i. Taqrib (Mendekatkan) di antara Jamaah-jamaah Islam.

Inilah penyelesaian yang dikemukakan oleh Dr. Yusof Al-Qardawi iaitu

“Saya berkata (تقارب) mendekatkan dan bukan kesatuan kerana saya tidak mengingkari taadud jamaah yang bekerja untuk Islam dan saya tidak tamak untuk menghimpunkan semua di dalam satu jamaah yang digabungkan oleh satu tanzim di bawah kepimpinan yang satu. Kesatuan adalah harapan yang indah tetapi perlaksanannya menyusun kesukaran-kesukaran yang tidak mudah diatasi melainkan manusia berubah menjadi malaikat yang mempunyai sayap-sayap.”(55)

Yang pastinya, usaha-usaha takarub tidak mahu dilaksanakan oleh jamaah-jamaah takhasus dan bergerak kearah berjauhan dan permusuhan. Penyelesaian Dr Yusof Al-Qardawi sama dengan cara yang dikemukakan oleh PAS sebagaimana yang diutarakan oleh Tuan Guru Haji Harun Taib (Ketua Dewan Ulama PAS Pusat).(56)

“Setiap jamaah yang telah wujud haruslah membuat ketetapan dan persetujuan untuk bekerjasama ke arah pencapaian cita-cita dan matlamat. Firman Allah Taala :

وتعاونوا على البر والتقوى ولاتعاونوا على الاثم والعدوان

Maksudnya : “Tolong-menolonglah kamu untuk melakukan kebajikan dan takwa Dan jangan tolong-menolonglah kamu untuk kerja dosa dan permusuhan.”

(surah al-Maidah : 20)

Kerjasama seperti ini dapat dilakukan apabila setiap golongan merasakan sama-sama bertanggungjawab untuk mendirikan Daulah Islamiyyah di dalam negara ini. Jika persetujuan ini dapat diwujudkan, maka perkara-perkara berikut hendaklah di ambil kira itu :

  • 1. Setiap jamaah Islam boleh mengekalkan undang-undang tubuh masing-masing secara berasingan tetapi bersedia untuk mengubahsuai uslub bekerja dari masa kesemasa.
  • 2. Setiap jamaah hendaklah bertanggungjawab dalam mengawasi para anggotanya supaya sentiasa tunduk dan patuh kepada pimpinan umum.
  • 3. Setiap jamaah yang menjadi anggota hendaklah memberi wala’ yang tidak berbelah bagi kepada pimpinan umum, selama mana ia bertindak mengikut aturan dan peraturan yang telah dipersetujui.
  • 4. Setiap jamaah yang menjadi anggota pakatan ini tidak boleh sama sekali memberi sokongan dan pertolongan kepada mana-mana pihak yang menjadi musuh kepda pakatan ini atau mana-mana anggotanya.
  • 5. Setiap jamaah haruslah tidak menyerang antara satu sama lain, malahan hendaklah sama-sama mempertahankan sahabatnya sewaktu menghadapi serangan.
  • 6. Bidang kerja setiap jamaah dan anggota hendaklan diselaraskan dengan baik.
  • 7. Untuk mengurus dan mentadbirkan pakatan ini dan untuk menjamin ianya berjalan dengan lancar, maka satu jamaah kepimpinan hendaklah diwujudkan mengikut persetujuan bersama.”

Cara dan perkara-perkara yang dikemukakan oleh Tuan Guru Haji Harun Taib bertepatan dan sepakat dengan syarat-syarat taadud yang disebut oleh ulama-ulama yang mengharuskan taadud jamaah. Jika ABIM, IRC/jamaah Alami dan lain-lain menerima pandangan Dr. Yusof Al-Qardawi dan Tuan Guru Haji Harun Taib ini sewajarnya memperbaiki uslub dan melaksanakan perkara-perkara atau syarat-syarat tersebut.

ii. Penyatuan di dalam Jamaah Umum.

Jika penyelesaian pertama ditolak. Setiap jamaah berkeras mempertahankan uslub dan pemikiran menyeleweng dan tidak bertasamuh untuk melaksanakan syarat-syarat taadud, maka tiada penyelesaian melainkan mengikut penyatuan yang dilakukan oleh Rasulullah. Inilah penyelesaian yang paling baik dan senang bagi mereka yang ikhlas dengan perjuangan Islam dan umatnya. Penyelesaian yang terbaik dan tidak mustahil ialah penyatuan ummah di bawah satu jamaah umum untuk diintima’kan dan menolak jamaah-jamaah yang takjub dengan pandangannya [takjub dan merasa besar diri serta kagum terhadap perjuangan yang dibawa sendiri. Mereka ini tidak sedar diri dan disebut sebagai ulama’ mee celup -pemudaberani]

yang mengenepikan syarat-syarat ulama. Tidak perlu menjadi mailakat untuk membentuk kesatuan bahkan sudah cukup bukti sejarah umat Islam bersatu di bawah panji dan matlamat yang satu iaitu meninggikan kalimah Allah. Sultan Solahuddin Al-Ayubi telah membentuk barisan kesatuan Islam di dalam menghadapi kesatuan tentera Solibiyyin untuk membebaskan Baitul Maqdis. Firman Allah Taala :

قل ياأهل الكتاب تعالوا الى كلمة سواء بيننا وبينكم الا نعبد الا الله ولانشرك به شيئا ولايتخذ بعضنا بعضا اربابا من دون الله فان تولوا فقولوا اشهدوا بنا مسلمون

Maksudnya : “Katalah :Hai Ahli kitab ! Marilah kepada kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu janganlah kita menyembah melainkan Allah dan janganlah kita menyengutukan sesuatu dengan dia dan janganlah sebahagian daripada kita jadikan sebahagian yang lain tuhan-tuhan selain daripada Allah.” Jika mereka berpaling hendaklah kamu berkata : “Saksikanlah bahawa sesungguhnya kami ini orang-orang Islam.”(surah Al-Imran : 64)

AKHIR KALAM ;

Saya menyeru kepada jamaah-jamaah Islam yang wujud di Malaysia untuk mengkoreksi matlamat dan uslub perjuangan untuk diukur dengan perjuangan para nabi dan rasul. Matlamat yang baik tidak menghalalkan cara dan uslub dengan sembrono. Firman Allah Taala:

بلى من اسلم وجهه لله وهو محسن فله أجره عند ربه ولا خوف عليهم ولاهم يحزنون

Maksudnya : “Bahkan barangsiapa menyerah diri kepada Allah, padahal ia berbuat baik, maka ia akan mendapat ganjaran di sisi tuhannya dan tiada ketakutan atasnya dan tidak merasa dukacita.”

(surah al-Baqarah : 112)

Al-Alamah Ibnu Kathir menyebut di dalam tafsirnya bahawa dua syarat amalan itu di terima oleh Allah. Pertamanya ialah amalan ikhlas kerana Allah sahaja. Keduanya ialah amalan itu betul lagi bertepatan dengan syariat. Bila mana amalan yang ikhlas dan tidak bertepatan dengan syariat, tidak akan diterima oleh Allah kerana sabda Rasulullah S.A.W. (57):

من عمل عملا فليس عليه أمرنا فهو رد

Maksudnya : Sesiapa yang melakukan amalan, maka ia bukan berasaskan perintah kami nescaya ia akan ditolak.”

(riwayat muslim)

Setiap pecinta Islam sewajarnya berfikir dengan penuh keihklasan dan kesedaran untuk menentukan mauqif untuk mengintima di dalam satu-satu jamaah supaya tidak kecewa di dalam menghitung umur kehidupan dan kerugian di dalam mengumpul pahala keredhaan Allah Taala di hari kiamat kelak. Berintima’lah dengan Jamaah Umum iaitu PAS dengan keyakinan terhadap Islam dan perjuangannya. Resolusi ini dibuat berasaskan kekuatan hujjah dan ketepatan penilainan fenomena taadud jamaah di Malaysia dan seluruh dunia.

Wallahua’lam bissawab

jomsertaipas.comjomsertaipas.com

Pengakhiran petikan daripada kertas kerja FENOMENA TAADUD JAMAAH : SATU PENILAIAN
Ustaz Mohd Nor bin Hamzah, (1990an)

Nota Kaki:

[55] Dr. Yusof Al-Qardawi. Op. Cit. m.s. 38

[56] Tuan Guru hj. Harun Taib. Op. Cit. m.s. 118-200

[57] Al-Imam Ibnu Kathir . Tafsir al-Quraan Azim Jilid 1 m.s. 241