KESAN-KESAN TAADUD TERHADAP ISLAM DAN UMATNYA.(40)

Masalah taadud bukan sahaja tidak mencapai apa faedah di dalam bidang amal Islami dan ia juga meninggalkan kesan-kesan buruk di dalam lapangan Islam. Di antara kesan-kesan itu sebagai contoh ;

  • i. Sesungguhnya masalah taadud memberikan peluang untuk mengharuskan kepada kebanyakan muslimin untuk lari daripada berintima’ kepada harakah dengan sebab jalan kebingungan yang ditimbulkan oleh mereka yang menjadi penghelah di kebanyakan badan-badan pertubuhan.
  • ii. Sesungguhnya masalah taadud memecah kekuatan Islam dan melemahkannya. Ia bukan ciri untuk memperkembangkan dan mengayakan amal Islami dalam apa keadaan pun. Sesungguhnya masalah taadud membuatkan kemunduran dan mentasykikkan amal Islami.
  • iii. Taadud jamaah memudahkan operasi pembersihan golongan Islam (itjiah Islami) oleh musuh Islam untuk mensatukan satu pertubuhan sahaja dan tiadanya dorongan yang teguh untuk berhadapan dengan cabaran.
  • iv. Perasaan di sisi pengikut setiap tanzin (jamaah) akan terpisah daripada pertubuhan-pertubuhan lain yang akan menambahkan cerai-berai dan menyalakan perasaan taksub kepartian dan kepuak-puakan di antara ahli-ahlinya.
  • v. Ini semua membuatkan jamaah-jamaah Islam terkebelakang, mundur dan tidak sampai ke tujuan-tujuan dan matlamat yang ditentukan oleh setiap jamaah.

KESAN-KESAN TAADUD PADA PERINGKAT HARAKII.(41)

  • i. Zahirnya fenomena keperibadian, keindividuan dan kesheikhan sebagai pengganti daripada amal jamaah yang tersusun.
  • ii. Zahirnya fenomena kenegerian dan kedaerahan di dalam amal Islami sebagai pengganti daripada keuniversalan, kesatuan dan pemusatan.
  • iii. Zahirnya fenomena wala’ kepartian sebagai pengganti daripada (kepada) wala’ dasar dan aqidah.
  • iv. Zahirnya fenomena berjuzu’ di dalam amal Islami menggantikan gerakkerja menyeluruh dan syumul.
  • v. Kesan yang paling jelas ialah setiap jamaah berada di dalam kesalahan yang sama berlaku pada jamaah lain kerana ia enggan mengambil faedah daripada pengalaman yang dilalui oleh jamaah lain. Inilah yang mengekalkan golongan Islam berterusan di dalam pengalaman di atas pengiraan Islam…

Kesan-kesan taadud ini tidak dapat dihapuskan melainkan setiap jamaah menghitung dan menilai, adakah jamaahnya yang ditubuhkan dengan rasa tidak puas hati atau kerana Islam ? Kalau sayangkan Islam kenapa tidak berjuang melalui jamaah yang telah ada dan memperbaiki kesilapan untuk kebaikan Islam dan umatnya.

Sebahagian petikan daripada kertas kerja FENOMENA TAADUD JAMAAH : SATU PENILAIAN
Ustaz Mohd Nor bin Hamzah, (1990an)

Nota kaki:

[40] Sila lihat Ust Fathi Yakan Op. Cit. m/s 70-71

[41] Ibid m/s 71-72