dan tamrin tertutup saja yang dihadiri oleh orang-orang terpilih, apakah mereka benar-benar memiliki akhlak yang tinggi ataupun akhlak dan jamaah mereka lebih kepada indah khabar dari rupa. Apakah amir IRC seorang ulamak atau jurutera sahaja. Tahukah dia tentang selok belok ugama khasnya hukum-hukum feqah yang sememangnya menjadi pra-syarat kelayakan seseorang pemimpin Harakah Islamiah. Persoalan ini menjadi tandatanya kepada ummah supaya amir IRC dapat dipertanggungjawabkan di khalayak ramai terhadap setiap tindakan yang diputuskannya, sama ada sesuatu tindakan itu menepati syara’ atau tidak.

Sebaliknya barisan kepimpinan PAS kebanyakannya adalah dari kalangan ulamak yang berwibawa, bukan sahaja bijak dan berani menjelaskan isu-isu ultra-sensitif seperti isu kemurtadan, kristianisasi dan hak-hak istimewa orang Melayu tetapi juga berani dikenakan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) malah ada yang telah syahid di jalan Allah, contohnya Almarhum Ustaz Ibrahim Mahmud bersama 13 orang sahabat di Memali (semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh-roh Syuhada’ Memali).

STRATEGI BARU

Keadaan kebuntuan tersebut telah menyebabkan IRC merubah strateginya sekitar tahun 1982. Maka disusunlah satu strategi atau “grand design” terhadap ABIM dan PAS, lalu diperkenalkan konsep Harakah Islamiah Syumuliah, HIS [Takrif HIS IRC adalah tidak sama dengan HIS yang diterangkan sebelumnyaj. Dalam rangkakerja HIS IRC, ABIM dan PAS hendak dijadikan "wajah-wajah" jamaah (wujuuhul jamaah) IRC semata-mata. Dalam istilah politik moden, strategi ini akan menjadikan ABIM dan PAS sebagai gerakan-gerakan depan (front organisations) semata-mata dan kepimpinan ABIM dan PAS sebagai boneka-boneka (maaf kasar sedikit di sini) yang hanya boleh bertindak menurut arahan kepimpinan IRC. Oleh itu kekuasaan sebenar berada dalam tangan amir IRC bukan amir ABIM atau PAS.
Menurut strategi ini orang-orang tertentu IRC yang mampu mendapat pengaruh akan dihantar bertugas hampir sepenuh masa di dalam PAS dan ABIM. Mereka akan memainkan peranan untuk mewujudkan satu suasana jamaah-dalam-jamaah di mana jamaah baru ini akan terdiri daripada mereka yang memiliki fikrah IRC dan berwalak kepada IRC. Kumpulan ini akan memainkan peranan bagi melaksanakan strategi HIS untuk IRC. Paling kurang hasil yang diharapkan dari kumpulan ini ialah mereka akan bersikap lembut terhadap IRC.

Menerusi strategi baru ini IRC telah dapat meyakinkan kepimpinan PAS tentang niat ikhlas (?) mereka untuk bersama membantu PAS khasnya dalam program-program tarbiyah. Lujnah tarbiyah PAS pusat telah menjemput dua orang ahli majlis syura IRC untuk bersama-sama dalam lujnah tersebut. Serentak dengan itu hampir keseluruhan program tarbiyah PAS, termasuk di institusi-institusi pengajian tinggi, diserahkan kepada ahli-ahli IRC untuk dikendalikan.

HARAP PAGAR PAGAR MAKAN PADI

Malangnya IRC telah mengingkari janjinya dan bertindak bak kata pepatah "harap pagar pagar makan padi". Tujuan sebenar mereka menyertai PAS mulai terbongkar. IRC bukan sekadar mengendali program tarbiyah PAS tetapi juga dikumpulkannya secara rahsia ahli-ahli PAS yang berpotensi (yang bakal menjadi pemimpin) dan mereka dibawa keluar daripada PAS untuk menyertai jamaah sulit mereka IRC. Lunas-lunas akhlak Islam telah tidak diikuti oleh kepimpinan IRC. Apabila tembelang IRC diketahui oleh pucuk pimpinan PAS mereka telah diberi kata-dua dan diminta supaya membuat pilihan, iaitu sama ada kekal di dalam PAS dengan meninggalkan IRC ataupun berhenti terus daripada mengkhianati PAS. Sungguhpun begitu sebagai mematuhi syariat berjamaah tiada seorang pun ahli IRC dipecat daripada jamaah PAS. Lanjutan daripada itu program-program dakwah yang ada kaitan dengan PAS khasnya di pusat-pusat pengajian tinggi berpecah kepada dua: satu kumpulan yang jauh lebih ramai kekal bersama PAS sementara yang satu lagi menyertai IRC.

Tindakan IRC selanjutnya jelas menunjukkan strateginya terhadap PAS masih diteruskan sebab meskipun sebahagian besar ahli IRC telah berundur daripada PAS masih ada beberapa individu yang berpangaruh kekal di dalam PAS. Kehadiran mereka bukan disebabkan mereka telah mufaraqah (istihar keluar) daripada IRC tetapi atas arahan kepimpinan IRC sendiri - mereka tidak pernah mengistiharkan diri mereka keluar daripada IRC, malah hubungan mereka dalam bentuk usrah-usrah sulit (rahsia) masih diteruskan.

Perlu ditekankan di sini semasa kepimpinan IRC berulang-ulang menemui kepimpinan PAS (sebelum perpecahan berlaku) mereka telah mengisyhtiharkan bahawa IRC tidak wujud di Malaysia, yang ada hanya bekas ahli-ahli IRC. Oleh sebab itu kepimpinan PAS tidak menimbulkan soalan siapakah amir mereka atau siapakah ahli-ahli majlis syura mereka. Malah sebahagian besar pengikut-pengikut IRC sendiri termasuk dari kalangan siswa/siswi tidak diberi maklumat tepat atau tidak diberitahu langsung tentang siapakah barisan kepimpinan jamaah yang mereka sedang ikuti. Sebenarnya IRC mengamalkan sistem pengkelasan dalam keahliannya. Daripada empat peringkat hanya peringkat tertinggi diberi hak mengetahui dengan tepat struktur dan kepimpinan jamaah.

PERJUANGAN DI LUAR MALAYSIA

Sekarang kita kembali kepada masalah dakwah di kalangan pelajar. Semasa PAS mempercayai IRC telah bersatu dengannya tiada usaha dijalankan di luar negeri, sama ada di United Kingdom, Amerika Syarikat atau Timur Tengah untuk menubuhkan cawangannya di sana sebab peranan ini dimainkan oleh IRC di U.K. dan MISG (dikuasai oleh IRC setelah dirampas dari ABIM yang menubuhkannya) di Amerika. Akan tetapi, dalam keadaan sekarang adalah mustahil PAS dapat mengharapkan mereka yang menerima tarbiyah IRC di luar negeri pulang untuk menyertai PAS.

Alhamdulillah, kepimpinan PAS sedang mengambil langkah-langkah tertentu supaya pelajar-pelajar di seberang laut dapat menyertai perjuangan PAS, insyaAllah. Oleh itu sekarang sudah wujud sayap-sayap PAS (secara tidak rasmi) dl luar negeri termasuklah di U.K., USA dan Timur Tengah.

WAHAI MUJAHID ILALLAH

Akhir kata, jadilah anda tentera-tentera dan srikandi-srikandi Allah yang sentiasa peka kepada perpaduan ummah dan cita-cita perjuangan mereka. Jauhkan diri daripada tindakan-tindakan negatif yang membawa keretakan dan perpecahan pada saff para mujahidin ila Allah. Sebab ummah mukminin adalah ummah yang satu. Seruan dan perintah Allah dan RasulNya adalah jelas iaitu semua orang-orang beriman hendaklah bersatu dalam satu jamaah. Oleh itu jika anda terdengar seruan dan ajakan yang sebaliknya maka pastilah ianya bukan dari ajaran Allah dan RasulNya tetapi ajaran orang-orang yang tidak betul yang sanggup mengkhianati dan melemahkan perjuangan ummah yang sedang berjihad menegakkan kembali Ugama Yang Suci, meskipun mereka mendakwa diri mereka sebagai pejuang-pejuang yang berakhlak meninggi langit. Lagipun orang yang berakhlak tinggi sifatnya tidak sekali-kali suka menceritakan tentang kebaikan dirinya kepada orang lain, jauh sekali daripada menjaja ke sana sini memberitahu orang betapa akhlaknyalah yang terbaik.

Dalam keadaan apa sekali pun jangan berganjak walaupun seinci daripada manhaj perjuangan orang-orang beriman, iaitu : "Alghaayah laa tubarrirul wasilah." maknanya "Matlamat tidak boleh membersihkan (menghalalkan) cara. "
Maksudnya, jika matlamat sesuatu tindakan itu adalah baik untuk mencari keridhaan Allah (s.w.t.) maka cara yang diambil bagi mencapai matlamat itu juga hendaklah syar'i atau diridhai Allah.

Oleh itu jika menubuhkan jamaah baru setelah sudah wujud jamaah Islam adalah haram di sisi Allah (lantaran ia memecah belahkan ummah) maka anda hendaklah yakin ianya adalah haram; atas alasan apa pun jangan sekali-kali terlibat di dalam penubuhannya ataupun menyokongnya. Ataupun jika berbohong dan menipu sesama mukmin itu adalah haram menurut Allah dan Rasulnya maka jangan sekali-kali menjadikan sifat-sifat dayus ini sebagai bahan tarbiyah dan senjata perjuangan. Dan lagi jika bekerjasama dengan musuh-musuh Allah bagi menjatuhkan kumpulan Islam adalah sangat-sangat dilarang oleh Allah dan RasulNya maka anda hendaklah yakin orang yang terlibat tidak langsung layak memimpin ummah meskipun beliau seorang lulusan ugama. Sebab apakah anda tidak hairan Ugama Islam yang Suci ini dapat ditegakkan dengan cara-cara yang bathil seperti ini ?!!.

Dalam satu riwayat Imam Syafie rahimahullah dikatakan tidak tidur malam kerana memikirkan masalah ummah termasuk masalah perpecahan ummah di zamannya meskipun institusi khalifah masih berjalan dan syariat Islam masih tertegak. Sekarang sisem khalifah sudah tiada lagi dan syariat Islam sudah lama tumbang, maka ummah sangat-sangat memerlukan lebih ramai orang memikirkan masalah perpecahan dan bagaimana penyelesaian dapat dicapai. Ummah sudah bosan dengan sikap negatif kumpulan yang sengaja mencari-cari kelemahan pejuang-pejuang sejati serta suka menimbulkan keraguan terhadap kepimpinan mereka.

RUMUSAN

Beberapa rumusan penting boleh dikutip daripada huraian sejarah ringkas Gerakan Islam di Malaysia:

1. Penubuhan jamaah-jamaah baru khasnya IRC bukan didasarkan kepada tuntutan syara' dan ia lebih banyak mendatangkan mudharat daripada menafaat kepada kejayaan perjuangan Islam di Malaysia kerana terlalu banyak masa, tenaga dan wang dihabiskan lantaran pergeseran sesama pejuang-pejuang Islam

2. Hadith Rasulullah (saw), "Berjamaah itu rahmat dan berpecah belah itu azab" adalah tepat sekali. Dulu pejuang-pejuang Islam bersatu padu dan ummah melihat pertentangan di dalam masyarakat hanya antara kumpulan Islam dengan kumpulan yang tak nak Islam (iaitu gabungan antara orang fasiq, munafiq dan kafir) tetapi kini terlalu banyak hijab dan tembok ditegakkan di tengah-tengah para mujahidin ila Allah yang menjadikan mereka seperti orang-orang asing (strangers) dan musuh (enemies) sesama mereka. Sudah terlalu ramai pejuang yang dulunya bersahabat karib kini menjadi musuh ketat.

3. Setiap mukmin hendaklah berjihad bagi menyatupadukan kembali ummah dengan tidak menyokong atau menyertai jamaah-jamaah baru. Jika ada pemimpin atau anggota jamaah baru yang merasai dirinya lebih layak memimpin ummah (sebab akhlaknya lebih baik, jelas manhaj dan matlamat perjuangannya, dll) maka tinggalkanlah jamaah baru itu dan sertailah jamaah tertua PAS dan jika benar seperti yang dirasai sudah tentu ummah akan memilihnya untuk memimpin mereka.

[Seperti yang telah diungkap kerana komen oleh yang disegani Ust Annuar Salleh, YDP ISMA Hulu Langat, maka atas rasa hormat, penuh rendah diri, kami tangguhkan semua poin sanggahan2 yang dikutip daripada tulisan beliau untuk dijadikan peluru tembak kembali. (",).. Kami akan berusaha mencari analogi lain yang tidak berkait dengan ibadah khusus, moga2 beliau tidak terkeliru. Serentak dengan itu juga, kami diilhami untuk mengkaji berkaitan Sejarah Masjid Dhirar -yang ini betul2 untuk Qias- yang bukan ibadah khusus; supaya jelas mana satu kiasan, mana satu qiasan!_! Nantikan ya hasil kajian... !]

“Gerakan Islam – Satu Sejarah Dan Pengalaman”  Selangor, 1989

GERAKAN ISLAM

Apakah yang dimaksudkan dengan Gerakan Islam atau Harakah Islamiah ?
Sebelum itu kita cuba memahami dulu maksud perkataan jamaah. Menurut Hadith yang masyhur tiga orang yang bermusafir hendaklah melantik seorang amir atau ketua dari kalangan mereka. Dalam perkataan lain tiga (atau lebih) orang yang sedang bermusafir dikehendaki menubuhkan sebuah jamaah. Bagaimanapun jamaah ini bersifat sementara sebab sekembalinya musafirin tersebut ke tempat asal mereka jamaah pun dibubarkan.

Berdasarkan kepada pengertian ini setiap pertubuhan atau organisasi, sama ada berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran atau tidak, adalah sebuah jamaah. Harakah (Gerakan) bolehlah ditakrifkan sebagai sebuah jamaah yang bergerak/bergiat/berjuang bagi mencapai matlamat yang lebih besar seperti menegakkan ideologi dan cara hidup dengan melibatkan massa atau orang ramai. Oleh itu satu golongan massa yang berjuang bagi menegakkan demokrasi contohnya adalah satu gerakan atau harakah, dan dipanggil Gerakan Demokrasi atau Harakah Demokrasi. Begitu juga dengan Gerakan Nasionalisme bagi menegakkan ideologi dan cara hidup yang berlandaskan perkauman, dan Gerakan Komunis bagi menegakkan sistem komunis, dan sebagainya.

Apa yang dinamakan Harakah Islamiah atau Gerakan Islam merupakan satu jamaah yang berjihad bagi menegakkan sistem hidup Islam (Nizomul Hayatul Islami). Tergolong dalam takrif ini termasuklah jamaah-jamaah Tabligh, Al-Arqam, ABIM, IRC dan PAS.

Harakah Islamiah Syumuliah pula adalah sebuah jamaah yang bermatlamat menegakkan Sistem Hidup Islam yang lengkap (komprehensif), lengkap dari segi keahlian (ulamak, intelek, profesional, petani, buruh, nelayan, dsb.) dan juzuk-juzuk kehidupan (siasah/politik, ekonomi, perundangan (syariat), ketenteraan, dakwah/tabligh, pendidikan (tarbiyah), dsb.) Oleh kerana kesemua ini hanya boleh dilaksanakan dengan tertegaknya sebuah Negara Islam atau Daulah Islamiah, keutamaan perjuangan diberikan kepada jihad dalam bidang siasah, dakwah dan tarbiyah, di samping tidak mengabaikan bidang-bidang lain. Matlamat perjuangan adalah untuk mengembalikan kekuasaan kepada orang-orang mukmin yang bertaqwa dan menyambung semula Khalifah Rashidah.

Di negara kita Harakah Islamiah terbesar dan paling berpengaruh yang menepati takrif ini hanyalah PAS. Di negara-negara lain harakah-harakah yang setanding adalah Ikhwanul Muslimin di Meslr, Jamaatul Islami di Pakistan, Partisi Refah di Turki. Kesemua jamaah ini terlibat di dalam pilihanraya bagi menegakkan Negara Islam, sungguhpun pilihanraya diyakini bukan jalan tunggal untuk mencapai matlamat. Di negara-negara lain yang tidak membenarkan Ummah Muslimin mengambil bahagian di dalam pilihanraya, ataupun negara berkenaan tiada pilihanraya, perjuangan mengambil bentuk jihad bersenjata dan/atau jihad bawah tanah. Contoh jihad bersenjata termasuklah Mujahidin Afghanistan, Mujahidin Patani, Mujahidin Eriteria dan Mujahidin Moro. Contoh jihad bawah tanah ialah Mujahidin di negara-negara komunis, Iraq dan Syria.

Apabila sahaja Negara Islam dapat ditegakkan Harakah Islamiah tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya, dan sistem pemerintahan kini berpandu kepada pemerintahan Rasulullah (saw) dan Khalifah-Khalifah Rashidah, khasnya Khalifah Abu Bakr AlSiddiq, Omar Ibnul Khattab, Osman bin Affan, Ali bin Abi Talib dan Omar bin Abdulaziz, semoga Allah meredhai kesemuanya.

GERAKAN ISLAM DI UNITED KINGDOM

Kita mulakan pembicaraan dengan melihat kepada Gerakan Islam di United Kingdom.

Usaha dakwah di kalangan pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom sebenarnya bermula di Tanah Air sendiri iaitu di Institut Teknologi Kebangsaan (kini dinaikkan taraf kepada Universiti Teknologi Malaysia), sekitar hujung tahun 60′an dan awal 70′an. Sekumpulan pelajar, kebanyakannya pelajar-pelajar kejuruteraan, telah dilatih dan ditarbiyah (dididik) oleh seorang pensyarah pinjaman dari Institut Teknologi Bandung bernama Pak Imaduddin Abdul Rahim untuk menjadi kader-kader dakwah.

Pada awal tahun 70′an perjuangan Islam di Malaysia didukungi oleh dua kumpulan (jamaah/harakah) terbesar: Parti Islam Se Malaysia, PAS (wadah berpenekanan politik) dan Angkatan Belia Islam Malaysia, ABIM (wadah belia dan non-partisan). Bagaimanapun, hubungan antara keduanya adalah erat bak kata pepatah seperti isi dengan kuku, tiap satu memainkan peranan yang saling menguatkan perjuangan Islam (complimentary roles). Kader-kader dakwah ini merasa diri masing-masing berintima’ (bersama-sama) dengan ABIM dan PAS sekaligus. Oleh kerana medan perjuangan ABIM adalah di kalangan belia, usaha dakwah di kalangan pelajar dan siswa/i pada masa itu mempunyai hubungan hampir langsung dengan ABIM.

MELANJUTKAN PELAJARAN

Di awal tahun 70′an juga, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan polisi menghantar seberapa ramai yang mungkin pelajar-pelajar Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di United Kingdom. Di antara yang merebut peluang ini termasuklah sebilangan besar kader-kader tersebut. Menerusi program ini mereka dapat mendaftarkan diri di berbagai-bagai universiti dan politeknik di United Kingdom (U.K.). Walaupun demikian, sebahagian besar daripada mereka bertumpu di kawasan Brighton (Selatan U.K.) dan Glasgow (Selatan Scotland). Semasa di U.K. pelajar-pelajar ini berpeluang meneruskan perjuangan Islam disebabkan di sana sudahpun wujud dua kumpulan dakwah besar tiap satu mempunyai hubungan dengan jamaah induk masing-masing di India dan Pakistan. Kumpulan-kumpulan ini adalah Jamaah Tabligh dan United Kingdom Islamic Mission, [cawangan Jamaatul Islami (Maududi), Pakistan].

PERPECAHAN

Pertemuan ini telah memberi pengalaman baru kepada kader-kader tersebut tetapi ada padahnya. Kumpulan yang sebelum itu merupakan satu ikatan yang padu dari segi fikrah dan tanzim telah terbelah dua – satu mengikut stail tabligh sementara satu lagi mengikut stail Jamaatul Islami yang juga menjadi manhaj harakah-harakah lain saperti PAS, ABIM dan Ikhwanul Muslimin, Mesir. Sudah menjadi resam perpecahan maka berlakulah tidak bertegur sapa, bermasam muka dan perbalahan antara kedua kumpulan tersebut di khalayak ramai. Perbalahan itu contohnya berlaku selepas solat Jumaat di mana pengikut Tabligh akan meminta orang ramai supaya tunggu untuk mendengar bayan (ceramah) dan ini ditentang oleh kumpulan satu lagi yang menganggap tindakan itu tidak syari’ kerana seolah-olah menghalang orang ramai daripada pulang ke rumah masing-masing setelah selesai solat Jumaat.

PENUBUHAN IRC

Lanjutan daripada itu timbullah kesedaran di kalangan beberapa orang daripada kader-kader untuk berusaha supaya kedua-kedua kumpulan bercantum semula. Usaha ini mengambil bentuk satu wadah atau platform yang dikenali sebagai Islamic Representative Council (IRC). Tepat dengan namanya, objektif utama IRC adalah untuk menjemput wakil-wakil daripada dua kumpulan tadi dan juga mereka yang mirip kepada Islam tetapi tidak menyertai mana-mana kumpulan untuk bersama-sama dalam satu majlis yang akan berusaha menyatupadukan semula pelajar-pelajar Islam. Maka diwujudkanlah usrah-usrah yang dianggotai oleh wakil-wakil tersebut.

Malangnya usaha yang murni itu gagal mencapai objektifnya – yang tabligh tetap tabligh, yang mirip kepada nasionalisme tetap dengan pegangannya sementara bakinya merubah corak IRC daripada satu platform semata-mata menjadi satu jamaah yang memiliki amir serta majlis syura dan tanzimnya sendiri. Bagaimanapun, IRC telah memilih jalan untuk menyembunyikan barisan kepimpinannya daripada pengetahuan dan penilaian ummah. Yang dapat dilihat oleh orang ramai hanyalah program-program dakwah dan rehlah. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1975/1976.

SUARA AL-ISLAM

Belum sempat IRC merasai ketenangan, kepimpinannya mula bergolak. Beberapa orang kepimpinan telah keluar daripada IRC dan menubuhkan jamaah baru yang diberi nama Suara Al-Islam. Perbezaan antara keduanya hanyalah pada cara perjuangan hendak diteruskan. IRC ingin cara yang berteraskan tarbiyah sementara Suara Al-Islam memilih cara radikal dan revolusioner yakni dengan menimbulkan isu-isu penting dan asas di tengah-tengah masyarakat dan dengan itu program tarbiyah tidak menjadi isu utama. Bagi mereka tarbiyah adalah pertembungan langsung dengan kuasa-kuasa toghut di dalam masyarakat.

Bagaimanapun, beberapa tahun selepas itu kepimpinan serta ahli-ahli Suara Al-Islam memilih jalan yang wajar dan menepati syara’ untuk menyertai PAS sekembali mereka ke Malaysia. PAS memiliki ciri-ciri yang lebih lengkap yang merangkumi ciri-ciri perjuangan IRC dan Suara Al-Islam. Lagipun PAS merupakan harakah/jamaah tertua yang ditubuhkan oleh ummah Muslimin di Malaysia untuk berjuang bagi menegakkan Daulah Islamiah di negeri ini.

Satu babak penting dalam asam garam perjuangan Islam di Malaysia berlaku sekitar tahun 1976/77, iaitu apabila beberapa orang pemimpin dan ahli IRC kembali ke Tanah Air. Mereka bukan sahaja tidak mahu menyertai jamaah yang sedia ada iaitu ABIM-PAS, tetapi sudah mula mengkritik daripada luar kepimpinan perjuangan Islam masa itu. Kalau objektif asal IRC ditubuhkan adalah untuk menyatupadukan kumpulan-kumpulan yang berpecah di U.K., kini IRC (secara disedari ataupun tidak disedari ?) memainkan peranan sebaliknya iaitu untuk memecah dan melemahkan barisan perjuangan ummah yang telah bersatupadu seperti yang dituntut oleh Allah s.w.t. dalam surah As-Saff, ayat 4 :

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”

JAMAAH BARU DI MALAYSIA

IRC telah memilih jalan yang sangat-sangat ditegah oleh Allah dan Rasulnya iaitu menubuhkan jamaah baru di Malaysia sungguhpun sudah wujud jamaah Islam. Allah (s.w.t.) telah melarang tindakan ini secara keras dan jelas di dalam Kitab Suci AlQuran:

“Dan berpegang teguhlah kepada tali (agama) Allah, dan jangan kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu, lalu jadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara.” (Surah Ali Imran, Ayat 103)

“Sesungguhnya orang-orang yang memecah belahkan agamanya dan mereka menjadi bergolongan, tidak ada sedikitpun tangggungjawabmu terhadap mereka (mereka bukan daripada kamu – tafsir).” (Surah AlAn’am, Ayat 159)

Di samping itu terdapat juga banyak hadith Rasulullah (s.a.w.) yang melarang ummah daripada berpecah atau membuat jamaah baru:

Sabda Baginda yang bermaksud “Hendaklah kamu bersama-sama Jamaah Muslimin dan pimpinan mereka.”

Lagi sabda Baginda yang bermaksud, “Berjamaah itu rahmat dan berpecah belah itu azab.”

Pada masa yang sama kepimpinan ABIM dan IRC mengadakan rundingan bagi mencari jalan persefahaman demi untuk kebaikan perjuangan Islam. Maka satu persefahaman tidak resmi, atau tidak bertulis telah dicapai, iaitu ABIM tidak akan mengembangkan sayapnya ke United Kingdom dan sebagai balasan ahli-ahli dan kepimpinan IRC akan menyertai ABIM sekembalinya mereka ke Malaysia.

Sungguhpun ABIM telah menepati janjinya, sebahagian besar kepimpinan dan ahli IRC yang pulang ke Tanah Air tetap bertegas tidak mahu menyertai ABIM. Di antara tuduhan terhadap ABIM termasuklah matlamat perjuangan ABIM tidak jelas, tiada tarbiyah dll, meskipun aspek-aspek ini dapat diperbaiki dengan pernyertaan mereka ke dalam ABIM (jika benar IRC mempunyai matlamat yang jelas dan ada tarbiyah!). Lagipun tuduhan-tuduhan itu bukanlah hujjah-hujjah syara’ dan boleh dipertikai. Anihnya, ABIM yang memiliki beberapa lulusan Al-Azhar dari kalangan kepimpinannya, malah ada yang mendapat tarbiyah Ikhwanul Muslimun, diragui tentang kejelasan perjuangan mereka oleh kumpulan yang rata-rata berpendidikan bukan-agama, yang mempelajari Islam selama sejam atau dua jam seminggu sahaja !?

IRC mulai bergiat di Malaysia khasnya di kalangan pelajar-pelajar dan kakitangan-kakitangan akademik universiti. Seperti yang dijangkakan, berlakulah peristiwa-peristiwa pijak memijak kaki satu sama lain dengan ABIM. Kepimpinan pelajar yang mempunyai hubungan langsung dengan ABIM cuba diambil alih oleh IRC. Akibatnya ABIM tidak ada pilihan lain kecuali mengembangkan sayapnya ke United Kingdom sebab ABIM menghadapi keadaan buntu di mana keahliannya dari kalangan lulusan United Kingdom semakin merosot. Maka ditubuhkanlah ABIM-U.K. sekitar awal 80′an.

PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA BERPECAH LAGI

Dengan tertubuhnya ABIM-U.K. perpecahan di kalangan pelajar-pelajar Malaysia menjadi lebih buruk. Kini pelajar-pelajar Malaysia di Britain berpecah kepada empat kvunpulan besar – Tabligh, IRC, Suara Al-Islam dan ABIM di samping wadah nasionalist UMNO-U.K.

Berlakulah kepada pejuang-pejuang Islam di rantau orang apa yang tidak berlaku kepada penjajah British sendiri semasa mereka di negeri kita, iaitu perebutan kuasa sesama sendiri bagi mencari pengaruh. Masing-masing menyediakan strategi bagi merampas pertubuhan-pertubuhan pelajar seperti “Islamic Society” dan “Malaysian Student Society” di hampir setiap institusi di mana terdapat pertubuhan-pertubuhan seperti itu. Contohnya, apabila diadakan Mesyuarat Agong Tahunan sesebuah pertubuhan maka ahli-ahli akan mengambil tempat masing-masing di dalam dewan mesyuarat – sebelah dewan diduduki oleh ahli-ahli IRC sementara sebelah lagi oleh ahli-ahli ABIM.

Berlakulah tikam lidah antara kedua-dua puak masing-masing cuba menegakkan kepentingan puaknya. Begitu juga dengan tempat penginapan. Satu tempat didiami oleh orang-orang IRC dan orang-orang ABIM pula mencari tempat lain. Apabila diadakan kenduri maka ahli-ahli kumpulan sahaja dijemput. Panduan perkahwinan seperti yang diajar oleh Rasulullah (s.a.w.) diubah daripada empat perkara (ugama, keturunan, kecantikan dan kekayaan) kepada lima dengan ditambah satu lagi syarat, iaitu bakal suami/isteri hendaklah menjadi ahli jamaah yang sama.

Jika direnung dengan tajam maka terasalah sedih dan malu terhadap apa yang berlaku. Islam adalah Ugama Suci, Ugama Benar, Ugama Tunggal Diridhai Allah tetapi malangnya “seolah-olah” ugama ini tidak mampu menyatupadukan satu kelompok umatnya yang kecil yang rata-rata terdiri daripada orang-orang yang boleh berfikir sendiri tanpa dipengaruhi oleh mereka yang berkepentingan. Yang sedihnya ini berlaku di rantau orang dan di negeri orang kafir pula. Sepatutnya orang-orang mukmin menunjukkan akhlak yang tinggi kepada orang-orang kafir sebagai contoh dan uswah hasanah supaya hati mereka dapat dijinakkan kepada Islam. Konsep ukhwah atau persaudaraan dalam Islam telah menjadi kabur, daripada menjadi sesuatu yang memisahkan antara iman dan kufur kepada sesuatu yang memisahkan satu jamaah Islam daripada jamaah Islam lain. Sebenarnya, Allah (swt) telah menganugerahkan kepada kita konsep ukhwah yang betul, iaitu seperti firmanNya:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah bersaudara … ” (Surah Al-Hujurat, Ayat 10)

bukannya “Sesungguhnya orang-orang IRC sahaja bersaudara” atau “Sesungguhnya orang-orang ABIM sahaja bersaudara,” atau sebagainya. Oleh itu berilah hak persaudaraan kepada setiap individu yang mengaku ia beriman kepada Allah dan Rasulnya. Allah (s.w.t.) telah menyatukan hati-hati orang-orang beriman dan menghapuskan permusuhan sesama mereka maka siapakah anda, dengan membuat jamaah baru, tergamak meletakkan hijab dan tembok antara individu-individu mujahid mukmin – yang satu mengikut anda sementara yang satu lagi mengikut jamaah yang sedia wujud ?

[Setelah diasak dengan begitu panjang sekali komen oleh yang berhormat Ust Annuar Salleh, YDP ISMA Hulu Langat, maka atas rasa hormat, penuh rendah diri,  kami tangguhkan semua poin sanggahan2 yang dikutip daripada tulisan beliau untuk dijadikan peluru tembak kembali. (",).. Dengan penuh insaf, kami akan berusaha mengkaji kitab yang dicadangkan beliau supaya kami tidak kelihatan seperti 'budak baru belajar'. Maka dengan itu untuk sementara waktu ini, kami kongsi dahulu sejarah gerakan Islam yang kami temui demikian.]

::Ini satu Analogi Bukan Satu Kias MengIstinbat Hukum::

Perumpaan Mereka yang Mengasaskan gerakan Islam baru sedangkan sudah wujud satu gerakan yang mendokong cita2 Islam secara syumul adalah seperti membuat jemaah Solat baru di suatu masjid sedangkan sudah ada satu Jemaah sedang solat.

Maksud analogi ini:

1) Dalam kiasan di atas, yang menjadi isu asas adalah membuat jemaah solat baru dan melantik satu imam baru sedangkan sudah ada jemaah yang semestinya berimam.

* KALAU tiada jemaah solat lagi dalam masjid, buatlah! tetapi kalau sudah ada, gabungkan diri sahaja!

* TIDAK ADA celaan sedikitpun kepada orang2 itu kerana melakukan solat, atau berzikir, atau membaca ayat2 Quran.

* Malah digalakkan untuk sesiapa sahaja untuk banyakkan solat, bertakbir berzikir dan membaca quran dalam mana2 masjid.

* YANG MENJADI ISU adalah membuat kelompok jemaah solat baru, sedang sudah wujud jemaah Solat.

## Maksudnya, isu yang seringkali disebutkan kami adalah mengapa perlu dibuat organisasi baru yang asing sepenuhnya daripada barisan kepimpinan yang telah sedia ada?
* KALAU tiada gerakan Islam dalam sesuatu negara itu, maka buatlah! kalau sudah ada, gabungkan diri sahaja!
* TIDAK ADA celaan sedikitpun untuk orang2 itu membuat dakwah, membuat kerja kebaikan, lantang menyuarakan pendapat atau apa2 amal Islami. Malah amat2 digalakkan untuk kalian buat itu semua; tiada kedengkian, tiada halangan, tiada hendak dominasi atau monopoli.
* YANG MENJADI ISU adalah mengapa kalian harus melantik kepimpinan asing, membuat strategi sendiri lalu menjuzu’2kan kekuatan kaum Muslimin kepada kelompok2 yang tiada pemusatan organisasi?

===

2) Dalam kiasan di atas, jemaah yang lebih awal harus dipilih, Imam yang lebih berpengalaman, berilmu dan baik bacaannya hendaklah digabungkan diri.

* KALAU wujud pun berbilang2 jemaah solat, yang lebih ramailah yang lebih afdhol.

* DENGAN ramainya ahli jemaah, lebih ramai yang melaungkan ‘aameeen!’ bersatu padu, dan lebih ramai yang mungkin boleh menegur kesilapan imam, lalu mereka tampung menampung kekurangan!

* MUNKINGKAH doa mereka yang ramai ini lebih diterima tuhan?

## Maksud inilah yang kami mahukan apabila menyatakan ciri2 jemaah yang harus dipilih adalah yang lebih awal diasaskan, yang banyak pengalaman dakwah pahit manisnya, yang dipimpin ulama’ amilin dan tepat pula bacaannya tentang hal ehwal masyarakat [kenal tahap mad3u]
* KALAU pun wujud berbilang2 gerakan, bukankah yang lebih ramai ahlinya itu lebih afdhol?
* DENGAN ramainya ahli gerakan dari berbagai2 latar belakang dan kepakaran, lebih hebatlah kerja2 yang dapat dilaksanakan, dan lebih ramai yang mungkin menegur kesilapan kepimpinan, lalu mereka saling tampung menampung apa2 kekurangan dalam bergerak!
* MUNGKIN kah dengan kekuatan bersatu padu ini, kemenangan lebih dekat?

===

3) Dalam kiasan di atas, kami berpegang bahawa Jemaah solat yang diketuai oleh Imam pertama itu haruslah digabungkan diri oleh sesiapa yang terkemudian, MELAINKAN Imam itu jelas2 tidak reti solat, bacaannya terlalu teruk, atau masjid terlalu besar sehingga kita tidak perasan sudah wujud jemaah solat yang pertama.

* KALAU dibuat juga jemaah solat baru, hendak juga diketahui apa kekurangan Imam Jemaah pertama sehingga perlu mufaraqah?kami mahu kesedaran juga, untuk ikuti yang lebih sohih!
[pastinya sang imam akan tertanya2, apa silap aku?]

## Maksudnya, apa yang kami pintakan, Jemaah Islamiah yang lebih awal wujud itu haruslah setiap Muslim gabungkan tenaga kepadanya, melainkan gerakan Islam itu dipimpin oleh yang tiada Fikrah Islamiah (politikus oppurtunis contohnya), atau fahamannya tentang Islam terlalu teruk (sekularis contohnya), atau di dalam satu kawasan yang disempadani sebagai negara lain.
* KALAU diasaskan juga gerakan Islam baru, kami hendak tahu, apa kesalahan atau kecacatan jemaah pertama sehingga perlu mufaraqaH? kami mahu kesedaran juga, untuk ikut gerakan yang lebih sohih! [pastinya gerakan pertama akan tertanya2, apa salah kami?]

===

4) Dalam kiasan di atas, jika Imam itu bermazhab lain daripada kita, apakah kita lantas membuat jemaah solat baru yang terdiri daripada yang sama mazhab sahaja?

* ATAU apakah kita ikut solat bersama akan tetapi bertegas mengikut mazhab kita dengan lantang mengkritik basmalahnya (Imam) yang disenyapkan, tangannya yang tidak diletakkan di dada ketika qiam atau tidak membaca qunut dalam solat subuh lantas terang2 pula mengkritik arahan imam dan taksub dengan pegangan sendiri, lalu syadid tidak menerima khilaf dalam bermazhab?

* KETAHUI lah walaupun kita berkhilaf dalam mazhab, dan walaupun kekhilafan mazhab2 feqah itu hendaklah kita berlapang dada, TETAPI dari segi pelaksanaan solat jemaah dalam sesuatu masjid, kita hendaklah bersatu dengan satu imam sahaja!

## Maksud yang hendak kami sampaikan, walaupun kita mungkin berbeza2 aliran dan bermacam2 strategi dakwah, apakah setiap kali berbeza aliran pandangan kita akan buat jemaah baru dengan ahli2 yang sama pemikiran sahaja?
* ATAU apakah kita akan menggabungkan diri bersama Jemaah pertama secara zahir tetapi berniat untuk mengubah jalan strategi yang diputuskan kepimpinan, kagum lagi taksub dengan pandangan sendiri dan keras tidak menerima khilaf dalam pandangan?
* KETAHUI lah walaupun kalian berkata aliran kalian berbeza, walaupun kekhilafahan itu umpama bermazhab2 dan kita harus berlapang dada, tetapi dalam PELAKSANAAN AMAL ISLAMI di dalam satu negara, kalian hendaklah bergabung dan bersatu padu di bawah satu autoriti yang sama!

===

5) AKHIR sekali kami mengiktiraf khilaf ulama’ dan adanya ulama’ yang mengatakan SAH berbilang2 jemaah solat dalam satu masjid.
* ALANGKAH baiknya jika berbilang2 jemaah itu wujud kerana sebab2 yang boleh diterima seperti jemaah yang awal solat Qasar, dan sebahagian yang lain perlu solat Jemaah Fardhu secara tamam, maka dibuat Jemaah baru.
* KALAU perlu pun dipecah2kan sof, kerana sebab2 tertentu seperti untuk jaga keselamatan di pintu, atau untuk mendisiplinkan kanak2, atau datang lewat dan hendak ikut ruku’ walaupun jauh di muka pintu terpisah dengan saf yang teras, maka buatlah, tetapi JANGAN dipecahbelahkan Jemaah kepada yang lain2 dan berbeza2 tanpa mengikut imam yang satu (imam rukuk aku nak qiam panjang sikit, imam sujud lama aku nak cepat2 sahaja- seoalah2 egoistik sahaja)

## PENUTUPNYA, kami mengiktiraf khilaf ulama’ dan adanya ulama’ yang mengatakan HARUS berbilang2 gerakan dalam sesuatu tempat.
* ALANGKAH baiknya jika berbilang2 jemaah itu wujud kerana jemaah yang lebih awal hanya gerakan kesufian/ gerakan keilmuan/ yang tidak syumul, lalu perlu pula dibuat satu gerakan umum yang menggabungkan kesemua front ini di bawah satu wadah tersusun.
* KALAU pun perlu dibuat pelbagai platform, seperti untuk para professional, atau untuk mereka yang tidak mahu bersiasah kenegaraan, atau untuk strategi tertentu, maka buatlah,
tetapi JANGAN ingkar kepada ketetapan jemaah induk [lihat komen pada 29/04/09] atau sengaja memecahbelahkan keseragaman gerakan mengikut rentak masing2 (aku ikut jalan aku, kau ikut jalan kau – ego dan tamak kepimpinan pula rasanya)

===

Kesimpulannya, ini adalah apa yang kami nampak, sedar dan perhatikan. Kami terpanggil untuk menyatakan pandangan ini, sebagaimana seseorang terasa perlu ditegur perpecahan jemaah solat; MAKA DENGARLAH! Kami melihat semua ahli kariah masjid yang sudi datang ke masjid sebagai orang yang berpotensi besar dan bakal memberi sumbangan besar. Maka jangalah kalian duduk di kalangan kelompok jemaah yang anda kenal rapat sahaja tanpa mahu bersama jemaah orang ramai yang umum!

[Oh ya, kami tidak setuju persoalan memilih jemaah itu diumpamakan seperti memilih sama ada hendak minum milo atau susu; terserah kepada citarasa dan kehendak pengguna. Ini kerana memilih atas dasar citarasa sahaja serupa memilih atas kehendak dan keinginan (NAFSU) sahaja. Maka apakah memilih jemaah itu atas citarasa, kehendak dan nafsu sahaja? Kami berpendapat proses memilih gerakan hendaklah mendahulukan akal yang lebih terutamanya ke atas citarasa; minuman yang paling sihat bernutrisi lagi berkhasiat dan tidak terlalu bergula bancuhannya! *Memilih isteri jangan semata2 ikut kecantikannya, nafsu dan kehendak hati, biarlah yang beragama terlebih utama!]

Sudah boleh paham isi perbincangan? atau perlu diberi satu penerangan lebih mudah?

[...sambungan]
Mengapakah Ustaz AlBanna menggunakan perkataan AlFahm, bukan AlIlmu?

Adapun Ustaz AlBanna telah menggunakan istilah Fahm sebagai ganti Ilmu kerana maksud dan tujuan daripada ilmu itu adalah untuk mendapatkan kefahaman. Bukanlah dikira berilmu sekadar dengan banyaknya riwayat2 yang dihafal tetapi juga melihat kepada kefahaman yang lebih mendalam. Lihatlah bagaimana AlQuran dan sunnah menghubungkaitkan kebaikan itu dengan proses ‘tafaqquh fid din‘-sangat mendalam kefahaman dalam agama- bukan setakat ‘ta3allum addin‘-mempelajari agama-!
Allah telah berfirman:

“Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).”
(Surah Taubah : 122)

Rasulullah SAW telah bersabda:

من يرد الله به خيرا يفقه في الدين

Kefaqehan itu lebih khusus maknanya daripada ilmu, ia mengandungi maksud memahami pelajaran secara sangat mendalam. kefahaman inilah yang menghasilkan kecerdikan. Melangkau ilmu ‘yang dikulit‘ sahaja, orang Faqih diterangi akalnya sehingga terang benderang hatinya.

-***-

Kefahaman yang sahih adalah satu Nikmat yang besar.

Al3Allaamah Ibnu Qayim telah menyatakan ketika mensyarahkan ‘Bab berkenaan Umar RA ketika Membuat penghakiman‘ dalam satu teks: kefahaman, kefahaman dalam perkara yang ditunjukkan kepada kamu; bahawa:-

Kefahaman yang betul dan tujuan yang baik adalah daripada sebesar nikmat yang dikurniakan ALlah kepada hambanya, bahkan tiada yang lebih tinggi dan afdhol daripada kefahaman dan tujuan tersebut melainkan kurniaan Islam itu sendiri, kerana kedua2nya itu yang memandu kepada Islam dan Islam itu terbina diatas kedua2nya. Dengan kefahaman yang betul dan tujuan yang baik itulah terselamatnya hamba2 daripada jalan yang dimurkai (Allah) -kerana rosak tujuan- mahupun daripada jalan orang2 yang sesat -kerana rosaknya kefahaman mereka. Lalu mereka inilah yang dikurniakan Pemberi Nikmat untuk melalui jalan yang lurus (mustaqim). Inilah yang diperintahkan kepada kita dalam Solat, untuk sentiasa mendoakan supaya kita dikurniakan jalan yang lurus ini. Kefahaman yang betul ini bagaikan satu cahaya yang dicampakkan Allah kedalam hati hamba-Nya, yang memberinya panduan untuk membezakan yang benar dan yang rosak, hak dan batil, petunjuk dan kesesatan; dan memberinya niat yang baik, mencapaikannya kepada haq, dan taqwa kepada Tuhan dalam keadaan tersembunyi atau terang2; dan menghalangnya daripada tunduk mengikut hawa nafsu atau terperangkap dengan dunia atau meminta2 pujian kecantikan atau kehilangan taqwa.

Imam Bukhari telah meriwayatkan dalam Sahihnya daripada Saidina Ali RA KAW, bahawa beliau telah ditanya: Apakah kamu telah dikhaskan oleh Rasulullah dengan satu kelebihan?
Beliau menjawab: Tidak, kecuali kefahaman yang didatangkan-Nya kepada hamba2-Nya yang lain dalam Kitabullah, dan apa yang terdapat dalam sahifah ini… -lalu beliau mengeluarkan kertas yang padanya ada hukum hakam.

Kesimpulannya, kefahaman (mengenali) ALlah dan Rasulnya adalah antara sebesar2 nikmat.

Seburuk2 bencana yang menimpa insan adalah ketiadan kefahaman tentang Allah dan Rasulnya.

Yang lebih teruk lagi adalah kefahaman terhadap Allah dan Rasulnya dengan kefahaman yang bertentangan dengan apa yang dikehendaki-Nya, maka ia memutar belitkan keterangan sehingga lari daripada yang sebenar, maka inilah seburuk2 kebinasaan.

-tamat sampai sini sahaja-

[Kefahaman yang jitu juga akan membawa perbincangan ilmiah yang sihat. Kurangnya kefahaman tentang topik atau isu yang disampaikan menyebabkan kita beralasan dan suka mengubah topik kepada perkara2 lain seperti soal2 dengki, mustakbirin, milo dan susu, atau khilaf akidah dan pengurusan, atau qias ma3al fariq-apakah perlu diperkasakan lagi penjelasan?atau memang buat2 tak paham?- pemudaberani]

[Kami amat pelik bilamana kami membentang dan berkongsi sedikit pemahaman hasil kajian bersifat keilmuan, ramai yang mempersoalkan apakah perkongsian ini akan membawa amal? Suka untuk kami sebut, FAHAM adalah RUKUN BAIAH yang PERTAMA, sebagaimana diterangkan oleh Mujaddid ulung Syeikh AsSyahid Hassan Al Banna. Bagi kami, keFAHAMan yang terang benderanglah yang akan menghasilkan IKHLAS dan istiqamah dalam AMAL! Sekarang, apakah tulisan ini menghasilkan AMAL?]

Ini adalah petikan yang kami buat hasil pembacaan kepada kitab Syumulul Islam fi Dhau’ Sharh 3Ilmi Mufassil lil Usul 3isyreen karangan al-3Alamah as-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi. Kitab ini adalah huraian secara terperinci akan usul 20 yang merupakan cabang kepada rukun Faham yakni Rukun Baiah yang pertama. Usul pertama daripada usul 20; tentang syumulul Islam, telah dihuraikan oleh syeikh dalam 122 mukasurat dalam kitab cetakan Muassasah ar-Risalah pada tahun 1418H ditangan kami ini. Ambillah sedikit manfaat daripada helaian awal kitab ini:-

Usul Dua Puluh.

Telah berkata Imam Al-Banna:
Wahai pejuang Ikhwan yang berada atas kebenaran, rukun kepada bai3ah kita ada sepuluh maka peliharalah ia:

“alFAHM – alIkhlas – al3amal – alJihad – alTadhiah – alTaat – alThabat – alTajarrud – alUkhuwwah – dan alThiqqah”

Wahai saudaraku yang benar, sesungguhnya apa yang aku maksudkan dengan alFahm adalah-
..untuk kamu benar2 yakin pemikiran kita adalah ‘Fikrah Islamiyah yang tulen’ maka hendaklah kamu memahami Islam sebagaimana kami memahaminya, melalui batas2 yang diterangkan secara penuh ringkas dalam dua puluh perkara ini :

Usul 1. Islam adalah satu sistem lengkap yang merangkumi setiap aspek kehidupan, maka Islam itu adalah Kenegaraan dan Tanah Air mahupun Kerajaan dan Rakyat; Ia adalah akhlaq dan kekuatan mahupun kasih sayang dan kesaksamaan; ia adalah pengetahuan dan undang2 mahupun ilmu dan kehakiman; ia adalah material dan khazanah mahupun usaha dan kekayaan; ia adalah jihad dan dakwah mahupun ketenteraan dan fikrah; SEBAGAIMANA Islam itu adalah AKIDAH yang BENAR dan IBADAH yang BETUL, sama dan serupa sahaja.
[bersambung sehingga 20 puluh usul sehabisnya]

***

Mengapakah Imam Al-Banna telah mendahulukan rukun Fahm?

Persoalan yang perlu difahami oleh pembaca adalah berkenaan: Mengapa Imam Al-Banna menjadikan alFAHM sebagai rukun pertama dan meletakkannya mendahului rukun2 lain dalam urutan senarai? Mengapa FAHM mendahului ikhlas dan amal dan tadhiah dan jihad dan sabat?
Sebenarnya, Imam Al-Banna RA ditaufiqkan dan bukan saja2 mendahulukan rukun FAHM. Sesungguhnya beliau benar2 memahami Feqah Keutamaan (awlawiyat) dan menyedari akan apa yang perlu diletakkan di permulaan dan apa yang perlu dikemudiankan.

Tidak patut ada keraguan bahawa Idea Pemikiran mendahului Gerakerja; dan gambaran yang tepat penting untuk memandu ke arah tuju yang betul serta kepada amal yang berterusan. Oleh kerana itulah disisi kita kaum Muslimin ilmu pengetahuan itu lebih didahulukan berbanding amal, bahkan ilmu disisi kita merupakan tanda keimanan dan satu jalan kepada kepercayaan yang selamat.

Imam Ghazali dan lain-lain ulama3 sufi yang besar melihat bahawa tingkat2 keagamaan bahkan berakhlak dengan akhlak para Nabi dan para siddiqin tidak sempurna melainkan diadunkan dan didirikan dengan tiga perkara: Ilmu pengetahuan dan Halkeadaaan dan Amal – maka dengan ilmulah yang akan melahirkan halkeadaan, dan halkeadaan itu pula yang membawa kepada amal.

Ini adalah mirip kepada apa yang disebut oleh pakar psikiatri bahawa pancaindera membawa kepada kesan emosi serta kerinduan, dan ketiga2nya membawa natijah kepada satu atau yang lain, dengan maksud manusia itu mengetahui dan merasai maka kesannya membawa kepada emosi yang suka atau takut dan itu pula membawa kepada kehendak maka ia turuti kehendaki itu sama ada secara positif atau negatif.
Susun tertib ini juga jelas digambarkan dalam alQuran. Allah berfirman maksudnya:

“Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.”
(Surah alHaj : 54)

Huruf fa’ membawa erti tertibpendahuluan dan juga alasan, maka ayat ini menghendaki maksud tertib Ilmu itu akan diikuti dengan tertib iman dan diikuti pula selepas itu dengan tertib tunduk taat. Mereka itu jika mereka mengetahui mereka akan beriman dan jika mereka mengimani mereka akan tunduk taat.
Allah juga berfirman maksudnya:

‘Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).’
(surah Muhammad : 19)

Juga disini didahulukan dengan arahan berilmu <فَاعْلَم> barulah dengan suruhan amal iaitulah beristighfar.

Imam Bukhari dalam Bahagian Ilmu, Bab ‘Ilmu didahulukan Sebelum Perkataan dan Amal‘ memulakannya dengan ayat tersebut sekaligus memulakan karangannya dengan Bab Ilmu. Mereka yang mensyarah telah mensyarahkan [Fathul Bari]: yang dikehendakinya adalah Ilmu itu sebagai syarat kesahihan bicara dan amal, tidak dianggap kata2 atau amal itu sah melainkan dengan ilmu, dan ilmu itu mesti mendahului kedua2nya, kerana ilmulah sebagai pengesah niat yang seterusnya menjadi pengesah kepada amal, sebagai mana ditekankan oleh penulis: Jangan sampai masuk ke dalam lintasan hati bahawa kata2 ‘ilmu itu tidak bermanfaat melainkan dengan amal’ membawa maksud merendah2kan suruhan berilmu atau memudah2kan urusan menuntut ilmu.

Alangkah bahayanya, terlalu banyak yang telah menimpa manusia lalu menyelubungi urusannya, sehingga ia melihat kebatilan itu sebagai sesuatu yang hak (kebenaran), sebaliknya hak kebenaran pula dilihat sebagai kebatilan, perkara makruf dilihat sebagai kemungkaran, sebaliknya kemungkaran pula dilihat sebagai makruf, sunnah dianggap bida3ah dan bid3ah pula dianggap sunnah, lalu dinampakkan cantik akan pekerjaannya yang buruk itu sesuatu kebaikan. Sesungguhnya Allah taala telah berfirman kepada Rasul-Nya, bermaksud.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?”

“(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.”
(surah alKahfi : 103-104)

Dan juga firman Azza wajalla:

“Maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh Syaitan) lalu ia memandangnya dan mempercayainya baik, (bolehkah disifatkan sebagai orang yang menjalankan peraturan yang ditetapkan Allah untuk memberi hidayah kepadanya, atau sebaliknya) ? Kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
(surah alFatir : 8)

Kerana itulah kita hendaklah sentiasa membaca doa yang ma`sur ini:

اللم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعة و ارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Telah disampaikan juga dalam beberapa hadis memberi amaran tentang satu zaman ketika itu makruf menjadi mungkar dan kemungkaran pula dijadikan makruf, kesemua ini hasil daripada sedikitnya ilmu di dada.

Kerana ini tidak akan dijumpai satu kitab hadis pon yang melainkan padanya ada satu bab khas berkenaan ilmu, seperti dalam kedua2 kitab sahih dan kesemua kitab sunan mahupun kitab2 lain (seperti mustadrak dll)
Malah juzu’ pertama daripada 40 juzu’ daripada kitab Ihya Ulumuddin adalah berkenaan Ilmu.

Uqbah (tahap) pertama yang perlu dituruti bagi mereka yang ingin mencari Tareqat kepada Allah adalah uqbah alIlmu sebagaimana diterangkan dalam kitab Minhajul 3Abidin juga ditulis oleh Imam alGhazali.

Sesungguhnya, golongan Rabbaniyun daripada kelompok salaf RA telah memberi amaran tentang penerimaan ta3aabbud sebelum sempurna bekalan ilmu, seperti kata Khalifah Rashid Umar Bin Abdul Aziz:
Orang yang bekerja tanpa padanya ada ilmu mungkin membuat kerosakan lebih daripada kebaikan yang dibawanya.

Hasan AlBasri pula mengatakan: Orang yang beramal tanpa mempunyai ilmu seperti berkelana bukan di atas suatu jalan (yang telah sedia ada); bahkan orang yang beramal tanpa mempunyai ilmu banyak lagi kerosakannya daripada kebaikannya; maka bersungguh2lah menuntut ilmu tanpa jangan sampai mengabaikan ibadah, dan bersungguh2lah beribadah tapi jangan sampai mengabaikan ilmu, sesungguhnya akan berlaku kelompok yang bersungguh2 beribadah tetapi meninggalkan ilmu lalu kelompok itu keluar dengan pedang2 memerangi umat Muhammad SAW, kelompok ini pasti tidak akan tergerak berbuat demikian jikalau mereka sebelum itu menuntut ilmu pengetahuan.

Yang dimaksudkan dalam petikan ini adalah kelompok khawarij yang menghalalkan darah kaum Muslimin dan hartabenda muslimin, lalu mengkafirkan manusia ramai2 walaupun golongan yang berpuasa, mendirikan solat dan membaca alQuran seperti mana ada jua digambarkan dalam satu hadis:

‘Satu kelompok kamu akan membandingkan solatnya lalu merendah2kan solat orang lain, membandingkan puasanya dengan mencela puasa orang lain, membandingkan pembacaannya (kepada alQuran) dengan penghinaan kepada bacaan orang lain’ -akan tetapi- ‘Mereka itu membaca alQuran tetapi tidak pula dengan bacaan yang melepasi kerongkong’ -maksudnya mereka itu tidak cukup dalam kefahaman mereka terhadap bacaan Quran itu sehingga akhirnya- ‘mereka membunuh Ahli Kaum yang Islam tetapi membiarkan sahaja penyembah berhala’

Bertitik tolak dari itulah pasti sekali perlu kepada ilmu sebelum beramal, sebagaimana disampaikan oleh Muaz RA:
‘Ilmu itu imam kepada amal, maka amal itu akan sentiasa mengikut ilmu’

Bertolak dari itu juga, Nabi SAW, bilamana disebutkan kepadanya tentang dua orang; seorang abid (pelaku ibadah) dan seorang lagi alim (mempunyai ilmu):
“Kemuliaan Ahli Ilmu keatas seorang abid adalah seperti keutamaanku berbanding serendah2 kamu’

Sesungguhnya Ilmu syar3ie satu kefarduan penting untuk manusia bergelar Muslim, para salaf telah berkata:
Sesungguhnya hajat seseorang kepada ilmu itu lebih dahsyat daripada hajatnya kepada makan dan minum.
Ini benar sekali: Jika seseorang itu tidak mendapat makan dan minum maka binasalah badannya, tetapi jika ia tidak mendapat ilmu maka binasalah ruhnya. Apalah sangat kerugian kesan daripada binasa badan yang sementara dibandingkan dengan kerugian di kehidupan yang kekal selama2nya (di akhirat!)

Kepentingan Ilmu kepada seorang Muslim adalah seperti berikut:-
1.Ilmu satu2nya cara untuk membezakan antara hak dan batil dalam perkara2 akidah, dan yang benar dan yang silap dalam pemikiran. Ini kesan daripada asas2 dan formula2 ilmu yang diletakkan bagi membina kefahaman dan penggunaan dalil yang tepat.
2. Ilmu satu2nya perantaraan untuk membezakan perkara2 syar3ie dan perkara yang tidak syar3ie dalam kelakuan2; atau membezakan halal daripada haram dalam urusan2 seharian dan benda yang digunapakai; atau mengenali benda yang disunatkan dengan bid3ah dalam ibadah; atau perkara terpuji dengan terkeji dalam akhlak dan tatacara, ilmulah yang menjadi teknik dan formula mengenali kesemua ini.
3. Ilmu satu2nya cara untuk kita dapat meletakkan kewajipan taklif kita mengikut hukum syara3 yang sebenarnya, sama ada harus atau wajib atau fardhu dalam perintah2 -sama ada fardhu itu fardhu ain atau fardhu kifayah, sama ada fardhu yang biasa2 atau fardhu yang muakkad (sangat ditekankan) seperti rukun Islam… ; dan juga dalam perkara tegahan sama ada terlarang secara makruh atau syubuhat padanya, atau haram dan jikalau haram samada haram yang besar atau kecil atau daripada dosa2 besar (alkabair).
4. Ilmu juga selepas itu satu2nya perantaraan untuk menghakimi secara adil individu2 ataupun jemaah2, dan mendasari suatu pendirian dan kelakuan supaya kuat dan selamat, jauh daripada hawa nafsu, meringan2kan atau melampau batas.

[bersambung]

[Kerana apa yang kami tahu/alami/rasai daripada REALITI yang berlaku di kalangan pendokong2 dakwah maka kama TERASA kewajipan untuk menulis blog ini- Renungan Buat Para Pejuang; Nasihat Buat Para Daei; Pedoman Buat Mereka Yg Memilih ‘JalaN InI’, maka apakah mereka itu mendengar peringatan? harapan kami, dengan pencerahan ini, tiada lagi yang 'taklid' atau yang 'kena paksa' atau yang 'kena sorok' dan 'dilarikan daripada umum'- Gunakanlah Hujjah Ilmu!!]

Anwar al-Awlaki: Perbincangan tentang Kaedah Mengembalikan Khilafah 3

Sambungan…

Berkenaan kaedah HT yang saudara sebut secara khusus, saya mula mengenali ahli HT di Jordan pada awal 90an dan mendapati mereka ini sebagai satu kelompok yang suka berhujjah tetapi sopan dan berperangai baik. Saya mula memahami pemahaman Hizb Tahrir daripada mereka dan mereka memang teras kepada gerakan ini.
HT telah berjaya memainkan satu peranan penting untuk menyedarkan ummah tentang peripentingnya khilafah Islamiyah. Mereka juga ada berperanan membasmi idea palsu bahawa politik dan kesedaran politik tiada kait mengait dengan Islam. Bagaimanapun kaedah HT untuk mengembalikan khilafah sangat sukar untuk berjaya.
Menantikan sahaja nusrah sehingga ia datang adalah seperti menunggku satu kemukjizatan luar biasa.

Puak2 atau jeneral2 tentera yang sepatutnya memberi nusrah pertolongan dan membangunkan agama Allah TIDAK akan dapat dipengaruhi hanya melalui diskusi & seminar. Mereka ini hanya dapat ditarik jika dapat melihat secara konkrit satu kelompok orang berimana hidup menghayati apa yang disebut dan berkorban apa sahaja yang dimiliki demi Allah.
Itu lah yang akan menjadi daya tarik untuk orang2 menyertai kebangkitan Islam.

Contoh kisah tokoh berpengaruh yang memberi nusrah kepada agama Allah adalah pegawai2 tinggi Regim Baath di Iraq yang akhirnya menyertai gerakan kebangkitan rakyat; juga keterlibatan mantan president chenchnya, Dudayev dengan pemberontakan sedang beliau sebelumnya seorang pegawai tinggi tentera soviet.
Dua contoh mengkagumkan ini bukanlah berhasil ditarik menyertai gerakan kebangkitan melalui perdebatan, demonstrasi dan pamplet2 bahkan melalui contoh teladan hidup orang2 yang berjuang di Jalan Allah.

[perlu disedari bahawa kaedah HT ini ada persamaan dengan teori perubahan melalui revolusi, seperti Revolusi Islam di Iran. Ia memerlukan satu suasana umum yang khusus dan keupayaan luar biasa untuk mengambil kesempatan di atas situasa luar biasa itu! -pemudaberani]

Ini akhirnya membawa saya kepada cara keempat untuk mengembalikan Khilafah Islamiyah, iaitulah melalui Jihad fi sabilillah.
Hujjah yang seringkali dibawa menentang cara ini adalah titik persamaan situasi sekarang dengan zaman RasululLah adalah Nabi membina dahulu satu Negara Islam kemudian baru mula berperang Jihad.

Hujjah ini mengabaikan satu perbezaan ketara, yakni ketika Rasulullah mengasaskan Madinah, tiada tanah Muslimin yang telah ditawan/dikuasai orang asing. Bukankah ini satu perbezaan nyata?
Pada hari ini dunia Muslimin terpaksa tunduk  ke bawah kolonisasi asing, dan kenyataan ulama’ berkenaan ini sangat jelas. Bahawa menjadi satu kewajipan fardhu ayn ke atas setiap Muslim untuk berperang membebaskan tanah Muslimin. Apabila ia fardhu ain, ia mesti dipegang fardhu ain!

Tidaklah munasabah untuk mengusul atau berpandangan sebaliknya. Hukum ini adalah jelas dan implikasinya terang benderang. Jika kamu tidak meyakini Jihad sebagai cara mengasaskan kembali khilafah kamu mesti mempersetujui bahawa Jihad adalah fardhu ain, inilah yang HT tidak sedar.

Sesungguhnya jihad yang fardhu ain adalah jihad al dafa’ (jihad defensif) iaitu yang tidak memerlukan seseorang yang ingin berjihad untuk mendapat izin pemerintah, ibubapa, suami, pemilik hamba mahupum pemiutang.
Adalah tidak harus untuk dipersoalkan hujjah ini apabila melihat bukti nyata didalam realiti dunia.
Dua contoh kejayaan dapat dilihat walaupun contoh2 ini jauh daripada sempurna. Lihatlah pemerintahan yang berjaya pada dekad lepas di Afghanistan oleh Taliban dan di Somalia oleh Mahakim Islamiyah.
Dalam kedua2 negara, hanya pejuang Islam tersebut yang berjaya membawa keamanan, jaminan keselamatan dan undang2 di kedua2 buah negara. Kedua2 gerakan itu mencapai kuasa bukan melalui pilihanraya mahupun perdebatan bahkan melalui perang. Mereka jatuh bukan kerana kegagalan pimpinan mereka tetapi umat Islam [sedunia] yang menghampakan mereka.

Walaupun pertempuran di sana sini ada yang kalah dan tumpas akan tetapi peperangan ini masih belum berakhir.
Jika diperhatikan apa yang berlaku dengan penuh teliti, kita akan dapati musuh2 Islamlah yang sedang luka berdarah ke arah kehancuran dan bukannya pejuang2 Islam. Tidak lama lagi, kebenaran akan diperlihatkan.
Kekeliruan sering timbul dengan makna Jihad, sama ada jihad menentang nafsu atau jihad mengangkat senjata, saya tidak mengkhususkan jihad adalah salah satu atau menafikana salah satu daripada kedua2nya.Apa yang saya maksudkan dengan jihad ini bukanlah semata2 mengangkat senjata dan berperang, Jihad lebih luas daripada itu. Apa yang dimaksudkan dengan jihad dalam konteks hari ini adalah usaha segenap upaya oleh ummah islam untuk menentang dan mengalahkan musuh2nya.

Rasulullah ada bersabda:”Perangilah orang2 yang tidak beriman itu dengan jiwa2 kamu, hartabenda kamu dan lidah2 kamu.”
Ini mungkin disebutkan oleh Clausewitz sebagai ‘perang total’; akan tetapi pendekatannya mestilah mengikut hukum hakam Islam. Ia adalah perang di medan pertempuran dan peperangan memenangi hati dan minda orang ramai.

-TAMAT-

[Bagi kami perang Jihad perlu di tempat2 tertentu dan tidak strategik di tempat2 lain. Adapun apa yang kami pelajari daripada kenyataan ini adalah umat Islam dituntut berjihad sepenuh keupayaan jiwa, harta dan masa untuk mengembalikan kekuasaan Islam, biar apapun wasilah yang dipilih. BERSATULAH!- pemudaberani]

sumber bahan mentah:  KavkazCenter

Imam Anwar al Awlaki dilahirkan di New Mexico, Amerika Syarikat. Beliau telah mempelajari ilmu Quran, Hadith dan Feqah daripada Ulama’ di Yaman. Beliau memperolehi B.Sc. dalam Kejuruteraan Awam dari Colorado State University dan Ijazah Master dalam Kepimpinan Pendidikan dari Universiti San Dieago State. Beliau bertugas sebagai Imam di Denver, colorado; San Diego, california. Juga Imam di Gereja Falls di Virginia.
Sekarang beliau menetap di Yaman.
sila rujuk di sini:-
http://www.sandhaanu.net/?c=120&a=1928
Gambar imam anwarimam anwar

Anwar al-Awlaki: Perbincangan tentang Kaedah Mengembalikan Khilafah 2

[Q]Boleh tuan beri ulasan tentang Hizb ut-Tahrir?

[A]Kebanyakan kumpulan Islam yang lahir selepas daripada kejatuhan khilafah menyedari tentang kepentingan membina semula khilafah Islamiah.
Pada tahun lapan puluhan dan sembilan puluhan wujuk kelompok2 salafi, ikhwani, jamaat Islami, HT, kumpulan2 jihadi dan sebahagian daripada kelompok sufi yang juga menyebut2 tentang peripenting menegakkan khilafah.

Sejak dari itu, kerana barat jelas2 menentang dan tidak suka apalagi memberi peluang kepada idea itu untuk menjadi nyata. Sebahagian daripada kumpulan2 tadi telah membisu tentang idea mengembalikan khilafah dan sebahagian pula telah mengurangkan penekanan terhadap isu tersebut. Hanya sebahagian kecil yang betul2 istiqamah menyeru kepada kelahiran sistem Islam kembali.

Pandangan tentang kaedah2 kelahiran semula khilafah telah dicadangkan melalui empat cara:-

  1. Melalui tarbiyah, sehingga berlaku perubahan dan kesedaran dan ketika itu khilafah akan lahir semula. sebahagian mengatakan tarbiyah akan dilakukan sehingga umat Islam cukup bersedia dan pada masa itulah penentangan kepada musuh Allah akan dilakukan bersungguh2.
  2. Merebut kekuasaan melalui penyertaan dalam sistem demokrasi.
  3. Cara Hizbut Tahrir melalui pupukan kesedaran ummah tentang peripentingnya khilafah, mendidik Muslimin tentang politik dan mencari nusrah pertolongan Allah.
  4. Berperang dengan Jihad di jalan Allah sehingga tertegak kembali agama Allah ini selengkapnya.

Pencadang kaedah pertama tidak pernah secara jelas menyatakan ke tahap manakah tarbiyah perlu dilakukan sehingga ummah boleh seterusnya memasuki fasa pelaksanaan. Tanpa garis panduan tersebut, mereka akan berterusan berada dalam keadaan mentarbiyah selama-lamanya sambil mengabaikan kewajipan berjihad.
Mereka juga tidak melihat bagaimana tarbiyah dilakukan dalam jangka waktu satu generasi dan bukan berbilang2 generasi. Ini bermaksud, Rasulullah melakukan reformasi bermula dengan dakwah dan melengkapkannya dengan jihad dalam jangka hayat satu generas sahaja. Ia berlaku kesemuanya dalam masa 23 tahun. setiap Islah yang berjaya terhadap umat Islam berlaku dalam jangka hayat satu generasi sahaja. Sejarah menjadi saksi akan perkara ini.

Pencadang kaedah penyertaan dalam pilihanraya demokrasi bermula dengan menyatakan demokrasi adalah sistem kufur dan kami TIDAK beriman dengannya tetapi kami hanya menggunakannya sebagai perantaraan dan wasilah untuk mendapatkan kuasa dan setelah berjaya mendapat kuasa itu kami akan melaksanakan Islam.
Ini adalah apa yang saya dengar daripada setiap kepimpinan utama Ikhwan pada penghujung 80an dan awal 90an. Saya betul2 ingat perbincangan umum berkenaan hal ini kerana kelompok salafi ketika itu bersungguh2 menentang idea ikhwan ini.
Masih segar dalam ingatan saya perbincangan tertutup yang saya hadiri dengan syeikh2 ikhwan yang akan mengulang2 menegaskan idea tadi. ‘Demokrasi adalah tidak Islamik dan penyertaan kami dalam pilihanraya adalah dengan niat mengubah sistem ini dari dalam!’

Kaedah ini menghadapi tiga permasalahan:-

  • Adalah satu pembohongan untuk menggunakan demokrasi dan mengisytiharkan keyakinan dan kepatuhan kepada sistem demokrasi tetapi pada masa yang sama tidak beriman dengannya.
    Berhelah adalah boleh diterima jika dilakukan terhadap musuh-musuh yang diperangi orang Islam. Masalahnya, kelompok2 yang menyertai proses demokrasi itu tidak percaya mereka adalah dalam satu perang dengan golongan tidak beriman tetapi meyakini adanya persefahaman antara Muslimin dan orang yang tidak beriman.
    Jika kita berada dalam satu perjanjian kesefahaman dengan orang yang tidak berimana, maka tidak diharuskan untuk berhelah atau membohongi mereka. Itu masalah pertama.
  • Permasalahan kedua adalah apabila sesuatu penipuan diulang2 dalam tempoh masa panjang, akhirnya ia akan menyebabkan kita benar2 mempercayainya. Mereka yang mengenali kelompok demokrasi ini ketika tahun 80an akan pelik melihat ke tahap mana mereka telah berubah kini. Sekarang mereka sudah mula meyuarakan mereka benar2 mempercayai sistem demokrasi, dan ini saya telah dengar daripada tokoh2 mereka bukan sekali.

“Kami mempercayai peti undi dan bukan peluru besi. Jika peti undi memutuskan sekularisme atau parti orang tidak berimana menang, kita akan menerimanya.”

Sebagai seorang Islam, kita tidak harus meletakkan Islam pada telunjuk permainan manusia. “Jika mereka memilihnya kita akan laksanakan, jika mereka tidak memilihnya kita perlu akur kepada undian orang ramai”

Seharusnya kedudukan kita adalah untuk melaksanakan hukum Allah di muka bumi hatta menggunakan hunusan pedang sama orang ramai suka atau tidak. Kita tidak harus meletakkan Undang2 Syariah dalam pertandingan populariti. Nabi SAW telah bersabda:

“Aku telah diutuskan dengan pedang sehingga Allahlah satu2nya yang disembah”
Inilah jalannya, jalan RasululLah, dan jalan inilah yang harus kita lalui.

  • Akhir sekali, kaedah susupan bukanlah kaedah orang Islam. Muslimin tidak pernah menyusup dalam mana2 sistem lalu membetulkannya dari dalam. Ia bukan cara kita. Infiltrasi ini adalah cara Yahudi dan munafiq dan bukan cara orang2 Islam.
    Kita adalah umat yang jujur dan berterus terang dengan kawan mahupun lawan. Kita menyatakan terus terang hasrat kita dan mengisytiharkan dakwah kita kepada umum; “kepada kalian agama kalian, dan bagiku adalah agamaku.”

    Kita tidak berhasrat menyusup masuk mana2 sistem sama ada di Amerika mahupun di negara2 orang Islam. yahudilah yang telah menyusup masuk setiap kerajaan yang pernah mereka hidup di bawah pemerintahannya; dari Andalusia sehingga ke Khilafah Ostmaniyah hinggalah kepada kerajaan2 barat hari ini.

    Mereka mempunyai agenda tersembunyi, akan tetapi kita tidak. yahudi dan munafiq hipokrit telah cuba menyusup ke dalam kerajaan Rasulullah tetapi telah dibongkar oleh Al-Quran:-
    “dan sebahagian daripada Ahli Kitab mengatakan (sesama sendiri), ;berimanlah dengan apa yang telah diwahyukan kepada orang2 beriman pada awal hari dan tolaklah ia dipenghujungnya (hari), moga2 mereka akan kembali (meninggalkan agama tersebut”. [maaf gagal dikenalpasti ayat dan surah mana untuk tahkik]

    Mereka ini akan mendatangi orang beriman di dalam masyarakat hanya untuk kemudiannya meninggalkan iman. Allah juga menyebut tentang orang munafik yang akan duduk bersama orang berimana dan menyampaikan apa yang mereka dengar kepada orang2 Yahudi.
    Oleh kerana itu, mereka yang mengatakan kita patut melibatkan diri dalam sesuatu sistem dan menukarkannya dari dalam tidaklah melalui jalan kaum Muslimin, dan jika mereka benar2 bersifat dengan sifat orang Islam mereka akan gagal kerana infiltrasi bukanlah selari dengan sifat orang Islam.

    Walaubagaimanapun jika mereka telah berjaya menyusupi sistem itu maka ini adalah bukti sifat2 mereka telah jadi seperti sifat yahudi dan munafiq dan bukan sifat2 orang Islam.
    Satu perkara yang berkaitan dengan masalah ini adalah bagaimana mereka yang datang daripada latar belakang yang Islamik dan kemudiannya lama berada di dalam sistem politik kotor hari ini akhirnya menjadi politikus murahan semata2, dengan semua sifat2 keburukan yang melekat pada istilah itu- penipuan, helah, bermuka-muka, materialistik dan Michiavellian dalam pemikiran mereka.

    Mereka mungkin sahaja datang dari hasil tarbiyah mantap sesuatu gerakan Islam tetapi ketika dalam medan politik mereka bertukar akhirnya menjadi serigala yang pada awalnya mereka cuba untuk mengubah.
    Saya pernah melihat ini berlaku dengan mata kepala saya sendiri kepada orang2 yang saya kenal, malah pernah seorang pimpinan gerakan Islam di Yaman menyatakan: “Kita menghantar mereka sebagai biri2 ke dalam dunia serigala hanya untuk mereka kembali kepada kita sebagai bangkai yang telah diratah.”

Jika mahukan contoh hidup apa kesan daripada membuat islah dari dalam lihatlah kepada Sudan dan Turki. Pihak2 yang memerintah di kedua2 negara ini bermula sebagai kelompok Islamik tetapi akhirnya berubah menjadi serupa seperti politikus lain yang korup dan keji.

BERSAMBUNG…

[Jelas sekali Imam Anwar al- Awlaki menimbang2kan baik dan buruk setiap wasilah mengikut relatif akal BUKAN berdasarkan hukum yang jelas. Setiap wasilah ada KELEBIHAN dan KELEMAHAN, dan kelemahan itu pula boleh sahaja diatasi setelah dikenalpasti. Jika wasilah pertama, melalui Tarbiyah, tidak ada tahap pencapaian yang menjadi objektif jelas sebelum usaha pelaksanaan Khilafah mulai dilaksanakan, skema pencapaian mungkin sahaja dilukis. Jika wasilah kedua melalui demokrasi mempunyai permasalahan ancaman2 kekeliruan dan terpengaruh dengan kebatilan taghut, satu kaedah pemeliharaan halatuju perlu difikirkan dan tarbiyah perlu diperkasakan. Ikan2 di lautan masin boleh sahaja mengekalkan diri mereka tidak menjadi masin!

Masalah wasilah mana yang lebih benar adalah satu perbincangan teoretikal yang semuanya boleh diterima dan semuanya perlu berlapang dada; yang penting di peringkat pelaksanaan di sesuatu tempat, kelompok2 ini mesti bersinergi di bawah satu penyusunan padu untuk mencapai cita2 mengembalikan khilafah- bukan masing2 ikut kepala masing2 seperti garisan yang tidak bertemu!BERSATULAH! -pemudaberani]

Imam Anwar

Imam Anwar

sumber bahan mentah penulisan ini:
http://www.kavkazcenter.com/eng/content/2009/01/13/10562.shtml

[Perbincangan lepas membawa kami berfikir tentang jalan dakwah, jalan yang dilalui Rasulullah; jalan yang perlu kita ikuti untuk benar-benar selamat. Apakah wasilah perantaraan dakwah yang disebut sebagai jalan kebenaran itu?Ikuti serba sediki kajian yang kami temui tentang jalan2 dakwah... -pemudaberani]

Anwar al-Awlaki: Perbincangan tentang Kaedah Mengembalikan Khilafah

[Q]asSalam Alaikum. Daripada apa yang kami fahami daripada siri kuliah ustaz , ustaz percaya satu2nya cara mengembalikan sistem khalifah Islam semula adalah melalui jihad. Boleh ulas?
[a]Satu pandangan yang telah dilontarkan kepada Umat Islam adalah tentang bagaimana konsep memerangi pemerintah yang berada dalam autoriti; apakah melalui perjuangan ketenteraan sahaja Islam akan kembali menerajui dunia? Ini adalah berdasarkan satu hadis seperti berikut:

Diriwayatkan daripada banyak sumber termasuk Imam Muslim bahawa Nabi (SAW) telah bersabda:” Jangan kamu tentang orang2 yang menduduki pemerintahan melainkan kamu lihat padanya (pemerintah itu) kufur yang nyata, dan kamu mendapat keterangan yang nyata daripada Allah (yakni daripada Islam)..”

Ibn Kathir di dalam tafsirnya menyatakan bahawa jika khalifah terpesong  menggunapakai hukum2 orang kafir, maka dia hendaklah diperangi sehingga dia kembali melaksanakan Islam dan Syariah.

Ibn Hajar dalam Fathul Bari juga menyatakan jika khalifah itu menjadi kafir atau menukarganti syariah Islam (dengan undang2 lain) maka dia perlu diperangi dan dijatuhkan.

Pandangan ini disebut juga di dalam Nayl al-Awtar dan disokong oleh Imam Shawkani. Pandangan ini menyebut jika pemerintah memerintah menggunakan undang2 selain Syariah dia mesti diperangi sehingga dia bertaubat atau digantikan.

Walaubagaimanapun, satu2nya situasi yang boleh digunapakai perjuangan ketenteraan sebegini adalah apabila Khalifah (Pemerintah) memerintah menggunakan undang2 kafir dan ingkar kepada undang2 ALlah. Situasi lain seperti Khalifah yang kukubesi atau sikap personalitinya yang korup TIDAK mengharuskan gerakan ketenteraan itu. Dalam dua keadaan ini umat masih terikat untuk TAAT kepadanya dan kaum Muslimin masih WAJIB solat dibelakangnya atau keluar JIHAD di bawah panji2nya.
Apapun, hadith2 tersebut tiada kait mengait dengan keadaan semasa kini. Ia semuanya membahaskan tentang pemberontakan dan kebangkitan menentang Khalifah (pemerintah) dan dikategorikan di bawah tajuk ‘khurooj min al khaleefah’ iaitu “kebangkitan melawan pemerintahan seorang Khalifah atau pemimpin.”

Keadaan semasa masa kini bukanlah berkait dengan seorang pemerintah yang sebelum ini memerintah dengan undang2 Islam lalu kemudian mengingkarinya. Masalah semasa bukan sahaja berkenaan menjatuhkan seorang pemerintah dan membunuhnya. Akan tetapi sistem kufur SELURUHnya telah dilaksanakan ke atas kaum Muslimin sejak 76 tahun lalu; dan TIDAK seorangpun daripada pemerintah2 itu memerintah dengan hukum syariah mahupun menjadi pemerintah di dalam sesuatu khilafah Islamiyah.
Sistem yang digunapakai adalah sistem monarki berraja atau sistem yang dipengaruhi kapitalism di dalam satu kerangka demokrasi. Kesimpulannya, realiti hari ini bukanlah berkenaan menjatuhkan seorang pemerintah jahat di dalam Negara yang Islam.

Realiti hari ini adalah berkait dengan mencabut sistem kufur keSELURUHannya, termasuklah pemerintahnya, untuk kembali membina Dar ul-Islam. Pemerintah hari ini tidak boleh disamakan dengan seorang Khalifah yang memeperkenalkan Hukum2 Kufur ke dalam Khilafah. Oleh kerana itu, hadith2 ini, yang sebelumnya telah difahami dalam keadaan Islam dilaksanakan sepenuhnya dan Muslimin mempunyai keamanan; TIDAK boleh digunapakai untuk situasi hari ini.
Realiti yang digambarkan hadith2 tersebut adalah hanya berkaitan menukarganti seorang pemerintah yang menggunapakai hukum2 kufur di dalam sebuah negara yang Islam, BUKAN dalam situasi mencabut keseluruhan sistem kufur itu sendiri (seperti pada hari ini) dan bukan memerangi pemerintah sistem itu sahaja.

Satu2nya situasi yang boleh dikaitkan sebagai dalil adalah penubuhan Negara Islam buat pertama kalinya oleh Nabi (SAW) dan perjuangan yang dilaluinya untuk menubuhkan satu Negara Berdaulat dan menggantikan sebuah Dar ul-Kufr kepada Dar ul-Islam.
Inilah perjuangan yang dimaksudkan oleh Nabi SAW didalam Hadith Saidina Hamzah dan disebutkan dalam Kitab2 Sunnah (hadith) dan Sirah. Inilah satu2nya insiden satu sistem kufur keSELURUHannya wujud dan telah diubah kepada satu sistem lengkap Islam. Maka, persoalannya adalah berkaitan mengubah satu sistem, bukan mengubah seorang pemerintah.

Hadith2 berkenaan pemberontakan/peperangan tadi hanya menyebut pertukaran pemerintah iaitu menukar seorang khalifah yang telah ingkar dan bukan menukar sistem. Hanya perjuangan Nabi SAW ketika di Mekah bertepatan dengan mengubah suatu sistem lengkap. Jadinya, perjuangan ketenteraan bukanlah satu kaedah untuk membina Khilafah [bukan membina khalifah, ia lebih untuk menjatuhkan taghut- pemudaberani].

BERSAMBUNG…

Sumber bahan mentah:  Imam Anwar al-Awlaki

Imam Anwar al Awlaki dilahirkan di New Mexico, Amerika Syarikat. Beliau telah mempelajari ilmu Quran, Hadith dan Feqah daripada Ulama’ di Yaman. Beliau memperolehi B.Sc. dalam Kejuruteraan Awam dari Colorado State University dan Ijazah Master dalam Kepimpinan Pendidikan dari Universiti San Dieago State. Beliau bertugas sebagai Imam di Denver, colorado; San Diego, california. Juga Imam di Gereja Falls di Virginia.
Sekarang beliau menetap di Yaman. Lihat di sini

[Tulisan ini ilham daripada artikel Politik atau Siyasah tulisan Ustaz Annuar Bin Salleh, YDP ISMA cawangan Hulu Langat. Barangkali di lain kali, kita boleh bincang2kan pula fikrah2 ISMA di peringkat pusat- pemudaberani]

Ilmu politik menurut Kamus Dewan Edisi ketiga bermaksud ilmu (pengetahuan) berkenaan cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan dan lain-lain), ilmu siasah, ilmu kenegaraan atau segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain.

Manakala siasah pula menurut kamus muktabar Bahasa Melayu yang sama bermaksud pengetahuan yang bersangkutan dengan hal-hal kenegaraan (pemerintahan dan lain-lain), maksud yang sama dengan politik.

Siasah juga adalah perkataan Bahasa Arab yang terbit daripada perkataan akar (ساس – يسوس – سياسة) yang diterjemahkan kepada Bahasa Melayu bermaksud memimpin urusan manusia, menguruskan pekerjaan.

Kesimpulan kami adalah perkataan siyasah dalam Bahasa Arab adalah lebih umum dan luas maknanya merangkumi kepimpinan samada diperingkat diri sendiri, rakan taulan, keluarga, masyarakat mahupun kenegaraan dan hubungan antarabangsa. Ini berbeza dengan penggunaan istilah politik yang lebih khusus difahami sebagai urusan pemerintahan negara, justeru penggunaannya di Malaysia merujuk kepada politik kepartian berlandaskan prinsip demokrasi berperlembagaan dan beraja. Sekarang, mari kita bedah siasat artikel yang ditulis oleh kepimpinan ISMA tersebut bertajuk Politik Atau Siasah

Politik

Kita selalu mendengar orang berkata bahawa politik sebahagian daripada Islam. Maknanya sesiapa yang tidak melibatkan diri dalam politik telah mengurangkan kesyumulan Islam dalam amalan hidupnya. Lantaran itu ramai umat Islam melibatkan diri dalam politik dan menjadikannya sebagai satu jihad dan ibadah demi mencapai keredaan Allah. Lebih daripada itu ada juga yang menganggap bahawa sesiapa yang tidak berpolitik dianggap sebagai menyeleweng daripada landasan amal-amal Islami masa kini. Kadang-kadang ia menjadi satu aqidah dan pegangan yang kuat sesetengah umat Islam dan menganggap bahawa melibatkan diri dalam kancah politik semasa adalah satu tuntutan iman.

Kami menyatakan bahawa politik (dengan maksud urusan pemerintahan negara; perundangan, eksekutif dan kehakiman) mempunyai sistem yang Islam dan tidak Islam, dan kita sebagai Muslimin wajib melaksanakan Sistem Politik Islam. Apabila sistem politik Islam tidak dilaksanakan, maka seluruh kaum Muslimin wajib berusaha menegakkan sistem politik Islam dengan seluruh kekuatan dan kuasa yang ada (baca: parti politik, undi, suara di parlimen). Lantaran itulah ramai umat Islam melibatkan diri dalam politik dan menjadikannya sebagai satu jihad dan ibadah demi mencapai keredaan Allah (kerana hendak menyempurnakan Islam dengan pelaksanaannya di peringkat negara, sebelum ke peringkat global- khilafah). Kerana itu mana-mana gerakan Islam yang tidak berpolitik dianggap tidak cukup sempurna amal Islamnya (tidak syumul) masa kini. Ini kerana mereka seolah2 tidak sedar dalam dunia sekarang, khilafah telah jatuh, syariat Islam dipijak2, dan apakah mereka reda membiarkannya begitu? Menjadi satu aqidah dan tauhid kita bahawa tiada tuhan yang layak mentadbir dan merangka undang2 politik (baca: syariat) melainkan ALlah, jadi penglibatan diri dalam kancah politik semasa adalah ke arah melaksanakan tuntutan iman ini. (baca: usaha itu kearah pelaksanaan tuntutan iman, penglibatan politik itu sendiri semata2 bukan tuntutan iman)

Sebaliknya mafhum siyasah dalam Islam adalah amat luas; ia bermula dengan siyasah dakwah mengajak manusia kepada Islam, siyasah dalam mendidik dan mengubah syakhsiah mereka, siyasah dalam membina asas-asas tanzim dan organisasi kerajaan Islam, perlaksanaan Syariat Islam dalam seluruh aspek kehidupan, perlaksanaan hukum-hukum Islam dan siyasah hubungan Islam dengan bukan Islam sama ada bukan Islam itu syakhsiah hakiki atau syaksiah iktibari ( institusi).

Kami setuju mafhum siyasah di atas. Kerana itu kami menyeru kepada para Du’at supaya bersungguh2 menjalankan dakwah mengajak manusia kepada Islam, membina asas2 tanzim dan organisasi kerajaan Islam, meletakkan Syariat Islam dalam seluruh aspek kehidupan  dan kami menyeru kepada aktivis Islam lain yang bersungguh2 dalam siyasah mendidik dan mengubah syakhsiah manusia kepada Islam supaya tidak memperlekehkan usaha menegakkan perlaksanaan syariat Islam melalui saluran sedia ada iaitu Politik Pilihanraya mengikut Parti. Anda tidak mahu terlibat, mengapa perlu memperleceh, memperlekeh dan merendah2kan? (baca: sini dan sini).

[walaupun secara asasnya kami tetap berpendirian penglibatan dalam siasah di peringkat mendidik individu dan keluarga SAHAJA tanpa melibatkan diri dalam siasah politik di peringkat negara tidak syumul lagi tidak sempurna. Anda menyempitkan maksud siyasah yang luas itu. -pemudaberani]

Matlamat Islam disebut dalam istilah Syarak sebagai `Maqasid Syarak’ bukan sekadar melaksanakan undang-undang Syarak; hukum hudud dan qisas. Malah paling asas ialah mengislamkan manusia dan menjadikan mereka hamba Allah yang soleh. Menmbentuk institusi keluarga agar menjadi sebuah institusi yang melahirkan insan yang soleh dan beramal untuk kemaslahatan manusia. Melahirkan sebuah masyarakat yang berkasih sayang dan saling merasa bertanggungjawab dihadapan Allah terhadap kemungkaran dan berusaha mencegahnya. Melahirkan sebuah kerajaan yang tayyibah dan mendapat keberkatan dan keampunan Allah. Melahirkan khalifah Islam yang merealisasikan matlamat terakhir perjuangan nabi s.a.w. untuk membawa Rahmat keseluruh dunia.

Kami tidak bersetuju bahawa matlamat Islam dalam istilah syarak adalah maqasid syarak (syariat), kerana kedua2 matlamat Islam dan maqasid syarak adalah dua perkara yang sangat berbeza. Maqasid syarak’ (syariat) bukan dan tidak termasuk walaupun satu daripada item yang disenaraikan di atas. Matlamat ‘amal Gerakan Islam, benar, adalah untuk melaksanakan undang-undang syarak, pengIslaman manusia dan menjadikan mereka hamba Allah yang soleh. Ringkasnya disebut oleh ramai Duat terdahulu sebagai membina Individu Muslim + Keluarga Muslim + Masyarakat Muslim + Negara Muslim/Kerajaan Muslim + Khilafah Islamiah seterusnya menjadikan Islam sebagai payung rahmat seluruh manusia.

[Kami ingin pertegaskan PAS tidak pernah mengabaikan aspek matlamat 'amal dalam pembinaan individu dan keluarga serta masyarakat Muslim. Persoalannya, kenapa matlamat amal ke arah pembinaan Negara Islam kadang2 diabaikan dan diletakkan kemudian? malah direndah2kan pula orang yang berjuang dalam amal ini dengan mengatakan mereka bergelumang dalam demokrasi sistem yahudi dan politik pilihanraya yang kotor? - pemudaberani]

Manhaj al-Quran adalah bertitik tolak di atas perubahan manusia. Bermula dengan mengubah pemikiran dan ideologi jahiliyyah dan digantikan dengan aqidah Islam. Seterusnya al-Quran mengubah identiti, suluk atau tabiat hidup manusia sehingga mereka menjadi al-Quran yang bergerak. Perubahan yang mengambilkira perubahan pemikiran, neraca nilai, akhlak dan tabiat, budaya dan adat dan sistem hidup.

Kami setuju sepenuhnya dengan kenyataan ini. Malah kami nyatakan usaha2 ini sebenarnya telah dipelopori oleh ulama’ tanah Melayu sejak dahulu lagi (baca: Ulama’ dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan). Malah tidak keterlaluan jika dinyatakan bahawa akidah perjuangan Islam telah ditanam di Malaysia melalui usaha para dhuat dan aktivis PAS sejak zaman 60an lagi, terus diperkasakan dengan gagasan kepimpinan Ulama’ dan penglibatan tokoh2 seperti Dr Burhanuddin al Helmy, Dr Dzulkifly Mohamad, TG Hj Yusof Rawa, TG Hj Nik Abdul Aziz, TG Hj Abdul Hadi Awang dan ramai lagi (baca: Dewan Ulama PAS). Jerit perih dan peluh keringat gologan terdahulu ini dalam memerangi ideologi jahiliyah dan memasakkan individu2 dengan aqidah Islam sehingga melahirkan pejuang mujahidin pembela syariat Islam tidak dapat dinafikan. Lalu mengapakah benih yang ditanam hasil penat lelah orang terdahulu ini tidak dibantu, tidak diperkukuh dan tidak dijadikan teras gerakan Islam di Malaysia? (baca:Zulkarinain)

[Hujjah yang menyatakan gerakan yang terlebih dahulu tertubuh adalah lebih utama untuk diintima' adalah satu hujjah yang menggambarkan ciri2 gerakan yang perlu diintima'. Salah satu daripada ciri2 itu atau sifat2 yang ada. Bukan syarat gerakan yang wajib diintima' adalah yang lebih dahulu tertubuh.  Perumpaannya adalah seperti Solat Jemaah, kalau ada dua atau lebih jemaah, maka yang lebih dahulu tertubuh jemaah solat itu adalah sifat2 atau ciri2 jemaah yang perlu diikuti - pemudaberani]

Kelemahan Manhaj Politik Kepartian.
Jika gerakan Islam hanya memfokuskan agenda perubahan kepada pilihanraya ia tidak dapat lari daripada beberapa kelemahan yang antaranya:
1. Boleh menyebabkan berlaku perpecahan ummah kepada kelompok; pemerintah dan pembangkang.
2. Tidak memfokuskan kerja kepada melakukan perubahan manusia melalui manhaj tarbiyyah al-Quran.
3. Terikut-ikut dengan sistem politik barat yang menghalalkan cara.

Kami amat kesal kerana usaha dakwah melalui jalan Politik Kepartian dipertikai dan disebut sebegitu mudharat sekali. Perlu diingatkan bahawa penglibatan PAS dalam politik di Malaysia, PKS di Indonesia, HAMAS di Palestin, Ikhwan Muslimin di Mesir, Jordan, Algeria, Sudan, AKP di Turki, Jemaat Islami di Pakistan dan Bangladesh, Parti Amal di Lubnan dan banyak lagi- semuanya terlibat dengan politik kepartian- apakah menyebabkan tiga kesan di atas? Boleh sahaja tidak berlaku perpecahan ummah kepada pemerintah dan pembangkang daripada contoh2 penglibatan yang disenaraikan itu. Malah perlu disebut kalau berlaku pertembungan, ia adalah pertembungan antara Golongan Islam dan Golongan Pendukung Ideologi Bukan Islam dan pertembungan adalah pertembungan di peringkat ideologi pemikiran, bukan perpecahan hakiki. Bagaimana dikatakan usaha meninggikan ideologi pemikiran dan cara hidup Islam dan memerangi ideologi jahiliyah itu dikatakan tiada fokus kerja kepada melakukan perubahan manusia melalui manhaj tarbiyyah al-Quran?Bahkan, seruan kembali kepada manhaj tarbiyah alQuran lebih meluas seruannya, sehingga ke corong tv, ke media massa cetak mahupun elektronik, kerajaan mahupun parlimen!!!

Apa yang cukup menyedihkan, di kala keruntuhan parti ‘menghalalkan cara’ semakin kunjung hampi; di kala India dan Cina boleh mendukung kepimpinan ulama dan ideologi pemerintahan Islam yang dibawa PAS; di kala seluruh negara memerhatikan politik Islam yang dipakejkan Ulama’ PAS – ketika itu masih ada lagi orang yang tidak nampak realistiknya perjuangan melalui politik pilihanraya. Bukan sekadar untuk merebut kekuasaan, malah sebagai medium dakwah Islamiah. (baca: Ust Fathi Yakan )

Benarkah PAS kurang tarbiyah?Benarkah keterlibatan dalam demokrasi dan politik kepartian serta pilihanraya sesuatu yang tidak tepat dengan kehendak Islam? Perkara ini akan cuba kami rungkai jawapannya dalam siri2 penulisan selepas ini.

Kalau hendak kenal ISMA maka hendaklah tanya kepada pimpinan ISMA secara terus. Kalau hendak kenal PAS, maka hendaklah merujuk kepada pimpinan PAS secara terus

Kadang-kadang di atas Jalan dakwah ini kita bertemu dengan gangguan daripada saudara seperjuangan. Seolah-olah mereka cuba menghentikan kita daripada beramal atas kefahaman kita yang sahih dan jelas. Mereka berusaha melakukan pelbagai cara dan taktik supaya kita duduk dan menganggur. Pendek kata, mereka mahukan kita ini keluar dari Jalan yang panjang ini. Dahsyat sungguh!
Rasulullah sudah berpesan kepada kita tentang perkara ini. Dalam sebuah hadis yang ditakhrijkan oleh Abu Bakar bin Bilal daripada hadith Anas di dalam kitab Makarim Akhlak :”seorang mukmin itu berada diantara lima ancaman:
1. seorang mukmin yang dengki padanya
2. munafiq yang membencinya
3. kafir yang membunuhnya
4. syaitan yang menyesatkannya
5. hawa nafsu yang menggodanya”
Para pendakwah yang ikhlas akan menghadapi semua ancaman ini. Golongan yang dengki ini sangat tidak selesa dengan pencapaian orang lain dalam amal dakwah. Mereka hanya inginkan semua kejayaan dan hasil yang diperolehi para pendakwah hilang dan lenyap. Hati mereka sengsara. Jiwa mereka sakit menderita. Mereka sanggup merancang tipudaya ke atas saudara-saudara mereka. Perumpamaan mereka seperti kisah Qabil yang dengki, hasad, dendam yang membuak-buak hingga akhirnya membunuh saudaranya Habil. Sepanjang sejarah dakwah sejak dahulu hingga kini dicatat dengan kisah hasad dengki bukannya dari orang asing bahkan dari kawan dan sahabat rapat! Ibnu Mu’taz pernah berkata:“Orang yang hasad itu marah kepada orang yang tidak berdosa, kikir terhadap sesuatu yang bukan kepunyaannya dan sentiasa mencari atau meminta sesuatu yang tidak akan diperolehinya.”
Golongan yang dengki ini akan menghalalkan semua yang dilarang dan diharamkan untuk mencapai tujuan dan cita-cita peribadi mereka seperti api yang membakar daun-daun hijua juga daun kering.

Mengapa mereka dengki??
Merasa dirinya lebih mulia berbanding orang lain. Dia tidak rela orang lain mengatasinya dalam apa jua perkara. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah ia tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.

Bertaubatlah wahai orang-orang yang beriman sebelum datangnya ajaL!!
-http://arrumy.wordpress.com

[Idea penulisan blog ini asalnya tercetus daripada edaran Risalah Kita dibawah ini, yang tiada ditulis penulis sebenar, terbitan siapa atau apa2 identiti pengenalan. Maka blog ini juga tiada ditulis nama penulis sebenar, terbitan siapa mahupun apa2 identiti pengenalan- pemudaberani]Edaran Pamphlet Hantu/ LayangEdaran Pamphlet Hantu/ Layang

Kami menerima satu edaran yang disebarkan kepada Mahasiswa(wi?) di perlembahan Nil seperti yang tertera di atas. Risalah ini mengandungi satu kandungan yang cukup ‘menarik dan padat‘ tetapi apabila dibelek-belek untuk mengetahui penerbit atau penulis, ia tidak dicatatkan walau dimana-mana. Kami tidak berhasrat untuk mempersoalkan kegiatan penulisan yang tidak berani memikul tanggungjawab kritikan seperti  ini, namun suka untuk kami kupaskan beberapa isi tulisan.

risalah1[risalah1]-

ANGGAPAN YANG SALAH -Sebahagian besar masa dan tenaga umat telah ditumpukan kepada hal ehwal politik dan yang berkaitan dengannya semata-mata

Penulis di dalam risalah ini menggambarkan “bahawa meluasnya anggapan perlu berusaha, berjuang, berjihad dalam hal ehwal politik dan yang berkaitan dengannya adalah satu “anggapan yang salah”. Ungkapan dan intonasi yang digunakan membawa kepada beberapa persoalan:-

  1. ‘Sebahagian besar masa dan tenaga umat telah ditumpukan kepada hal ehwal politik’ – Kenyataan ini merujuk kepada umat Islam di Malaysia atau di seluruh dunia? [kalau di Malaysia, kami lihat umat Islam lebih leka menggunakan masa dan tenaga untuk hiburan dan mencari kekayaan material lebih daripada berpolitik -pemudaberani]
  2. Ini membawa kepada persoalan; apakah kenyataan ini ditujukan hanya kepada kelompok tertentu di Malaysia sahaja? contoh seperti kelompok aktivis dakwah dalam gerakan Islam?
  3. Kalau benar ia ditujukan kepada kelompok aktivis dakwah dalam konteks Malaysia, maka siapakah pula yang ‘menyebarkan anggapan meluas’ tersebut? seolah2 menggambarkan satu golongan besar, golongan yang lebih ramai dan dominan; apakah ia merujuk kepada aktivis yang terlibat dengan PAS yang usahanya menegakkan daulah?
  4. Kalaulah penyokong dan pendokong PAS tersebut benar2 berjuang/berjihad untuk menegakkan daulah; yakni ‘menumpukan sebahagian besar masa dan tenaga’ mereka, maka apakah seperti tajuk itu, ini satu jalan atau ‘anggapan yang salah’?

Terus terang kami katakan bahawa sebaik selesai membaca petikan tersebut, apa yang kami fahami hendak dikatakan oleh penulis kalau secara lebih terang terus adalah: ‘fahaman PAS bahawa terlibat dalam politik kepartian pilihanraya (proses menegakkan daulah) adalah satu cabang jihad merupakan satu anggapan yang salah’.

Kalau benar telahan seperti di atas maka, lebih jauh lagi, mereka terus menerus menanam secara senyap-senyap (subconsciously) satu idea. Ini dilakukan dengan petikan,  ”sebahagian besar masa dan tenaga umat telah ditumpukan kepada hal ehwal politik dan yang berkaitan dengannya semata-mata” . Iaitu kebanyakan aktivis dakwah di Malaysia (terutamanya PAS) hanya terlibat dalam politik semata-mata (tiada tarbiyah).

[kami telah nyatakan sebelum ini, anggapan PAS hanya satu parti politik yang tidak menitikberatkan persoalan tarbiyah, dakwah dan lain2 adalah satu kenyataan yang berniat jahat untuk menjatuhkan dan merendah2kan bidang lapangan perjuangan PAS- pemudaberani]

risalah-2 Penulisan sebegini selari dengan pemikiran satu kelompok dakwah yang sentiasa merasakan diri mereka paling benar. Golongan ini banyak mengeluarkan kata2 seperti berikut:-

“Jalan dakwah melalui politik pilihanraya adalah tidak realistik. Mustahil satu2 parti Islam dapat meraih kuasa dan undi majoriti melalui jalan ini kerana Malaysia terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dan agama” [pujukan seorang ahli ????- sumber lisan]

“Keterlibatan dalam politik kepartian adalah suatu yang sia2 dan tidak berfaedah, kerana sistem ini adalah berasal daripada sistem jahiliyah pihak kuffar. Kita mesti kembali kepada rujukan al Quran dan Sunnah dan sistem syura” [tulisan blog seorang pimpinan *$%^?-Mesir]

“Memperjuangkan amalan Islam secara lengkap melalui undang2 dan pemerintahan (daripada atas) tidak betul kerana tiada dakwah fardiah (tidak dari bawah). Ini seperti peraturan sekolah yang mana murid ikut secara paksa dan hanya ikut di sekolah sahaja, selepas daripada itu, peraturan2 ini ditinggalkan. Maka lebih elok dibuat dakwah fardiah” [perlu diingatkan bahawa mereka ini telah ditanamkan bahawa PAS hanya terlibat dengan politik dan tiada dakwah mahupun tarbiyah. kerana itu dianggap kalau terlibat dengan pilihanraya, tiada dakwah fardiah- pemudaberani]

Kesimpulan

Kami menasihati sahabat-sahabat daripada mana2 entiti, terutama ikhwan daripada ISMA supaya tidak merendah2kan atau menjatuhkan idea dan pandangan orang lain. Kita jangan ikut perangai seperti yang ditunjukkan di atas, kerana persoalan ini termasuk dalam persoalan ijtihadi yang furu3 atau cabang. Berlapang dadalah dalam perkara yang tidak disepakati. Bersatulah di atas titik persamaan yang ada antara semua entiti.

Kadang-kadang di atas Jalan dakwah ini kita bertemu dengan gangguan daripada saudara seperjuangan. Seolah-olah mereka cuba menghentikan kita daripada beramal atas kefahaman kita yang sahih dan jelas. Mereka berusaha melakukan pelbagai cara dan taktik supaya kita duduk dan menganggur. Pendek kata, mereka mahukan kita ini keluar dari Jalan yang panjang ini. Dahsyat sungguh!
Rasulullah sudah berpesan kepada kita tentang perkara ini. Dalam sebuah hadis yang ditakhrijkan oleh Abu Bakar bin Bilal daripada hadith Anas di dalam kitab Makarim Akhlak :”seorang mukmin itu berada diantara lima ancaman:
1. seorang mukmin yang dengki padanya
2. munafiq yang membencinya
3. kafir yang membunuhnya
4. syaitan yang menyesatkannya
5. hawa nafsu yang menggodanya”

Para pendakwah yang ikhlas akan menghadapi semua ancaman ini. Golongan yang dengki ini sangat tidak selesa dengan pencapaian orang lain dalam amal dakwah. Mereka hanya inginkan semua kejayaan dan hasil yang diperolehi para pendakwah hilang dan lenyap. Hati mereka sengsara. Jiwa mereka sakit menderita. Mereka sanggup merancang tipudaya ke atas saudara-saudara mereka. Perumpamaan mereka seperti kisah Qabil yang dengki, hasad, dendam yang membuak-buak hingga akhirnya membunuh saudaranya Habil. Sepanjang sejarah dakwah sejak dahulu hingga kini dicatat dengan kisah hasad dengki bukannya dari orang asing bahkan dari kawan dan sahabat rapat! Ibnu Mu’taz pernah berkata:“Orang yang hasad itu marah kepada orang yang tidak berdosa, kikir terhadap sesuatu yang bukan kepunyaannya dan sentiasa mencari atau meminta sesuatu yang tidak akan diperolehinya.”

Golongan yang dengki ini akan menghalalkan semua yang dilarang dan diharamkan untuk mencapai tujuan dan cita-cita peribadi mereka seperti api yang membakar daun-daun hijua juga daun kering. Saya kongsikan di sini beberapa hadith untuk golongan ini mengambil iktibar dan pengajaran jika pintu hati mereka masih terbuka:

“Sesiapa yang menggembar-gemburkan (pada orang ramai) sesuatu perkara (perkataan) terhadap seseorang Muslim untuk menjatuhkan maruah orang tersebut di dunia pada hal ia tidak demikian, maka wajiblah Allah mencairkan pembawa fitnah tersebut pada hari Qiamat dalam api neraka sehinggalah ia dapat membuktikah kebenaran apa yang telah dikatakannya.” (Hadith riwayat Al-Thabarani)

“Barangsiapa yang memakan daging saudaranya di dunia (mengumpat) kelak pada hari Qiamat dibawakan kepadanya daging itu, dikatakan kepadanya “Makanlah daging bangkai ini sebagaimana engkau makan dagingnya ketika dia hidup dahulu”. Lalu ia pun makan memakan daging itu sambil berteriak-teriak”. (Hadith riwayat A1-Tabrani dan lain-lain)

“Mengumpat itu lebih buruk daripada zina. Sahabat bertanya bagaimana? Rasulullah menjawab: seorang yang berzina itu kalau bertaubat mungkin taubatnya itu diterima oleh Allah. Akan tetapi orang yang mengumpat tidak akan Allah ampunkan dosanya sehinggalah orang yang diumpatinya itu memaafkannya.” (Hadith riwayat Tabrani dan Baihaqi)

Mengapa mereka dengki?

Merasa dirinya lebih mulia berbanding orang lain. Dia tidak rela orang lain mengatasinya dalam apa jua perkara. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah ia tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.

Bertaubatlah wahai orang-orang yang beriman sebelum datangnya ajal.

[daripada blog Ustaz Shuhaib Arrumy, Pengerusi ISMA Mesir]

Benarkah PAS kurang tarbiyah?Benarkah keterlibatan dalam demokrasi dan politik kepartian serta pilihanraya sesuatu yang tidak tepat dengan kehendak Islam? Perkara ini akan cuba kami rungkai jawapannya dalam siri2 penulisan selepas ini.

Kalau hendak kenal ISMA maka hendaklah tanya kepada pimpinan ISMA secara terus. Kalau hendak kenal PAS, maka hendaklah merujuk kepada pimpinan PAS secara terus…

Next Page »