Apakah itu ISMA? [1]

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dahulunya dikenali dengan nama Ikatan Siswazah Muslim Malaysia…

…merupakan satu badan NGO yang bergerak aktif berperanan di tengah-tengah masyarakat untuk mengurangkan gejala-gejala sosial di kalangan remaja mahupun golongan dewasa. Progra-rogram yang dilaksanakan menjurus kepada penghayatan kehidupan beragama dan mengamalkannya di dalam kehidupan seharian. Dengan misi untuk ‘mengesani’ masyarakat melalui program-program yang dilaksanakan, ISMA komited akan mencapai matlamat penubuhannya apatah lagi ISMA mempunyai ahli-ahli yang konsisten di dalam melaksanakan program-program yang dijalankan.

Sejarah Penubuhan:

ISMA ditubuhkan pada 1997, merupakan Badan Bukan Kerajaan(NGO) yang berdaftar dan tidak bermotifkan keuntungan. ISMA berhasrat untuk memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masayrakat sama ada dari aspek kebajikan sosial , pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita.

VISI ISMA ialah membangun kekuatan tamadun Islam di Malaysia berasaskan keadilan bersama.

Misi ISMA ialah Membina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi.

Objektif kepada penubuhan ISMA ialah

Memantapkan kefahaman ahli serta masyarakat bagi melahirkan pimpinan dimasa hadapan

  • Mengangkat kesedaran peri-pentingnya pembinaan keluarga
  • Membentuk remaja kearah membangunkan potensi intelektual dan spiritual
  • Membimbing pemuda menjadi individu muslim berketerampilan dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara
  • Menyedia,menerbit dan menyalurkan maklumat-maklumat yang melibatkan kepentingan ahli dan masyarkat melalui saluran media yang dibenarkan.
  • Mewujudkan pusat-pusat pendidikan dan latihan ke arah meningkatkan taraf sosio-ekonomi ahli dan masyarakat.
  • Membantu masyarakat dari segi kebajikan dan aspek kemanusiaan.

ISMA dewasa ini bergerak aktif di ditengah-tengah masyarakat untuk mengurangkan gejala-gejala sosial dikalangan remaja dan dewasa. Program-program yang dilaksanakan menjurus kepada penghayatan kehidupan beragama dan pengamalannya didalam kehidupan seharian.

Cogan Kata

Ilmu

Ihsan

Budaya

Keluarga

Kemanusiaan

ISMA mengikut Perlembagaannya [2]

Fasal 1-3 :: Nama, Logo & Alamat

UNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)

No. Pendaftaran: 2701/97 (Wilayah Persekutuan)

FASAL 1 NAMA

Pertubuhan inii dikenali dengan nama PERTUBUHAN IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) selepas ini disebut “Pertubuhan”.

FASAL 2 LOGO

i.arch

Imej kepada pencapaian Tamadun Islam masa lalu dapat dilihat pada binaan bangunan dan kota raya. Juga membawa maksud yang melambangkan taraf kehidupan, keilmuan, akhlak, kemanusiaan dan susun-atur umat yang menghuni disebaliknya.

ii. Bulatan dan segi empat tepat (circle and square)

Bulatan dan segi empat tepat merupakan asas kepada rekabentuk geometri, melambangkan asas Tamadun Islam.

?Asas bermula? Islam

? Menuju kecemerlangan ? tamadun kemanusiaan.

Turut melambangkan sifat-sifat Islam : kesatuan, keesaan Tuhan, kesempurnaan dalam semua bidang, masa dan tempat, tidak memberat kepada mana-mana arah tetapi adil dan seimbang

iii. Garis binaan putus-putus (construction line)

Menjadi penghubung antara bulatan dan segi empat tepat kepada ?pointed arch?. Meingatkan ahli bahawa di antara asas tempat bertolak dan pencapaian matlamat, maka di situ terletaknya kerja, usaha, persiapan, perancangan dan ujian serta pengorbanan

FASAL 3 ALAMAT TEMPAT URUSAN

Alamat tempat urusan ialah No. 5A, Jalan SG 3/7, Taman seri Gombak, Batu Caves, 60000 Selangor atau di tempat lain iaitu tempat tempat yang akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa Pusat. Alamat tempat urusan Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

Fasal 4 :: Tujuan & Matlamat

4.1 Menggabungkan dan menyatukan semua warga Negara Malaysia yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan beragama Islam dalam sebuah pertubuhan yang melaksanakan segala bentuk aktiviti dan program dalam bidang kebajikan, sosial, ekonomi dan pendidikan ke arah pembentukan peribadi Muslim yang berwibawa dan bertanggungjawab terhadap ugama, bangsa dan negara.

4.2 Menggembelingkan kepakaran dan pengalaman ahli ahli dan sukarelawan yang berminat ke arah berkhidmat untuk masyarakat di peringkat nasional dan antarabangsa.

4.3 Mengujudkan sebuah pusat sumber sebagai tempat rujukan ahli dan masyarakat dalam proses penyelidikan dan pengembangan ilmu pengetahuan.

4.4 Menjadi anggota kepada pertubuhan pertubuhan Islam di dalam dan luar negara yang mempunyai tujuan tujuan dan matlamat-matlamat yang sama dengan Pertubuhan serta menerima keanggotaan pertubuhan pertubuhan tersebut.

4.5 Menjalinkan kerjasama dan menjalankan aktiviti dengan pertubuhan pertubuhan di dalam dan luar negara dalam menjayakan matlamat dan tujuan Pertubuhan demi kebaikan dan kepentingan masyarakat.

4.6 Mengujudkan pusat pusat pendidikan dan latihan ke arah meningkatkan taraf sosio ekonomi ahli dan masyarakat.

4.7 Menyedia, menerbit dan menyalurkan maklumat maklumat yang melibatkan kepentingan ahli dan masyarakat melalui saluran saluran media yang dibenarkan oleh pihak berkuasa secara kerjasama dengan pihak media massa di dalam dan luar negara.

4.8 Menerima dan menguruskan sumbangan sumbangan sama ada dalam bentuk wang atau selainnya daripada ahli ahli Pertubuhan sendiri (selain dari yuran keahlian) atau daripada mana mana pihak individu atau institusi/syarikat/firma dari dalam dan luar negara dan sebagainya yang berminat untuk membantu ke arah pencapaian tujuan tujuan dan maksud Pertubuhan.

4.9 a) Pertubuhan boleh memiliki, membeli, menjual dan mencagar harta harta tanah, bangunan dan lain lain bentuk harta alih atau tak alih, dan boleh menguruskan harta harta itu secara yang difikirkan sesuai dan membawa manfaat kepada Pertubuhan serta melaburkan mana mana kumpulan wang pertubuhan yang tidak diperlukan dengan segera dalam apa apa aktiviti pelaburan atau perniagaan yang difikirkan wajar untuk menampung kedudukan kewangan Pertubuhan.

b) Sungguhpun begitu, Pertubuhan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat untuk tujuan yang baik (bona fide), untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Pertubuhan atau pihak pihak yang lainnya bagi apa apa perkhidmatan yang sebenarnya telah diberikan kepada Pertubuhan.

4.10 Pertubuhan bukan parti politik dan tidak akan terlibat di dalam sebarang kegiatan politik kepartian.

ISMA- Mesir [3]

Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir telah melancarkan secara rasmi penubuhan Ikatan Muslimin Malaysia-Mesir (ISMA-Mesir). Pelancaran yang dilakukan serentak dengan perasmian Sambutan Aidil Fitri ISMA-Mesir 1429H atau singkatannya SAFI 1429 ini telah disempurnakan pada tanggal 9 Syawal 1429H bersamaan 9 Oktober 2008, bertempat di Dewan Asrama Kedah Baru, Hayyu Sabi’, Madinah Nasr, Kaherah.

Lagu Rasmi ISMA

Nasyid Rasmi ISMA – Nazrey Johani

Penutup

Benarkah ISMA pecahan daripada JIM? Benarkah ISMA hanya jamaah yang ditubuhkan atas sebab tidak puas hati? Adakah taadud jamaah benar-benar ditegah? Insyaallah kami akan cuba untuk menjawab persoalan-persoalan ini pada post yang akan datang. Mudah-mudahan Allah SWT membuka hati-hati mereka yang beriman serta memberi pertolongan kepada mereka yang ikhlas berjuang untuk agama Allah SWT.

Jika ingin tahu tentang ilmu pertukangan, tanyalah pada ahli tukang, jangan bertanya pada nelayan. Blog-blog pimpinan ISMA boleh didapati di sini.

Rujukan:

1.Laman Web Rasmi ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia), April, 2009. http://ismaweb.net/v2/index.php?name=FAQ&id_cat=3

2. Perlembagaan Persatuan ISMA, April 2009. http://ismaweb.net/v2/FAQ-id_cat-2.html

3. Laman Web Rasmi ISMA- Mesir, April 2009. http://ismamesir.wordpress.com