Sudah sekian lama kami memerhatikan perkembangan slogan “Melayu Sepakat, Islam Berdaulat”. Mengetahui bahawa ISMA adalah satu NGO berteraskan Islam dan Tarbiyah Ikhwan Muslimin, maka pada permulaannya tidak dapat tidak untuk kita berlapang dada dan bersangka baik dengan pendekatan ini. Namun pengakhirannya mengecewakan lagi mengasihankan ; setelah meneliti isi kandungan dan pemikiran yang lahir daripada slogan ini, kami rasa terpanggil untuk mengemukakan beberapa kritikan. Harap jangan melenting.

Mengapa perlu dijadikan Slogan?

Slogan ini lahir dengan latar belakang pilihanraya umum Malaysia 2008 yang menyaksikan kejayaan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di lima negeri dan menafikan dua pertiga majoriti Barisan Nasional di parlimen. Faktor utama perkembangan ini dilihat kerana sokongan padu masyarakat bukan Islam kepada Pakatan Rakyat.

UMNO melihat perkembangan ini sebagai tergugatnya ‘ketuanan Melayu’ dan bersatunya orang non-Melayu menentang kepimpinan Melayu.

PAS melihat perkembangan ini sebagai tsunami kesedaran politik rakyat Malaysia, dan kejayaan memecah tembok ketakutan orang non-Muslim kepada perjuangan PAS.

Kesan daripada prestasi terburuk BN tersebut, UMNO melenting dan mula mengatur strategi untuk mengembalikan sokongan kepada BN; agenda survival politik Melayu di Malaysia dimomokkan; isu2 keagamaan dan perkauman bertiup kencang. Media dan Institusi kerajaan Pusat digunakan sepenuhnya untuk kempen politik UMNO tersebut.

PERKASA lahir akibat sentimen merasakan hak keistimewaan Melayu sudah tergugat.

Bagi kami, Melayu Sepakat Islam Berdaulat lahir tidak lebih hanya akibat sentimen merasakan Islam sudah tergugat; terpengaruh dengan kempen politik UMNO.

Bagi mereka yang celik politik, isu-isu keagamaan dan perkauman yang timbul selepas daripada Mac 2008 disedari telah dijadikan modal politik murahan UMNO untuk menaikkan sentimen agama dan perkauman terutama di kalangan orang Melayu. Realitinya, yang tergugat adalah KETUANAN UMNO dan bukan ketuanan Melayu mahupun ketuanan Islam, malah ramai melihat konfontrasi kaum (yakni Melayu melihat Cina/ India sebagai ancaman dan Non Melayu pula melihat Melayu sebagai ancaman) telah serba sedikit dapat dikendurkan dan digantikan dengan integrasi.

Sayang seribu kali sayang, ISMA sebagai NGO yang non-partisan dan memang tidak celik politik dengan mudah terpengaruh dengan Utusan Malaysia dan TV3 sehingga serba sedikit dikotori sentimen Melayu tergugat, Islam tergugat, Melayu mesti bersatu!

Kami pasti di peringkat ini pasti ramai yang akan berkata ‘Cis, mesti lihat dari kaca mata politik kepartian. ISMA mana main politik kepartian –hizbiyah- politik kami mengatasi kepartian. Kami hanya mahu bela kepentingan Islam!’

Jawapan kami; jika demikian mengapa MSIB perlu dislogankan dan dilaung2kan sehingga tenggelam slogan Membina Generasi Harapan?

Sebelum ini disebut2 fokus gerakan Islam mesti tarbiyah dan dakwah, dan menyibukkan diri dengan politik hanya merugikan tenaga dan masa ummah. Apakah pendekatan  tarbiyah kini diletak sama status dengan pendekatan politik ie, menyepakatkan Melayu?

Juga disebut berbilang2 kelompok/persatuan dan perbezaan pendapat itu tidak semestinya membawa perpecahan. Maka apakah begitu teruk perpecahan politik Melayu sehingga perlu diperjuangkan ‘Melayu Sepakat’ sebagai satu slogan?

Ingin kami pertegaskan, semua pihak berhak untuk menyuarakan pendapat, dan ISMA sangat dialu2kan untuk turut terlibat dalam lapangan politik bahkan berkewajipan, dan teguran serta kritikan membina terhadap parti Islam dan Melayu seharusnya dipandang baik, namun mengapa perlu sehingga dijadikan slogan dan dasar pendekatan semasa ‘Melayu Sepakat’?

Apakah yang dikehendaki?

Kekeliruan Yg Ditimbulkan ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’

Pemerhatian kami mendapati banyak kekeliruan yang timbul kesan kemunculan Melayu Sepakat Islam Berdaulat:-

  • Kelompok orang Melayu adalah penerima awal agama Islam di Tanah Melayu, dan mereka merupakan majoriti Muslim maka sewajarnya mereka menjadi fokus dakwah –Jika demikian slogan yang lebih tepat adalah ‘Melayu Didahulukan, Islam Diutamakan’ . PAS, JIM, ABIM, IKRAM, HALUAN, Tabligh, Arqam, Hizbut Tahrir, Jemaah Islamiyah JI semua mengambil pendekatan sama tanpa menjadikannya slogan.
  • Hak kepimpinan & Kepimpinan Islam di Malaysia adalah di tangan Melayu (kerana mereka majoriti Muslim/lebih awal terima Islam/penduduk asak tanah Melayu) – Seorang Presiden Umno dan pernah menjadi PM Malaysia yang zahirnya adalah seorang pejuang Melayu, hakikatnya seorang berkaum mamak. 1 Melayu 1 Bumi yang dicetuskan Dato Zaini antara lain dipimpin oleh seorang yang berkaum Cina, Dr Ridhuan Tee. Bagi kami seorang Cina boleh menjadi PM di Malaysia, dengan syarat seorang Islam yang bertakwa dan cukup syarat2 menjadi pemimpin seperti digariskan Ulama’. Kenyataan Hak Kepimpinan Negara eksklusif untuk satu kaum tempatan ini mirip kepada laungan Puak Saudi (+ Wahabi) ketika menghalau Khilafah Turki Uthmaniyah daripada jazirah arab satu ketika dahulu.
  • Ketuanan Melayu tidak ditolak bahkan dibela – Bagi kami Ketuanan Melayu/Malay supremacy/Siyadatul qaum ‘alal akhar adalah sifat perkauman, rasis. Kalau Melayu tuan, apakah kaum lain hamba? Kami lebih selesa dengan istilah hak istimewa Melayu, atau Kepimpinan Melayu atau seperti diungkap PAS: Islam Memimpin Perubahan.
  • Nasionalisme, Kebangsaan, sayang bangsa sendiri adalah sebahagian daripada Islam – Sayang bangsa sendiri adalah fitrah, benar; cintakan tanah air sebahagian daripada Islam juga benar tetapi menjadikan Nasionalisme akidah perjuangan batil sebagaimana menjadikan demokrasi satu keimanan dan bukan sekadar wasilah.
  • Ada yang mempertahankan MSIB bukan bersifat reaksi/tindakbalas dengan perkembangan semasa malah berpasakkan kajian terhadap Quran dan Sunnah –Kesatuan (seperti yang diiklankan MSIB) sesuatu yang dititikberatkan Islam, betul, tetapi kesatuan yang didasari tauhid, bukan kesatuan yang didasari bangsa sehingga menutup mata kepada kezaliman.
  • Ada yang sehingga menyebut ‘asabiyah tidak mengapa asalkan tidak melakukan kezaliman. – kami tidak pernah jumpa pembahagian ‘asabiyah seperti kepada ‘asabiyah hasanah dan ‘asabiyah dholalah, ungkapan ini hanya mengelirukan umat.
  • Hamas telah bersepakat dengan Fatah sang penzalim/perasuah/pengkhianat mengapa PAS tidak boleh dengan UMNO BN?- ini memerlukan kefahaman tentang tahaluf siyasi dan ketelitian kepada permainan sepak terajang politik. Bahkan PAS  berpengalaman bersepakat dengan UMNO dalam Barisan Nasional, ini satu fakta sejarah. Bahkan sebelum Hamas – Fatah bersepakat mereka pernah bertelagah sehingga bunuh-membunuh dan Palestin terpecah dua, ini perlu difahami mengapa terjadi.
  • Di Indonesia berlaku kerajaan perpaduan yang disertai parti2 termasuk PKS – Idea kerajaan perpaduan pernah diterokai Presiden PAS. Ini memerlukan reformasi politik menyeluruh seperti yang berlaku di Indonesia tahun 90an. Menyedari situasi politik Malaysia yang sama sekali berbeza idea ini tidak praktikal di Malaysia buat masa sekarang.
  • Bagaimana PAS boleh bersepakat dengan DAP tidak berakidah sedangkan UMNO Islam? – Kesepakatan PR bukan didasari tauhid- benar, tetapi didasari kesepakatan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman. Menyedari kezaliman UMNO, kesepakatan PAS dengan UMNO hanya kerana sama2 Melayu/ sama2 nama Islam boleh jatuh ‘asabiyah. Perlu disedari akidah (ideologi) UMNO adalah nasionalisme dan Islam ditempel2kan sahaja, sebagaimana ditempelkan Masyarakat Madani, kemudian dibuang, ditempelkan Penerapan Nilai2 Islam kemudian dibuang, ditempelkan Islam Hadhari kemudian dibuang, ditempelkan Islam Sederhana/Moderat/Wasatiyah terkini.
  • DAP kritik pengharaman judi di Kelantan, Cina berbaik2 dengan PAS ada agenda tersembunyi, mustahil mereka saja2 bagi undi – Menganggap satu kaum ancaman bukanlah ajaran Islam tetapi ajaran UMNO. Syak wasangka kepada Cina adalah permainan sentimen UMNO sebagaimana Syak wasangka kepada hukum hakam Perundangan Islam juga dijadikan permainan sentimen Umno.

Idealisme & Realiti

Untuk berlaku adil, satu cadangan MSIB yang kami kira bernas dan boleh diambilkira kepimpinan PAS adalah jiwa besar untuk bersepakat dalam isu2 yang melibatkan Agama dan Bangsa Melayu, yakni dalam isu2 yang melangkaui politicking. Jika inilah intipati MSIB yang dikehendaki ISMA, maka kami ucapkan tahniah kepada kepimpinannya kerana telah mengiktiraf PAS lebih dari sekadar ‘Parti Islam’.

Dunia politik dilihat sebahagian orang sebagai sangat kotor, namun jangan terperanjat sebahagian lagi melihat ahli politik sungguh indah dan baik2. UMNO hari ini telah berjaya melukis potret indah kepada ramai orang Melayu tentang siapa diri mereka; UMNO memperjuangkan kepentingan Melayu dan Mendaulatkan Islam. Minta maaf kami katakan, ISMA dan ahli ISMA mewakili sebahagian besar masyarakat Melayu yang masih dirantai kekolotan pemikiran politik ala UMNO, yang perlu dicelikkan!

Kesatuan dan kesepakatan telah lama diperjuangkan (seperti dalam blog ini). Adalah menjadi satu impian untuk melihat ummah Islam bersatu. Namun realiti di lapangan adakalanya sama sekali berbeza dengan teori2 dan falsafah. “Melayu Sepakat, Islam Berdaulat” adalah satu slogan yang baik sekali imbas, begitu juga “1 Melayu 1 Bumi” yang disokong presiden ISMA. Namun realiti politik Malaysia, kami rasa ISMA perlu mengutamakan kesepakatan dengan Jemaah2 Islam seperti PAS. “1 Gerakan Islam 1 Malaysia”. “Gerakan Islam sepakat, Islam Berdaulat”. Jangan kerana hendak berdikari sendiri akhirnya sedar tidak sedar menjadi buah catur permainan politik UMNO!

Kami sanjung ISMA sebagai satu Jemaah Islam. Kami juga kagum dengan kesungguhan ISMA untuk menegakkan tarbiyah ikhwaniyah di bumi Malaysia. Teks, kitab dan rujukan ikhwaniyah sering diratib2, ucapan pimpinan ikhwan selalu dipetik2 dan dijadikan hujjah.Cuma ingin kami kongsikan, bukanlah disebut orang berilmu itu orang yang banyak maklumat dan kesedaran dan dapat memetik segala teks, kitab dan kata2; akan tetapi orang berilmu itu adalah orang yang dapat mengintegrasikan segala teori, falsafah dengan realiti, situasi semasa!

[Banyak lagi yang boleh disenaraikan tentang sikap/peristiwa/kezaliman yang menghalang PAS daripada bersatu/bersepakat dengan UMNO tetapi ini bukanlah fokus tulisan pada kali ini. Sesungguhnya pengalaman PAS dalam perjuangan menegakkan Islam di Malaysia sangat berharga untuk dikongsikan dengan ISMA.]

مدخل فى ترشيد العمل الاسلامى . الدكتور صلاح الصاوى : m.s : 245

Dr. Solah Sawi menyebut bahawa “sesungguhnya mazhab-mazhab fekah ialah gerakan-gerakan keilmuan semata-mata berteraskan mengenai beberapa ijtihad-ijtihad amaliyyah dan tiada baginya aktiviti-aktiviti jihad yang dibataskan untuk mengubah kedudukan yang berlaku pada umat. Adapun gerakan-gerakan Islamiyyah ialah gerakan jihadiyyah yang tertegak pada permulaannya untuk mengubah kedudukan jahiliyyah dan menegakkan sistem Islam.

       Secara kesuluruhannya usaha Tuan Pres ISMA menggali teori2 siyasah ssyariyah untuk tatapan umum adalah sangat baik. Bahkan saya berpendapat kertas kerja dan perbincangan sebegini adalah amat baik untuk dipercambahkan dalam liqa’ di peringkat Dewan Ulama’ PAS. Namun sayang seribu kali sayang, daripada terlibat secara langsung dalam gerakan jihadiyyah yang tertegak pada permulaannya untuk mengubah kedudukan jahiliyyah dalam konteks Malaysia, ISMA dan presidennya memilih untuk berjuang dari luar.

Saya melihat kertas kerja ini tidak lebih daripada melambangkan bahawa ISMA adalah gerakan fikrah semata2 berteraskan mengenai beberapa ijtihad2 amaliyyah dan tiada baginya aktiviti2 jihad untuk mengubah kedudukan yang berlaku pada umat secara komprehensif.

Maksud saya begini; dalam konteks Malaysia, Islam dan Politik Kepartian telah lama berakar umbi.-

  • Sekitar 1940an ketika zaman Jepun menjajah satu pertemuan ulama’ nussantara melibatkan Tanah Melayu+Sumatera+Negeri2 Selatan Thailand diusahakan, merencana masa depan Umat Islam pasca penjajahan British.(ketika itu disangka jepun membebaskan asia untuk asia)
  • Selepas Jepun kalah, Para Ulama’ tanah Melayu sekali lagi berhimpun merencana kebangkitan Umat Islam, sehingga tertubuhnya Badan Pendidikan Islam dan Badan Ekonomi Islam, sebagai satu ijtihad.
  • Kebangkitan dan Kerja Keras Ulama’ Tanah Melayu kemudiannya mendapat kesedaran perlunya satu wadah politik sehingga lahirnya Hizbul Muslimin 1948. Satu ijtihad melibatkan seluruh ulama tanah Melayu ,berpusat di Gunung Semanggol, dipimpin Ust Abu Bakar Al Baqir
  • Selepas itu kerajaan British mengharamkan Gerakan Hizbul Muslimin laalu ulama’ tanah Melayu menyuburkan arus kebangkitan Islam melalui wadah Persatuan Ulama Setanah Melayu. Ini juga Ijtihad Ulama Melayu dalam realiti ketika itu.
  • Para Alim Ulama’ telah bersidang lagi dan mendapat keputusan untuk melahirkan PAS, mengasingkan diri dari Parti UMNO. Sekali lagi ini ijtihad seluruh ulama tanah Melayu, kali ini berpusat di kepala Batas, dipimpin nama2 seperti Ust Othman Hamzah, Ust Ahmad Fuad, Ust Ahmad Badawi et al.
  • Ulama’ berijtihad lagi untuk terlibat dalam politik pilihanraya sebagai cara menegakkan cita2 Islam.1955
  • Ulama’ berijtihad lagi untuk terus menentang Perikatan walaupun sellepas kemerdekaan, demi cita2 Isllam.1959
  • Ijtihad demi Ijtihad ulama’dalam gerakan PAS melihat PAS menjadi antara pengasas Barisan Nasional.1974
  • Rentetan Ijtihadd kaum Muslimin seterusnya melahirkan konsep kepimpinan Ulama’yang dipelopori Majlis Syura PAS
  • Ijtihad demi Ijtihad Majlis Syura Ulama’ akhirnya melahirkan konsep Tahaluf Siyasi.Ijtihad ini melibatkan konsultansi dengan ulama’ seluruh dunia dan percambahan idea dengan gerakan Islam global.

Kesimpulan sayaa begini. Ijtihad Siyasi PAS adalah satu ijtihad kolektif yang melibatkan ijtihad2 ulama’ tanah Melayu dari 1940 sehinggalah kini mengambilkira seluruh pengalaman dan realiti politik tanahair.
Ia bukan kesimpulan yang dibuat Ust Hadi Awang dan Tok Guru Nik Aziz pada tahun 2008 selepas BN hilang majoriti 2/3; kerana macam ada can untuk naik puncak kuasa dan tumbangkan BN.

Umpamanya, Mazhab Syafiiy yang diamalkan di Malaysia adalah hasil ijtihad kolektif seluruh ulama yang bersusur galur dari Nabi Muhammad sehingga lah perbahasan berkurun2 salaf khalaf dan dimuktamadkan cendekiawan nusantara dalam konteks semasa dan tempatan.

    Demikian, perbahasan yang diuatarakn Tuan Presiden Isma dalam kertas kerja itu berputar kepada apa yang telah selesai dibahaskn teori2 dan ijtihad2nya pada zaman 1940an dulu. Teorinya ada, teksnya benar. Aplikasin teori2 tersebut dalam konteks dan realitity gerakan jihadiyah semasa yang tak kena. Nampak tak? Kalau tak Nampak nanti la saya tulis satu persatu a-b-c alif ba ta.

Kalau ustaz Abdullah Zaik masuk politik pilihanraya, dengan segala macam pengalaman yang dapat dikutip, nantilah 60-70 tahun akan datang InsyyaALlah ISMA akan faham pendirian politik PAS semasa.

Sabar ye, belajar slow2. Kalau nak laju sikit boleh join Dewan Ulama’ PAS, kita kongsi2 la hasil penemuan dan pengalamann kajian 60 tahun punya.

Selamat menonton. Tonton semua, jangan sekerat-sekerat.

Ucapan Timb Presiden PAS, Muktamar PAS ke 53:

Syeikh Qaradawi menyebut dalam kitabnya Fiqh Daulatul Islam-Ramai yang telah dapat menatap buku ini ramai yang telah dapat baca buku ini:- Ganti kepada Hijrah pada hari ini adalah menggabungkan diri dalam Jemaah Islam; bukan sebarang Jemaah, bukan sebarang Organisasi, jemaah itu mestilah yang berusaha untuk menegakkan Daulah Islam. Ia dihukumkan dengan fardhu, atas setiap orang Islam, laki2 baik, muda baik, tua baik, profesional baik, ulama’ baik, apa jua latar belakangnya dengan kadar kemampuan yang ada pada dia.
Seperti mana yang telah saya sebut sebelum ini, saya bertanya sendiri kepada Syeikh Qardawi ketikamana kami mengadakan pertemuan. Terakhir pertemuan bertentang mata diadakan di Singapura dengan dihadiri Syeikh Qardawi, Almarhum Ustaz Fadzil dan saya sendiri. Saya tanya beliau sendiri tentang statement itu dalam konteks Malaysia + dalam konteks politik di Malaysia + dalam konteks gerakan Islam di Malaysia, saya kata “Syeikh anda sebut menggabungkan diri dalam jemaah Islam, dalam konteks Malaysia siapa dia?” Al Fadhil Syeikh Qardawi telah menyebut: kenyataannya yang terdapat dalam mukasurat 16 Feqhud Daulah itu, dalam konteks Malaysia, umat Islam tidak ada pilihan lain untuk menggabungkan diri dalam Jemaah Islam selain yang namanya Parti Islam Se Malaysia PAS.
Tuan2 Muslimin sekalian, saya berbangga menjadi ahli PAS sebagaimana saudara2 sekalian berbangga menjadi ahli PAS. Saya sayang kepada PAS sebagaimana saudara2 sayang kepada PAS, kita semua sayang kepada PAS. Jangan diganggu perkara yang remeh, menyebabkan pendapat dan perbezaan pandangan dapat diurus tadbir dengan baik. Kita pertahankan PAS, kita pertahankan jemaah ini, kita perjuangkan Jemaah ini InsyaAllah!

Kami membuat kesimpulan berdasarkan kepada kenyataan bergambar di atas kepada berikut;

  1. PAS menganggap dirinya Jemaah Islam lebih daripada mengganggap dirinya Parti Islam.
  2. Syeikh Qardawi dan Kepimpinan PAS saling mengenali secara fizikal dan zahirnya Syeikh Qardawi mengiktiraf PAS sebagai Jemaah Islam.
  3. Umat Islam mesti bersepakat dalam perjuangan menegakkan Daulah Islam di Malaysia yang dijuarai PAS. Gerakan Islam Sepakat, Islam Berdaulah!

Siapa yang menentang kesatuan Gerakan Islam, dia adalah pengkhianat Islam! *merujuk pendapat mufti Perlis, Dr Juanda Jaya,hoho!

scan0003scan0002

scan0001scan0004

Kami rasakan elok isi kandungan buku2 ini diterjemah dan diberi komentari… (Clockwise from top left)

1) Sains Kenegaraan Dalam Islam, Syeikh Dr Yusof Al Qardawi

2) Dakwah Individu, Syeikh Mustasyfa Masyhur

3) Pengajaran2 Dalam Aktiviti Gerakerja Islami

4) Kesatuan Gerak Kerja Islam Dalam Wadah Yang Satu

Sedutan daripada : Beberapa Pelajaran Dalam ‘Amal Islami
Sayyid Hawwa

Prinsip asal di dalam Islam menuntut supaya orang orang Islam berada di dalam satu jamã’ah sahaja di dunia ini, lebih-lebih lagilah di dalam sesebuah negara yang semestinya hanya satu jama’ah sahaja yang ujud. Al Ustãdh Hassan Al-Bannã rahimahuLlah telah pun meletakkan Rukun Kefahaman di dalam Usul ‘Isyirin sebagai titik pertemuan yang dengannya dapat disatukan seluruh orang-orang Islam khususnya dari segi kefahaman terhadap Islam itu sendiri. Untuk itu Ikhwãn diminta supaya melahirkan suatu sighah (bentuk) penyusunan yang sesuai dan yang boleh sampai kepada penglahiran suatu saff (front) yang bersatu di dalam sesebuah negara atau ke arah penyusunan yang satu di dalam sesebuah negara, dan seterusnya ke arah pembentukan Harakah Islamiyyah yang tunggal di dunia ini.

Bermula dan kejatuhan Khulafah Islamiyyah sehinggalah ke sa’at ini, mereka yang beriman dengan Islam belum lagi mampu membentuk suatu jamã’ah dengan qiyadah (pimpinan) yang satu di dalam sesebuah negara, lebih-lebih lagilah untuk melahirkan suatu jamã’ah yang’bersatu untuk semua negara. Oleh itu kita dapati di dalam sesebuah negara timbul kelompok-kelompok yang berdasarkan kepada tasawwuf, kelompok-kelompok yang berdasarkan kepada ‘ilmiyyah dan kelompok-kelompok yang berdasarkan kepada kebajikan masyarak serta kumpulan-kumpujan yang berdasarkan kepada kebajikan masyarakat serta kumpulan kumpulan yang berdasarkan kepada asas-asas fikiran atau politik tertentu. Dan saudara akan dapati individu-individu yang banyak ini terbawa-bawa dengan arus dan hanyut tanpa mempunyai hubungan langsung dengan mana-mana penyusunan.

Sesungguhnya saudara tidak akan mendapati golongan orang-orang Islam yang bersatu di dalam kumpulan yang satu yang mempunyai matlamat yang satu, penyusunan yang satu dan fikiran yang satu. Malah saudara akan mendapati mereka berpuak-puak dan berpecah-belah. Apakah punca kesemuanya ini?

Suatu pengamatan yang teliti kepada Al-Qur’anul-Karim dan Sunnah Al-Rasül yang suci akan menyingkapkan beberapa sebab musabab akan kenapa berlakunya yang demikian itu. Begitu juga suatu pengamatan yang tenang terhadap waqi’ dan realiti akan membukakan kepada kita sebilangan sebab-sebab mengapa terjadinya yang demikian itu. Di bawah ini disebutkan sebilangan darinya dengan ringkas supaya dapat kita memperhatikannya:

1. Al-Qur’ãnul-Karim menyebut bahawa diantara sebab sebab bagiperpecahan di kalangan Bani Israel adalah kerana melupakan sebahagian daripada wahyu yang diturunkan kepada mereka. Firman Allah Subbanahu Wata’ala:

“Tetapi mereka sengaja melupakan sebahagian daripada apa yang mereka diberi peringatan dengannya; maka Kami timbulkan di antara mereka permusuhan dan kebencian…”
(Sürah Al-Mã’idah: Ayat 14)

Oleh itu dewasa ini, bila mana orang-orang Islam atau sebahagian daripada mereka melupakan Islam atau sebahagian daripadaNya, ataupun lupa untuk melaksanakan satu ayat sahaja daripada Al Qur’an itu, atau lupa untuk berusaha ke arah melaksanakannya walaupun perlaksanannya buat masa ini merupakan suatu perkara yang sukar, maka hasil dan kealpaan ini mengakibatkan perseteruan dan kebencian merebak di kalangan sesama mereka.

Bagi mereka-mereka yang memerhatikan waqi’ (realiti) orang-orang Islam di hari ini mereka akan mendapati bahawa sebahagian daripada orang-orang Islam itu telah lupa bahawa mereka telah ditaklifkan oleh AllAh Subbanahu Wata’Ala untuk memerintah dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah Subbanahu Wata’Ala semata-mata. Sebahagian yang lain pula lupa bahawa mereka telah diperintahkan untuk bantu membantu di antara satu sama lain ke arah kebajikan. Begitu juga sebahagian yang lain telah lupa aspek-aspek ‘ibadat, moral dan budi pekerti. Malahan bagi seluruh Ummat Islam, tanggapan mereka terhadap Islam itu tidak lagi sempurna.

Sesungguhnya kealpaan kita akan hakikat yang sebagai orang Islam kita tidak seharusnya wala’ dan ta’at kepada yang lain daripada Islam dan penganut-penganutnya sahaja sudah cukup untuk membawa kepada perpecahan. Persoalan ini ketara sekali. Demikian juga kealpaan orang-orang Islam bahawa mereka berkewajipan untuk menegakkan hukum-hukum Islam supaya dengan itu akan terlaksanalah Islam dan Jihad; dan kealpaan ini juga sudah cukup untuk membawa kepada perpecahan. Inilah yang sedang berláku di hadapan mata-kepala kita sekarang ini.

Saudara boleh sebutkan berbagai-bagai sudut lain di dalam Islam yang telah dilupai oleh orang-orang Islam. Inilah sebab utama dan sebilangan sebab-sebab perpecahan di kalangan orang-orang Islam.

2. Al Qur’ãnul-Karim juga telah menyebut satu lagi sebab sebab perpecahan di kalangan Bani Israel; iaitulah hasad dengki. Firman AIIah Subbãnahu Wata’ãla:

“Dan mereka (ahli Kitãb) tidak berpécah-belah melainkan sesudah datangnya pengetahuan kepada mereka kerana kedengkian di antara mereka.”
(Al-Syurä: Ayat 14)

RasüluLläh SallaLahu ‘alaihi Wasallam telah mentafsirkan ayat ini dengan sabadaNya:

“Telah meresap di kalangan kamu penyakit ummah yang terdahulu daripada kamu, iaitulah hasad dan kebencian yang merupakan pemotong. Aku tidak berkata ianya pemotong rumput, tetapi ianya pemotong yang memotong ugama.”

Maka hasad dengki; tidak mungkin dapat bertemu sesamanya di antara manusia.

3. Al Qur’anul-Karim juga menyebut beberapa sebab persefahaman yang sebenarnya di antara jiwa-jiwa manusia; iaitulah Rahmat Allah Subhanahu Wata’äla. Al-Qur’an juga telah menyebut sifat-sifat yang mesti dimiliki oleh orang-orang yang beriman demi untuk mendapatkan Rahmat Allah, yang mana selepas itu akan berlakulah persefahaman hati (jiwa). Firman Allah Subhãnahu Wata’aIa:

“Tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi Rahmat oleh Tuhanmu, dan untuk itulah Allah mencipta mereka.”
(Sürah Hüd: Ayat 118-119)

Dan Firman Allah untuk memperingatkan lagi sifat sifat mereka yang layak mendapat RahmatNya:

“Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang ma’rüf, mencegah yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka ta’at kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi Rahmat oleh Allah sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(Sürah At-Täubah: Ayat 71)

“dan yang mempersatukan hati-hati mereka (orang orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang ada di bumi, nescaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.”
(Sürah Al-Anfal: Ayat 63)

Sebenarnya perpecahan di kalangan orang-orang Islam adalah suatu penyakit yang tidak akan sembuh kalau hanya dengan laungan sahaja, bahkan tidak dapat tidak mestilah diubat dan dibenteraskan dari puncanya. Kita mestilah mengubati penyakit orang-orang Islam ini yang merupakan kesan dari penyakit yang disebutkan dahulu. Kita juga tidak lupa untuk menyebutkan di sini sebab musabbab yang membawa kepada pemisahan orang-orang Islam dan tubuh Ummah yang asal; iaitu mereka mengikuti jalan-jalan yang selain dan jalan Allah FirmanNya:

“Dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya.”
(Surah Al An’ãm: Ayat 153)

Bila berlaku yang sedemikian rupa, maka tiada lagi pertemuan yang dapat dicantumkan. Inilah waqi’ yang ada di dalam dunia Islam kini. Sebenarnya dunia Islam sebagai satu yang menyeluruh telah mengambil jalan-jalan yang banyak. Di dalam satu negeri sahaja terdapat berpuluh-puluh jalan syaitan yang bersimpang siur, kesemuanya terpisah dari jalan Allah. Oleh itu, kita mesti menggerakkan satu gerakan da’wah yang menyeluruh ke arah jalan Allah sekiranya kita menginginkan suatu penyatuan yang hakiki.
.
Penggaraban persoalan ini, iaitu persoalan penyatuan orang-orang Islam adalah penggaraban persoalan yang paling pokok. Kita menyeru seluruh orang-orang Islam di merata pelusuk ‘alam ini, di setiap negeri di mana sahaja agar membentuk satu jamaa’ah yang terikat dengan akhlaq dan pengetahuan HizbuLlah serta berusaha untuk bertemu di dalam suatu sistem yang sesuai dan yang mempunyai perencanaan yang sihat ini adalah satu kewajipan semasa, waLlãhu ‘alam.

Kita ingin memperingatkan di sini tentang beberapa perkara yang mempunyai hubungan rapat dengan tajuk ini: Penerusan seorang individu Muslim dengan sikap hanyut tanpa mengikatkan dirinya dengan sebarang kumpulan kumpulan Islam melalui suatu ikatan persaudaraan yang khusus adalah suatu sikap (kedudukan) yang tidak betul; kerana natijah darinya tidak dapat diteruskan saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Juga hendaklah diingati bahawa:

“Pertolongan Allah adalah bersama jamã’ah. Dan barangsiapa yang ganjil, maka ganjillah ia di dalam api neraka. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing yang memencilkan diri.”

“Syaitan dekat dengan orang yang bersendirian dan jauh dari yang berdua.”

“Dan pasti mendapat kecintaanKu bagi mereka yang berkasih keranaKu dan bagi mereka yang saling Ziarah keranaKu dan ,bagi mereka yang saling berbelanja keranaKu.”

Persaudaraan khusus tidak bererti melupakan persaudaraan umum, dan wala’ khusus tidak bererti melupakan wala’ umum. Allah Azzawajalla telah menjadikan kesemua orang-orang Islam bersaudara-mara dan menjadikan mereka bantu-membantu di antara satu sama lain. Firman Allah Subhãnahu Wata’älã:

“Sesungguhnya orang-orang Mu ‘min itu bersaudara.”
(Sürah Al Hujurat: Ayat 10)

“Orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain.”
(Sürah Al-Tãubah: Ayat 71)

Maka tidak dapat tidak, tolong-menolong pasti berlaku di antara orang-orang Islam. Tolong-menolong ini bermula dengan mempertahankan maruah, iaitu dengan tidak membenarkan orang kafir, munãfiq atau pun fasiq menyerang saudara-saudara kita yang beriman. Pertahanan ini akan sampai kemuncaknya bila mana orang-orang Mu’min saling mempertahankan maruah mereka. Firmãn Allah Subhãnahu Wata’ãla:

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam
barisan yang teratur seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”

(Sürah Al-Saff: Ayat 4)

Kesempurnaan persaudaraan dan tolong-menolong di antara sesama orang Islãm akan tercapai bila mana orang orang Islam dapat bertindak sebagai suatu jasad yang satu. Inilah yang pernah digambarkan oleh RasüluLlãh SaLlaLlãhu ‘alaihi Wasallam di dalam satu dari hadithnya. Kesempurnaan ini tidak mungkin akan berlaku kecualilah setelah orang orang Islam mempunyai kepala yang satu serta telah lahir ta’wun (kerjasama) di antara mereka, di samping suatu gerak-kerja yang sempurna lagi tersusun ke arah matlamat yang dituju.

Tidak ada hijab yang lebih tebal di antara sesama orang Islam daripada hijab tiadanya persefahaman sesama sendiri serta tuduh-menuduh di antara satu sama lain dari jauh. Oleh itu, maka sewajibnya dibukakan pintu dialog agar saling berbicara di antara semua pendukung-pendudung Islam di mana setiap orang dapat mengemukakan pandangan masing masing bagi menentukan di mana titik pertemuan dan perselisihan di antara mereka.

Seandainya suatu pihak mempunyai dalil-dalil dan alasan yang cukup, maka saudaranya di pihak yang lain patut tunduk dan menerimanya. Kita bertemu di atas usul-usul yang sama-sama kita persetujui, dan berma’afan sésama sendiri di atas usul-usul yang kita berselisihan, berdasarkan kepada perselisihan pendapat di antara imãm-imãm Mujtahidin. Dan untuk sampai keperingkat ini, mestilah terlebih dahulu telah lahir anggota anggota yang mencapai tahap kesempurnaan akhlãq dan pengetahuan sebagaimana yang dituntut oleh HizbuLlah. Dengan ini sahajalah akan ujudnya suatu kuasa yang mampu menyatu-padukan hati-hati Ummah, dan golongan inilah yang bertanggung-jawab sepenuhnya untuk membimbing Ummah ke arah mempertingkatkan sistem ‘ilmu, tarbiyyah dan penyusunan untuk semua golongan Is1ãm.

Inilah langkah langkah awal dalam penyatupaduan Ummah Islamiyyah di dalam sesebuah negara dan di seluruh dunia ini. Golongan ini juga bertanggung-jawab memberi faham kepada orang orang Islam untuk bergerak di dalam rangka kerja untuk mencapai kesempurnaan yang kemudiannya disusuli dengan satu gerakan bersama untuk mencapai matlamat-matlamat yang diwajibkan ke atas orang-orang Islam.

Sesungguhnya pengasingan mestilah dilakukan di antara orang-orang Islam dan bukan Islam, bukannya di antara sesama Islam. Sekiranya berlaku pengasingan (pemisahan) di antara sesama Islam lantaran perselisihan pendapat di dalam perkara-perkara furu’iyyah, maka inilah di antara penyelewengan-penyelewengan yang keterlaluan.

Sebenarnya tidak pernah berlaku persamaan pendapat di antara orang-orang Islam dari dua golongan ‘ulamã’ di dalam semua masalah. Malahan di dalam mazhab dan aliran yang satu pun ianya tidak mungkin berlaku. Sekirañya kita membiarkan masalah furu’iyyah menjadi faktor perselisihan, maka kita tidak akan mendapati dua orang Islam yang boleh bersahabat dan bersaudara.

Tambahan pula di sana memang ada suatu golongan manusia yang sentiasa bersiap sedia untuk memarakkan api peperangan di antara sesama Islam dengan mengambil masalah furu’iyyah sebagai punca perkelahian sesama sendiri. Aliran yang seumpama ini sudah cukup untuk menyeret dan menghancurkan ummat Islam di medan pertempuran sesama sendiri, seperti mana yang sedang berlaku di hari ini.

Walaupun ada di antara kita yang bersungguh-sungguh di dalam perkara ini, janganlah kita lupa bahawa di sana ada orang-orang kafir yang sentiasa ingin memerintah kita dengan sistem kufurnya. Inilah satu penyelewengan yang dahsyat bagi fahaman Islam yang sempurna .

Seandainya Dãulah Islamiyyah telah pun tertegak, dan Islam di ketika itu mulia dan gagah, di kala itu bolehlah orang-orang Islam memperkata dan memperdebatkan masalah-masalah furu’iyyah ini bahkan kalau hendak berpisah pun tidaklah menjadi suatu persoalan sangat.

Walaubagaimana pun,perkara yang seumpama ini tidak seharusnya berlaku. Orang-orang Islam mestilah menjadi seperti suatu tangan yang satu meski pun berlakunya kelainan aliran dan mazhab demi untuk mencegah berlakunya riddah. Kalau tidak bencanalah yang akan menimpa.

Jelas sekali dari apa yang disebutkan di atas, orang orang Islam di dalam sesuatu negeri malahan di seluruh dunia hendaklah berada di dalam satu jamã’ah sahaja. Dan semestinya terdapat suatu kesatuan yang menyeluruh yang mampu menarik orang-orang Islam ke arahnya. Ini bukanlah bererti kita hendak membelakangkan kebenaran dan mengenepikan kesempurnaan, malahan kita kesemuanya hendaklah meningkat ke arah kebenaran serta bergerak ke arah kesempurnaan.

Sebagai langkah permulaan untuk semuanya ini, maka sistem pelajaran dan pendidikan tarbiyyah yang sempurna mestilah diadakan. Ianya memainkan peranan yang amat penting; agar semua perkara didasarkan kepadanya, dan ia juga menjadi pengikat janji yang dapat digunakan sebagai kayu ukuran.

Sesungguhnya penerimaan seorang individu Muslim biasa, suatu kumpulan Islãm, atau satu jama’ah Islam terhadap sistem pengetahuannya yang tertentu, tarbiyyah Islamiyyah yang tertentu dan pengikat janji yang anjal (flexible) tadi adalah merupakan pendahuluan (muqaddimah) yang biasa ke arah pembentukan suatu jama’ah yang tunggal di dalam suatu negeri dan di ‘alam ini.

Sesungguhnya Al-Ustadh Hassan Al-Banna rahimahuLlah bercita-cita supaya gerakan Ikhwanul Muslimin dan da’wahnya menjadi titik pertemuan di antara seluruh Ummat Islam dan merupakan suatu lengkaran yang mana kesemua orang-orang Islam dapat turut serta di dalamnya. Oleh itu beliau telah meletakkan garis-garis asas di dalam bentuk kaedah dan ‘amali sehingga kalau ada orang memandang kepadanya, mereka tidak akan berjumpa dengan suatu bentuk yang lebih sempurna daripada ini yang dapat mempertemukan kembali orang-orang Islam. Oleh yang demikian, Uztãdh Al-Bannä meminta kita mencurahkan kasih sayang kepada golongan-golongan yang lain kerana inilah senya jalan untuk menghindarkan perpecahan dan jalan ke arah penyatuan saff.

Sehingga kini Ikhwan Muslimin sahajalah satu-satunya badan yang dengan dasarnya dapat dipertemukan semua kumpulan-kumpulan Islam di dunia ini. Tariqat sufiyyah atau mazhab-mazhab serta pendukung masalah furuffyyah tidak mampu untuk dijadikan sebagai tapak penyatuan orang orang Islam. Tambahan pula, di dalam Ikhwãn itu sendiri, unsur-unsur gerakannya membolehkan mereka meningkat dan mencapai kesempurnaan.

Di dalam menunaikan tugas da’wah di negeri-negeri masing-masing, anggota-anggota Ikhwãn tidaklah sentiasa sama dengan garis-garis yang dikehendaki oleh Al-Ustadh Hassan Al-Bannä. Oleh itu, orang mengenali Ikhwän melalui individu-individu Ikhwän yang mereka lihat; natijahnya, mereka berlainan pendapat tentang Ikhwän. Dengan itu lantaran adanya beberapa faktor samada dari dalam atau luar Ikhwãn, penyatuan kaum Muslimin tidak terlaksana sehinggalah ke saat ayat-ayat ini dituliskan. Maka seluruh anggota Ikhwãn hendaklah menjalani suatu operasi di dalam usaha membentuk kembali diri-diri mereka sehingga terlaksananya tuntutan HizbuLlãh di kalangan mereka di dalam ertikata yang sebenarnya.

Ingatlah, orang-orang Islam yang paling banyak menepati tuntutan HizbuLläh, merekalah orang-orang yang paling mampu untuk menda’wahkan orang lain ke arahnya. Insya’ Allah, Ikhwãn Muslimin masih tetap di jalan ini. Ikhwan tidak berhasrat untuk menarik seseorang dari golongan yang disertainya atau dari syeikh (tariqat) yang selama ini ia mengambil menafa’at daripadanya. Di dalam hal ini, Uztadh Al-Bannã menegaskan sesiapa sahaja yang menginginkan suatu tarbiyyah khusus, maka dia dengan pilihannya. Tetapi adalah menjadi hasrat Ikhwãn untuk mengemukakan sesuatu yang sempuma bagi seluruh Ummat Islam. Oleh itu setiap individu di dalam mana-mana kumpulan hendaklah bekerja ke arah kesempurnaan dan untuk suatu penyatuan yang mendapat keredhaan AIlah Subhanahu Wata’ãlã dan keredaan hati hati kaum Muslimin sehingga mereka dapat dibebaskan dari suasana yang menyelubungi mereka.

Telah menjadi suatu kebiasaan pada golongan Islam melihat apa yang ada pada mereka sebagai suatu yang lengkap, tetapi sebenarnya tidak demikian. Kesemua indivudu individu Muslim yang ‘amil (bekerja) dan kumpulan-kumpulan Islam adalah bekerja untuk mempertahankan pintu-pintu Islam. Tetapi tiada seorang pun dari mereka atau suatu kumpulan pun yang mampu mengawal dan mempertahankan semua pintu.

Seorang faqih Muslim mempertahankan satu pintu, seorang mujãhid Muslim mempertahankan suatu pintu yang lain. Adalah tidak wajar untuk kita meminta seseorang untuk meninggalkan pintu jagaannya, malah kita sepatutnya memintanya kekal di tempat penjagaannya, dan melakukan ihsãn.

Apabila setiap pintu mempunyai tokoh penjaganya yang kamil, yang yakin bahawa ianya dari golongan HizbuLlãh serta melaksanakan tugasnya bekerjasama dengan pihak-pihak yang lain, maka terarahlah orang Islam keseluruhannya secara spontan kepada suatu arus yang satu.

Telah menjadi kebiasaan kepada sebilangan orang-orang Islam di mana mereka menyangka bila mana mereka berkumpul sepuluh orang, merekalah suatu jamã’ah Islamiyyah dan merasakan bahawa penyelesaian musykilah-musykilah orang Islam di hari ini adalah di tangan mereka. Kita boleh mendapati di dalam satu negeri sahaja sepuluh kumpulan yang kesemuanya tidak mempunyai ikatan di antara satu sama lain, serta tiada satupun yang mampu untuk mempersatukan kesemuanya. tiada satu kumpulan pun dewasa ini dan di masa hadapan yang mampu mengerjakan segala yang diperlukan oleh orang-orang Islam seorang dirinya, kerana permasalahan yang dihadapi oleh orang-orang Islam di sesebuah negeri tidak mungkin dapat diselesaikan kecuali dengan penglibatan semua yang terlibat.

Tanpa penyatuan ini, Ummat Islam tidak akan bertambah sesuatu kecuali kelemahan. Sesungguhnya usaha-usaha untuk membawa semua orang-orang Islam supaya berakhlaq dengan akhlaq HizbuLlah adalah suatu perkara yang perlu dan merupakan suatu permulaan yang sihat. Tetapi kejayaan yang hakiki tidak akan tercapai kecuali setelah dapat disertai oleh seluruh HizbuLlah di dalam suatu tanzim yang tunggal dalam rangka menyatupadukan semua orang-orang Islam di dalam sesebuah negeri dan di seluruh dunia. Semasa dalam perjalanan ke arah usaha ini, perlulah dihidupkan ruh keikhlasan dan kecintaan dalam mencari suatu corak penyusunan yang sesuai.

Inilah di antara kewajipan yang paling utama bagi orang-orang Islam. Sesungguhnya di atas bahu Ikhwän Musliminlah terletaknya kewajipan untuk menghidupkan kesedaran, kefahaman dan sifat tidak mementingkan diri sendiri. Untuk menghidupkan api yang pertama memerlukan kepada oksigen dan hidrogen. Demikian juga untuk menggerakkan Ikhwanul Muslimin di jalan yang sempurna ini, perlulah sentiasa mencari jalan-jalan yang boleh mempersatukan kumpulan-kumpulan Islam supaya bangun untuk suatu gerakan sedunia.

[Kami petik: “Berbilang2 jemaah itu harus. Yang haram adalah taasub”
Kami tambah: “Keharusan itu tidak wajar didahulukan ke atas perkara wajib, Keharusan juga tidak wajar didahulukan keatas usaha2 menghindari perkara haram”]

“Gerakan Islam – Satu Sejarah Dan Pengalaman” Selangor, 1989

ABIM BERGOLAK

Satu lagi peristiwa penting yang menggemparkan keutuhan perjuangan Islam di Malaysia berlaku pada tahun 1982 apabila Saudara Anuar Ibrahim, iaitu Presiden ABIM mengisytiharkan dirinya menyertai parti asobiyah, iaitu UMNO. Akibatnya ABIM terpecah dua – satu kumpulan menyokong tindakan Sdr. Anuar dan yang satu lagi menentang. Mereka yang menentang kebanyakannya mengambil tindakan keluar daripada ABIM lalu menyertai PAS. Maka ramailah pejuang-pejuang Islam termasuk dari kalangan pelajar berduyun-duyun mula menyertai PAS yang dipimpin oleh satu barisan kepimpinan baru yang dinamik, berani dan berwibawa.

IRC BUNTU

IRC di Malaysia pada masa itu menghadapi keadaan yang sangat buntu di mana mereka yang inginkan Islam memberi thiqah dan walak kepada kepimpinen PAS sementara kepimpinan IRC masih “bersembunyi”, tidak mengistiharkan siapa mereka. Oleh itu ummah tidak dapat menilai sejauh mana kepimpinannya berwibawa, apakah mereka itu berani berdepan dengan toghut ataupun tidak, ataupun mereka hanya berani menghentam toghut di dalam usrah dan tamrin tertutup saja yang dihadiri oleh orang-orang terpilih, apakah mereka benar-benar memiliki akhlak yang tinggi ataupun akhlak dan jamaah mereka lebih kepada indah khabar dari rupa. Apakah amir IRC seorang ulamak atau jurutera sahaja. Tahukah dia tentang selok belok ugama khasnya hukum-hukum feqah yang sememangnya menjadi pra-syarat kelayakan seseorang pemimpin Harakah Islamiah. Persoalan ini menjadi tandatanya kepada ummah supaya amir IRC dapat dipertanggungjawabkan di khalayak ramai terhadap setiap tindakan yang diputuskannya, sama ada sesuatu tindakan itu menepati syara’ atau tidak.

Sebaliknya barisan kepimpinan PAS kebanyakannya adalah dari kalangan ulamak yang berwibawa, bukan sahaja bijak dan berani menjelaskan isu-isu ultra-sensitif seperti isu kemurtadan, kristianisasi dan hak-hak istimewa orang Melayu tetapi juga berani dikenakan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) malah ada yang telah syahid di jalan Allah, contohnya Almarhum Ustaz Ibrahim Mahmud bersama 13 orang sahabat di Memali (semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh-roh Syuhada’ Memali).

STRATEGI BARU

Keadaan kebuntuan tersebut telah menyebabkan IRC merubah strateginya sekitar tahun 1982. Maka disusunlah satu strategi atau “grand design” terhadap ABIM dan PAS, lalu diperkenalkan konsep Harakah Islamiah Syumuliah, HIS [Takrif HIS IRC adalah tidak sama dengan HIS yang diterangkan sebelumnyaj. Dalam rangkakerja HIS IRC, ABIM dan PAS hendak dijadikan “wajah-wajah” jamaah (wujuuhul jamaah) IRC semata-mata. Dalam istilah politik moden, strategi ini akan menjadikan ABIM dan PAS sebagai gerakan-gerakan depan (front organisations) semata-mata dan kepimpinan ABIM dan PAS sebagai boneka-boneka (maaf kasar sedikit di sini) yang hanya boleh bertindak menurut arahan kepimpinan IRC. Oleh itu kekuasaan sebenar berada dalam tangan amir IRC bukan amir ABIM atau PAS.
Menurut strategi ini orang-orang tertentu IRC yang mampu mendapat pengaruh akan dihantar bertugas hampir sepenuh masa di dalam PAS dan ABIM. Mereka akan memainkan peranan untuk mewujudkan satu suasana jamaah-dalam-jamaah di mana jamaah baru ini akan terdiri daripada mereka yang memiliki fikrah IRC dan berwalak kepada IRC. Kumpulan ini akan memainkan peranan bagi melaksanakan strategi HIS untuk IRC. Paling kurang hasil yang diharapkan dari kumpulan ini ialah mereka akan bersikap lembut terhadap IRC.

Menerusi strategi baru ini IRC telah dapat meyakinkan kepimpinan PAS tentang niat ikhlas (?) mereka untuk bersama membantu PAS khasnya dalam program-program tarbiyah. Lujnah tarbiyah PAS pusat telah menjemput dua orang ahli majlis syura IRC untuk bersama-sama dalam lujnah tersebut. Serentak dengan itu hampir keseluruhan program tarbiyah PAS, termasuk di institusi-institusi pengajian tinggi, diserahkan kepada ahli-ahli IRC untuk dikendalikan.

HARAP PAGAR PAGAR MAKAN PADI

Malangnya IRC telah mengingkari janjinya dan bertindak bak kata pepatah “harap pagar pagar makan padi”. Tujuan sebenar mereka menyertai PAS mulai terbongkar. IRC bukan sekadar mengendali program tarbiyah PAS tetapi juga dikumpulkannya secara rahsia ahli-ahli PAS yang berpotensi (yang bakal menjadi pemimpin) dan mereka dibawa keluar daripada PAS untuk menyertai jamaah sulit mereka IRC. Lunas-lunas akhlak Islam telah tidak diikuti oleh kepimpinan IRC. Apabila tembelang IRC diketahui oleh pucuk pimpinan PAS mereka telah diberi kata-dua dan diminta supaya membuat pilihan, iaitu sama ada kekal di dalam PAS dengan meninggalkan IRC ataupun berhenti terus daripada mengkhianati PAS. Sungguhpun begitu sebagai mematuhi syariat berjamaah tiada seorang pun ahli IRC dipecat daripada jamaah PAS. Lanjutan daripada itu program-program dakwah yang ada kaitan dengan PAS khasnya di pusat-pusat pengajian tinggi berpecah kepada dua: satu kumpulan yang jauh lebih ramai kekal bersama PAS sementara yang satu lagi menyertai IRC.

Tindakan IRC selanjutnya jelas menunjukkan strateginya terhadap PAS masih diteruskan sebab meskipun sebahagian besar ahli IRC telah berundur daripada PAS masih ada beberapa individu yang berpangaruh kekal di dalam PAS. Kehadiran mereka bukan disebabkan mereka telah mufaraqah (istihar keluar) daripada IRC tetapi atas arahan kepimpinan IRC sendiri – mereka tidak pernah mengistiharkan diri mereka keluar daripada IRC, malah hubungan mereka dalam bentuk usrah-usrah sulit (rahsia) masih diteruskan.

Perlu ditekankan di sini semasa kepimpinan IRC berulang-ulang menemui kepimpinan PAS (sebelum perpecahan berlaku) mereka telah mengisyhtiharkan bahawa IRC tidak wujud di Malaysia, yang ada hanya bekas ahli-ahli IRC. Oleh sebab itu kepimpinan PAS tidak menimbulkan soalan siapakah amir mereka atau siapakah ahli-ahli majlis syura mereka. Malah sebahagian besar pengikut-pengikut IRC sendiri termasuk dari kalangan siswa/siswi tidak diberi maklumat tepat atau tidak diberitahu langsung tentang siapakah barisan kepimpinan jamaah yang mereka sedang ikuti. Sebenarnya IRC mengamalkan sistem pengkelasan dalam keahliannya. Daripada empat peringkat hanya peringkat tertinggi diberi hak mengetahui dengan tepat struktur dan kepimpinan jamaah.

PERJUANGAN DI LUAR MALAYSIA

Sekarang kita kembali kepada masalah dakwah di kalangan pelajar. Semasa PAS mempercayai IRC telah bersatu dengannya tiada usaha dijalankan di luar negeri, sama ada di United Kingdom, Amerika Syarikat atau Timur Tengah untuk menubuhkan cawangannya di sana sebab peranan ini dimainkan oleh IRC di U.K. dan MISG (dikuasai oleh IRC setelah dirampas dari ABIM yang menubuhkannya) di Amerika. Akan tetapi, dalam keadaan sekarang adalah mustahil PAS dapat mengharapkan mereka yang menerima tarbiyah IRC di luar negeri pulang untuk menyertai PAS.

Alhamdulillah, kepimpinan PAS sedang mengambil langkah-langkah tertentu supaya pelajar-pelajar di seberang laut dapat menyertai perjuangan PAS, insyaAllah. Oleh itu sekarang sudah wujud sayap-sayap PAS (secara tidak rasmi) dl luar negeri termasuklah di U.K., USA dan Timur Tengah.

WAHAI MUJAHID ILALLAH

Akhir kata, jadilah anda tentera-tentera dan srikandi-srikandi Allah yang sentiasa peka kepada perpaduan ummah dan cita-cita perjuangan mereka. Jauhkan diri daripada tindakan-tindakan negatif yang membawa keretakan dan perpecahan pada saff para mujahidin ila Allah. Sebab ummah mukminin adalah ummah yang satu. Seruan dan perintah Allah dan RasulNya adalah jelas iaitu semua orang-orang beriman hendaklah bersatu dalam satu jamaah. Oleh itu jika anda terdengar seruan dan ajakan yang sebaliknya maka pastilah ianya bukan dari ajaran Allah dan RasulNya tetapi ajaran orang-orang yang tidak betul yang sanggup mengkhianati dan melemahkan perjuangan ummah yang sedang berjihad menegakkan kembali Ugama Yang Suci, meskipun mereka mendakwa diri mereka sebagai pejuang-pejuang yang berakhlak meninggi langit. Lagipun orang yang berakhlak tinggi sifatnya tidak sekali-kali suka menceritakan tentang kebaikan dirinya kepada orang lain, jauh sekali daripada menjaja ke sana sini memberitahu orang betapa akhlaknyalah yang terbaik.

Dalam keadaan apa sekali pun jangan berganjak walaupun seinci daripada manhaj perjuangan orang-orang beriman, iaitu : “Alghaayah laa tubarrirul wasilah.” maknanya “Matlamat tidak boleh membersihkan (menghalalkan) cara. ”
Maksudnya, jika matlamat sesuatu tindakan itu adalah baik untuk mencari keridhaan Allah (s.w.t.) maka cara yang diambil bagi mencapai matlamat itu juga hendaklah syar’i atau diridhai Allah.

Oleh itu jika menubuhkan jamaah baru setelah sudah wujud jamaah Islam adalah haram di sisi Allah (lantaran ia memecah belahkan ummah) maka anda hendaklah yakin ianya adalah haram; atas alasan apa pun jangan sekali-kali terlibat di dalam penubuhannya ataupun menyokongnya. Ataupun jika berbohong dan menipu sesama mukmin itu adalah haram menurut Allah dan Rasulnya maka jangan sekali-kali menjadikan sifat-sifat dayus ini sebagai bahan tarbiyah dan senjata perjuangan. Dan lagi jika bekerjasama dengan musuh-musuh Allah bagi menjatuhkan kumpulan Islam adalah sangat-sangat dilarang oleh Allah dan RasulNya maka anda hendaklah yakin orang yang terlibat tidak langsung layak memimpin ummah meskipun beliau seorang lulusan ugama. Sebab apakah anda tidak hairan Ugama Islam yang Suci ini dapat ditegakkan dengan cara-cara yang bathil seperti ini ?!!.

Dalam satu riwayat Imam Syafie rahimahullah dikatakan tidak tidur malam kerana memikirkan masalah ummah termasuk masalah perpecahan ummah di zamannya meskipun institusi khalifah masih berjalan dan syariat Islam masih tertegak. Sekarang sisem khalifah sudah tiada lagi dan syariat Islam sudah lama tumbang, maka ummah sangat-sangat memerlukan lebih ramai orang memikirkan masalah perpecahan dan bagaimana penyelesaian dapat dicapai. Ummah sudah bosan dengan sikap negatif kumpulan yang sengaja mencari-cari kelemahan pejuang-pejuang sejati serta suka menimbulkan keraguan terhadap kepimpinan mereka.

RUMUSAN

Beberapa rumusan penting boleh dikutip daripada huraian sejarah ringkas Gerakan Islam di Malaysia:

1. Penubuhan jamaah-jamaah baru khasnya IRC bukan didasarkan kepada tuntutan syara’ dan ia lebih banyak mendatangkan mudharat daripada menafaat kepada kejayaan perjuangan Islam di Malaysia kerana terlalu banyak masa, tenaga dan wang dihabiskan lantaran pergeseran sesama pejuang-pejuang Islam

2. Hadith Rasulullah (saw), “Berjamaah itu rahmat dan berpecah belah itu azab” adalah tepat sekali. Dulu pejuang-pejuang Islam bersatu padu dan ummah melihat pertentangan di dalam masyarakat hanya antara kumpulan Islam dengan kumpulan yang tak nak Islam (iaitu gabungan antara orang fasiq, munafiq dan kafir) tetapi kini terlalu banyak hijab dan tembok ditegakkan di tengah-tengah para mujahidin ila Allah yang menjadikan mereka seperti orang-orang asing (strangers) dan musuh (enemies) sesama mereka. Sudah terlalu ramai pejuang yang dulunya bersahabat karib kini menjadi musuh ketat.

3. Setiap mukmin hendaklah berjihad bagi menyatupadukan kembali ummah dengan tidak menyokong atau menyertai jamaah-jamaah baru. Jika ada pemimpin atau anggota jamaah baru yang merasai dirinya lebih layak memimpin ummah (sebab akhlaknya lebih baik, jelas manhaj dan matlamat perjuangannya, dll) maka tinggalkanlah jamaah baru itu dan sertailah jamaah tertua PAS dan jika benar seperti yang dirasai sudah tentu ummah akan memilihnya untuk memimpin mereka.

[Seperti yang telah diungkap kerana komen oleh yang disegani Ust Annuar Salleh, YDP ISMA Hulu Langat, maka atas rasa hormat, penuh rendah diri, kami tangguhkan semua poin sanggahan2 yang dikutip daripada tulisan beliau untuk dijadikan peluru tembak kembali. (“,).. Kami akan berusaha mencari analogi lain yang tidak berkait dengan ibadah khusus, moga2 beliau tidak terkeliru. Serentak dengan itu juga, kami diilhami untuk mengkaji berkaitan Sejarah Masjid Dhirar –yang ini betul2 untuk Qias– yang bukan ibadah khusus; supaya jelas mana satu kiasan, mana satu qiasan!_! Nantikan ya hasil kajian… !]

“Gerakan Islam – Satu Sejarah Dan Pengalaman”  Selangor, 1989

GERAKAN ISLAM

Apakah yang dimaksudkan dengan Gerakan Islam atau Harakah Islamiah ?
Sebelum itu kita cuba memahami dulu maksud perkataan jamaah. Menurut Hadith yang masyhur tiga orang yang bermusafir hendaklah melantik seorang amir atau ketua dari kalangan mereka. Dalam perkataan lain tiga (atau lebih) orang yang sedang bermusafir dikehendaki menubuhkan sebuah jamaah. Bagaimanapun jamaah ini bersifat sementara sebab sekembalinya musafirin tersebut ke tempat asal mereka jamaah pun dibubarkan.

Berdasarkan kepada pengertian ini setiap pertubuhan atau organisasi, sama ada berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran atau tidak, adalah sebuah jamaah. Harakah (Gerakan) bolehlah ditakrifkan sebagai sebuah jamaah yang bergerak/bergiat/berjuang bagi mencapai matlamat yang lebih besar seperti menegakkan ideologi dan cara hidup dengan melibatkan massa atau orang ramai. Oleh itu satu golongan massa yang berjuang bagi menegakkan demokrasi contohnya adalah satu gerakan atau harakah, dan dipanggil Gerakan Demokrasi atau Harakah Demokrasi. Begitu juga dengan Gerakan Nasionalisme bagi menegakkan ideologi dan cara hidup yang berlandaskan perkauman, dan Gerakan Komunis bagi menegakkan sistem komunis, dan sebagainya.

Apa yang dinamakan Harakah Islamiah atau Gerakan Islam merupakan satu jamaah yang berjihad bagi menegakkan sistem hidup Islam (Nizomul Hayatul Islami). Tergolong dalam takrif ini termasuklah jamaah-jamaah Tabligh, Al-Arqam, ABIM, IRC dan PAS.

Harakah Islamiah Syumuliah pula adalah sebuah jamaah yang bermatlamat menegakkan Sistem Hidup Islam yang lengkap (komprehensif), lengkap dari segi keahlian (ulamak, intelek, profesional, petani, buruh, nelayan, dsb.) dan juzuk-juzuk kehidupan (siasah/politik, ekonomi, perundangan (syariat), ketenteraan, dakwah/tabligh, pendidikan (tarbiyah), dsb.) Oleh kerana kesemua ini hanya boleh dilaksanakan dengan tertegaknya sebuah Negara Islam atau Daulah Islamiah, keutamaan perjuangan diberikan kepada jihad dalam bidang siasah, dakwah dan tarbiyah, di samping tidak mengabaikan bidang-bidang lain. Matlamat perjuangan adalah untuk mengembalikan kekuasaan kepada orang-orang mukmin yang bertaqwa dan menyambung semula Khalifah Rashidah.

Di negara kita Harakah Islamiah terbesar dan paling berpengaruh yang menepati takrif ini hanyalah PAS. Di negara-negara lain harakah-harakah yang setanding adalah Ikhwanul Muslimin di Meslr, Jamaatul Islami di Pakistan, Partisi Refah di Turki. Kesemua jamaah ini terlibat di dalam pilihanraya bagi menegakkan Negara Islam, sungguhpun pilihanraya diyakini bukan jalan tunggal untuk mencapai matlamat. Di negara-negara lain yang tidak membenarkan Ummah Muslimin mengambil bahagian di dalam pilihanraya, ataupun negara berkenaan tiada pilihanraya, perjuangan mengambil bentuk jihad bersenjata dan/atau jihad bawah tanah. Contoh jihad bersenjata termasuklah Mujahidin Afghanistan, Mujahidin Patani, Mujahidin Eriteria dan Mujahidin Moro. Contoh jihad bawah tanah ialah Mujahidin di negara-negara komunis, Iraq dan Syria.

Apabila sahaja Negara Islam dapat ditegakkan Harakah Islamiah tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya, dan sistem pemerintahan kini berpandu kepada pemerintahan Rasulullah (saw) dan Khalifah-Khalifah Rashidah, khasnya Khalifah Abu Bakr AlSiddiq, Omar Ibnul Khattab, Osman bin Affan, Ali bin Abi Talib dan Omar bin Abdulaziz, semoga Allah meredhai kesemuanya.

GERAKAN ISLAM DI UNITED KINGDOM

Kita mulakan pembicaraan dengan melihat kepada Gerakan Islam di United Kingdom.

Usaha dakwah di kalangan pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom sebenarnya bermula di Tanah Air sendiri iaitu di Institut Teknologi Kebangsaan (kini dinaikkan taraf kepada Universiti Teknologi Malaysia), sekitar hujung tahun 60’an dan awal 70’an. Sekumpulan pelajar, kebanyakannya pelajar-pelajar kejuruteraan, telah dilatih dan ditarbiyah (dididik) oleh seorang pensyarah pinjaman dari Institut Teknologi Bandung bernama Pak Imaduddin Abdul Rahim untuk menjadi kader-kader dakwah.

Pada awal tahun 70’an perjuangan Islam di Malaysia didukungi oleh dua kumpulan (jamaah/harakah) terbesar: Parti Islam Se Malaysia, PAS (wadah berpenekanan politik) dan Angkatan Belia Islam Malaysia, ABIM (wadah belia dan non-partisan). Bagaimanapun, hubungan antara keduanya adalah erat bak kata pepatah seperti isi dengan kuku, tiap satu memainkan peranan yang saling menguatkan perjuangan Islam (complimentary roles). Kader-kader dakwah ini merasa diri masing-masing berintima’ (bersama-sama) dengan ABIM dan PAS sekaligus. Oleh kerana medan perjuangan ABIM adalah di kalangan belia, usaha dakwah di kalangan pelajar dan siswa/i pada masa itu mempunyai hubungan hampir langsung dengan ABIM.

MELANJUTKAN PELAJARAN

Di awal tahun 70’an juga, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan polisi menghantar seberapa ramai yang mungkin pelajar-pelajar Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di United Kingdom. Di antara yang merebut peluang ini termasuklah sebilangan besar kader-kader tersebut. Menerusi program ini mereka dapat mendaftarkan diri di berbagai-bagai universiti dan politeknik di United Kingdom (U.K.). Walaupun demikian, sebahagian besar daripada mereka bertumpu di kawasan Brighton (Selatan U.K.) dan Glasgow (Selatan Scotland). Semasa di U.K. pelajar-pelajar ini berpeluang meneruskan perjuangan Islam disebabkan di sana sudahpun wujud dua kumpulan dakwah besar tiap satu mempunyai hubungan dengan jamaah induk masing-masing di India dan Pakistan. Kumpulan-kumpulan ini adalah Jamaah Tabligh dan United Kingdom Islamic Mission, [cawangan Jamaatul Islami (Maududi), Pakistan].

PERPECAHAN

Pertemuan ini telah memberi pengalaman baru kepada kader-kader tersebut tetapi ada padahnya. Kumpulan yang sebelum itu merupakan satu ikatan yang padu dari segi fikrah dan tanzim telah terbelah dua – satu mengikut stail tabligh sementara satu lagi mengikut stail Jamaatul Islami yang juga menjadi manhaj harakah-harakah lain saperti PAS, ABIM dan Ikhwanul Muslimin, Mesir. Sudah menjadi resam perpecahan maka berlakulah tidak bertegur sapa, bermasam muka dan perbalahan antara kedua kumpulan tersebut di khalayak ramai. Perbalahan itu contohnya berlaku selepas solat Jumaat di mana pengikut Tabligh akan meminta orang ramai supaya tunggu untuk mendengar bayan (ceramah) dan ini ditentang oleh kumpulan satu lagi yang menganggap tindakan itu tidak syari’ kerana seolah-olah menghalang orang ramai daripada pulang ke rumah masing-masing setelah selesai solat Jumaat.

PENUBUHAN IRC

Lanjutan daripada itu timbullah kesedaran di kalangan beberapa orang daripada kader-kader untuk berusaha supaya kedua-kedua kumpulan bercantum semula. Usaha ini mengambil bentuk satu wadah atau platform yang dikenali sebagai Islamic Representative Council (IRC). Tepat dengan namanya, objektif utama IRC adalah untuk menjemput wakil-wakil daripada dua kumpulan tadi dan juga mereka yang mirip kepada Islam tetapi tidak menyertai mana-mana kumpulan untuk bersama-sama dalam satu majlis yang akan berusaha menyatupadukan semula pelajar-pelajar Islam. Maka diwujudkanlah usrah-usrah yang dianggotai oleh wakil-wakil tersebut.

Malangnya usaha yang murni itu gagal mencapai objektifnya – yang tabligh tetap tabligh, yang mirip kepada nasionalisme tetap dengan pegangannya sementara bakinya merubah corak IRC daripada satu platform semata-mata menjadi satu jamaah yang memiliki amir serta majlis syura dan tanzimnya sendiri. Bagaimanapun, IRC telah memilih jalan untuk menyembunyikan barisan kepimpinannya daripada pengetahuan dan penilaian ummah. Yang dapat dilihat oleh orang ramai hanyalah program-program dakwah dan rehlah. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1975/1976.

SUARA AL-ISLAM

Belum sempat IRC merasai ketenangan, kepimpinannya mula bergolak. Beberapa orang kepimpinan telah keluar daripada IRC dan menubuhkan jamaah baru yang diberi nama Suara Al-Islam. Perbezaan antara keduanya hanyalah pada cara perjuangan hendak diteruskan. IRC ingin cara yang berteraskan tarbiyah sementara Suara Al-Islam memilih cara radikal dan revolusioner yakni dengan menimbulkan isu-isu penting dan asas di tengah-tengah masyarakat dan dengan itu program tarbiyah tidak menjadi isu utama. Bagi mereka tarbiyah adalah pertembungan langsung dengan kuasa-kuasa toghut di dalam masyarakat.

Bagaimanapun, beberapa tahun selepas itu kepimpinan serta ahli-ahli Suara Al-Islam memilih jalan yang wajar dan menepati syara’ untuk menyertai PAS sekembali mereka ke Malaysia. PAS memiliki ciri-ciri yang lebih lengkap yang merangkumi ciri-ciri perjuangan IRC dan Suara Al-Islam. Lagipun PAS merupakan harakah/jamaah tertua yang ditubuhkan oleh ummah Muslimin di Malaysia untuk berjuang bagi menegakkan Daulah Islamiah di negeri ini.

Satu babak penting dalam asam garam perjuangan Islam di Malaysia berlaku sekitar tahun 1976/77, iaitu apabila beberapa orang pemimpin dan ahli IRC kembali ke Tanah Air. Mereka bukan sahaja tidak mahu menyertai jamaah yang sedia ada iaitu ABIM-PAS, tetapi sudah mula mengkritik daripada luar kepimpinan perjuangan Islam masa itu. Kalau objektif asal IRC ditubuhkan adalah untuk menyatupadukan kumpulan-kumpulan yang berpecah di U.K., kini IRC (secara disedari ataupun tidak disedari ?) memainkan peranan sebaliknya iaitu untuk memecah dan melemahkan barisan perjuangan ummah yang telah bersatupadu seperti yang dituntut oleh Allah s.w.t. dalam surah As-Saff, ayat 4 :

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”

JAMAAH BARU DI MALAYSIA

IRC telah memilih jalan yang sangat-sangat ditegah oleh Allah dan Rasulnya iaitu menubuhkan jamaah baru di Malaysia sungguhpun sudah wujud jamaah Islam. Allah (s.w.t.) telah melarang tindakan ini secara keras dan jelas di dalam Kitab Suci AlQuran:

“Dan berpegang teguhlah kepada tali (agama) Allah, dan jangan kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu, lalu jadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara.” (Surah Ali Imran, Ayat 103)

“Sesungguhnya orang-orang yang memecah belahkan agamanya dan mereka menjadi bergolongan, tidak ada sedikitpun tangggungjawabmu terhadap mereka (mereka bukan daripada kamu – tafsir).” (Surah AlAn’am, Ayat 159)

Di samping itu terdapat juga banyak hadith Rasulullah (s.a.w.) yang melarang ummah daripada berpecah atau membuat jamaah baru:

Sabda Baginda yang bermaksud “Hendaklah kamu bersama-sama Jamaah Muslimin dan pimpinan mereka.”

Lagi sabda Baginda yang bermaksud, “Berjamaah itu rahmat dan berpecah belah itu azab.”

Pada masa yang sama kepimpinan ABIM dan IRC mengadakan rundingan bagi mencari jalan persefahaman demi untuk kebaikan perjuangan Islam. Maka satu persefahaman tidak resmi, atau tidak bertulis telah dicapai, iaitu ABIM tidak akan mengembangkan sayapnya ke United Kingdom dan sebagai balasan ahli-ahli dan kepimpinan IRC akan menyertai ABIM sekembalinya mereka ke Malaysia.

Sungguhpun ABIM telah menepati janjinya, sebahagian besar kepimpinan dan ahli IRC yang pulang ke Tanah Air tetap bertegas tidak mahu menyertai ABIM. Di antara tuduhan terhadap ABIM termasuklah matlamat perjuangan ABIM tidak jelas, tiada tarbiyah dll, meskipun aspek-aspek ini dapat diperbaiki dengan pernyertaan mereka ke dalam ABIM (jika benar IRC mempunyai matlamat yang jelas dan ada tarbiyah!). Lagipun tuduhan-tuduhan itu bukanlah hujjah-hujjah syara’ dan boleh dipertikai. Anihnya, ABIM yang memiliki beberapa lulusan Al-Azhar dari kalangan kepimpinannya, malah ada yang mendapat tarbiyah Ikhwanul Muslimun, diragui tentang kejelasan perjuangan mereka oleh kumpulan yang rata-rata berpendidikan bukan-agama, yang mempelajari Islam selama sejam atau dua jam seminggu sahaja !?

IRC mulai bergiat di Malaysia khasnya di kalangan pelajar-pelajar dan kakitangan-kakitangan akademik universiti. Seperti yang dijangkakan, berlakulah peristiwa-peristiwa pijak memijak kaki satu sama lain dengan ABIM. Kepimpinan pelajar yang mempunyai hubungan langsung dengan ABIM cuba diambil alih oleh IRC. Akibatnya ABIM tidak ada pilihan lain kecuali mengembangkan sayapnya ke United Kingdom sebab ABIM menghadapi keadaan buntu di mana keahliannya dari kalangan lulusan United Kingdom semakin merosot. Maka ditubuhkanlah ABIM-U.K. sekitar awal 80’an.

PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA BERPECAH LAGI

Dengan tertubuhnya ABIM-U.K. perpecahan di kalangan pelajar-pelajar Malaysia menjadi lebih buruk. Kini pelajar-pelajar Malaysia di Britain berpecah kepada empat kvunpulan besar – Tabligh, IRC, Suara Al-Islam dan ABIM di samping wadah nasionalist UMNO-U.K.

Berlakulah kepada pejuang-pejuang Islam di rantau orang apa yang tidak berlaku kepada penjajah British sendiri semasa mereka di negeri kita, iaitu perebutan kuasa sesama sendiri bagi mencari pengaruh. Masing-masing menyediakan strategi bagi merampas pertubuhan-pertubuhan pelajar seperti “Islamic Society” dan “Malaysian Student Society” di hampir setiap institusi di mana terdapat pertubuhan-pertubuhan seperti itu. Contohnya, apabila diadakan Mesyuarat Agong Tahunan sesebuah pertubuhan maka ahli-ahli akan mengambil tempat masing-masing di dalam dewan mesyuarat – sebelah dewan diduduki oleh ahli-ahli IRC sementara sebelah lagi oleh ahli-ahli ABIM.

Berlakulah tikam lidah antara kedua-dua puak masing-masing cuba menegakkan kepentingan puaknya. Begitu juga dengan tempat penginapan. Satu tempat didiami oleh orang-orang IRC dan orang-orang ABIM pula mencari tempat lain. Apabila diadakan kenduri maka ahli-ahli kumpulan sahaja dijemput. Panduan perkahwinan seperti yang diajar oleh Rasulullah (s.a.w.) diubah daripada empat perkara (ugama, keturunan, kecantikan dan kekayaan) kepada lima dengan ditambah satu lagi syarat, iaitu bakal suami/isteri hendaklah menjadi ahli jamaah yang sama.

Jika direnung dengan tajam maka terasalah sedih dan malu terhadap apa yang berlaku. Islam adalah Ugama Suci, Ugama Benar, Ugama Tunggal Diridhai Allah tetapi malangnya “seolah-olah” ugama ini tidak mampu menyatupadukan satu kelompok umatnya yang kecil yang rata-rata terdiri daripada orang-orang yang boleh berfikir sendiri tanpa dipengaruhi oleh mereka yang berkepentingan. Yang sedihnya ini berlaku di rantau orang dan di negeri orang kafir pula. Sepatutnya orang-orang mukmin menunjukkan akhlak yang tinggi kepada orang-orang kafir sebagai contoh dan uswah hasanah supaya hati mereka dapat dijinakkan kepada Islam. Konsep ukhwah atau persaudaraan dalam Islam telah menjadi kabur, daripada menjadi sesuatu yang memisahkan antara iman dan kufur kepada sesuatu yang memisahkan satu jamaah Islam daripada jamaah Islam lain. Sebenarnya, Allah (swt) telah menganugerahkan kepada kita konsep ukhwah yang betul, iaitu seperti firmanNya:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah bersaudara … ” (Surah Al-Hujurat, Ayat 10)

bukannya “Sesungguhnya orang-orang IRC sahaja bersaudara” atau “Sesungguhnya orang-orang ABIM sahaja bersaudara,” atau sebagainya. Oleh itu berilah hak persaudaraan kepada setiap individu yang mengaku ia beriman kepada Allah dan Rasulnya. Allah (s.w.t.) telah menyatukan hati-hati orang-orang beriman dan menghapuskan permusuhan sesama mereka maka siapakah anda, dengan membuat jamaah baru, tergamak meletakkan hijab dan tembok antara individu-individu mujahid mukmin – yang satu mengikut anda sementara yang satu lagi mengikut jamaah yang sedia wujud ?

[Setelah diasak dengan begitu panjang sekali komen oleh yang berhormat Ust Annuar Salleh, YDP ISMA Hulu Langat, maka atas rasa hormat, penuh rendah diri,  kami tangguhkan semua poin sanggahan2 yang dikutip daripada tulisan beliau untuk dijadikan peluru tembak kembali. (“,).. Dengan penuh insaf, kami akan berusaha mengkaji kitab yang dicadangkan beliau supaya kami tidak kelihatan seperti ‘budak baru belajar’. Maka dengan itu untuk sementara waktu ini, kami kongsi dahulu sejarah gerakan Islam yang kami temui demikian.]