[…sambungan]
Mengapakah Ustaz AlBanna menggunakan perkataan AlFahm, bukan AlIlmu?

Adapun Ustaz AlBanna telah menggunakan istilah Fahm sebagai ganti Ilmu kerana maksud dan tujuan daripada ilmu itu adalah untuk mendapatkan kefahaman. Bukanlah dikira berilmu sekadar dengan banyaknya riwayat2 yang dihafal tetapi juga melihat kepada kefahaman yang lebih mendalam. Lihatlah bagaimana AlQuran dan sunnah menghubungkaitkan kebaikan itu dengan proses ‘tafaqquh fid din‘-sangat mendalam kefahaman dalam agama– bukan setakat ‘ta3allum addin‘-mempelajari agama-!
Allah telah berfirman:

“Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).”
(Surah Taubah : 122)

Rasulullah SAW telah bersabda:

من يرد الله به خيرا يفقه في الدين

Kefaqehan itu lebih khusus maknanya daripada ilmu, ia mengandungi maksud memahami pelajaran secara sangat mendalam. kefahaman inilah yang menghasilkan kecerdikan. Melangkau ilmu ‘yang dikulit‘ sahaja, orang Faqih diterangi akalnya sehingga terang benderang hatinya.

-***-

Kefahaman yang sahih adalah satu Nikmat yang besar.

Al3Allaamah Ibnu Qayim telah menyatakan ketika mensyarahkan ‘Bab berkenaan Umar RA ketika Membuat penghakiman‘ dalam satu teks: kefahaman, kefahaman dalam perkara yang ditunjukkan kepada kamu; bahawa:-

Kefahaman yang betul dan tujuan yang baik adalah daripada sebesar nikmat yang dikurniakan ALlah kepada hambanya, bahkan tiada yang lebih tinggi dan afdhol daripada kefahaman dan tujuan tersebut melainkan kurniaan Islam itu sendiri, kerana kedua2nya itu yang memandu kepada Islam dan Islam itu terbina diatas kedua2nya. Dengan kefahaman yang betul dan tujuan yang baik itulah terselamatnya hamba2 daripada jalan yang dimurkai (Allah) -kerana rosak tujuan- mahupun daripada jalan orang2 yang sesat -kerana rosaknya kefahaman mereka. Lalu mereka inilah yang dikurniakan Pemberi Nikmat untuk melalui jalan yang lurus (mustaqim). Inilah yang diperintahkan kepada kita dalam Solat, untuk sentiasa mendoakan supaya kita dikurniakan jalan yang lurus ini. Kefahaman yang betul ini bagaikan satu cahaya yang dicampakkan Allah kedalam hati hamba-Nya, yang memberinya panduan untuk membezakan yang benar dan yang rosak, hak dan batil, petunjuk dan kesesatan; dan memberinya niat yang baik, mencapaikannya kepada haq, dan taqwa kepada Tuhan dalam keadaan tersembunyi atau terang2; dan menghalangnya daripada tunduk mengikut hawa nafsu atau terperangkap dengan dunia atau meminta2 pujian kecantikan atau kehilangan taqwa.

Imam Bukhari telah meriwayatkan dalam Sahihnya daripada Saidina Ali RA KAW, bahawa beliau telah ditanya: Apakah kamu telah dikhaskan oleh Rasulullah dengan satu kelebihan?
Beliau menjawab: Tidak, kecuali kefahaman yang didatangkan-Nya kepada hamba2-Nya yang lain dalam Kitabullah, dan apa yang terdapat dalam sahifah ini… -lalu beliau mengeluarkan kertas yang padanya ada hukum hakam.

Kesimpulannya, kefahaman (mengenali) ALlah dan Rasulnya adalah antara sebesar2 nikmat.

Seburuk2 bencana yang menimpa insan adalah ketiadan kefahaman tentang Allah dan Rasulnya.

Yang lebih teruk lagi adalah kefahaman terhadap Allah dan Rasulnya dengan kefahaman yang bertentangan dengan apa yang dikehendaki-Nya, maka ia memutar belitkan keterangan sehingga lari daripada yang sebenar, maka inilah seburuk2 kebinasaan.

-tamat sampai sini sahaja-

[Kefahaman yang jitu juga akan membawa perbincangan ilmiah yang sihat. Kurangnya kefahaman tentang topik atau isu yang disampaikan menyebabkan kita beralasan dan suka mengubah topik kepada perkara2 lain seperti soal2 dengki, mustakbirin, milo dan susu, atau khilaf akidah dan pengurusan, atau qias ma3al fariq-apakah perlu diperkasakan lagi penjelasan?atau memang buat2 tak paham?- pemudaberani]