April 2009


KESAN-KESAN TAADUD TERHADAP ISLAM DAN UMATNYA.(40)

Masalah taadud bukan sahaja tidak mencapai apa faedah di dalam bidang amal Islami dan ia juga meninggalkan kesan-kesan buruk di dalam lapangan Islam. Di antara kesan-kesan itu sebagai contoh ;

  • i. Sesungguhnya masalah taadud memberikan peluang untuk mengharuskan kepada kebanyakan muslimin untuk lari daripada berintima’ kepada harakah dengan sebab jalan kebingungan yang ditimbulkan oleh mereka yang menjadi penghelah di kebanyakan badan-badan pertubuhan.
  • ii. Sesungguhnya masalah taadud memecah kekuatan Islam dan melemahkannya. Ia bukan ciri untuk memperkembangkan dan mengayakan amal Islami dalam apa keadaan pun. Sesungguhnya masalah taadud membuatkan kemunduran dan mentasykikkan amal Islami.
  • iii. Taadud jamaah memudahkan operasi pembersihan golongan Islam (itjiah Islami) oleh musuh Islam untuk mensatukan satu pertubuhan sahaja dan tiadanya dorongan yang teguh untuk berhadapan dengan cabaran.
  • iv. Perasaan di sisi pengikut setiap tanzin (jamaah) akan terpisah daripada pertubuhan-pertubuhan lain yang akan menambahkan cerai-berai dan menyalakan perasaan taksub kepartian dan kepuak-puakan di antara ahli-ahlinya.
  • v. Ini semua membuatkan jamaah-jamaah Islam terkebelakang, mundur dan tidak sampai ke tujuan-tujuan dan matlamat yang ditentukan oleh setiap jamaah.

KESAN-KESAN TAADUD PADA PERINGKAT HARAKII.(41)

  • i. Zahirnya fenomena keperibadian, keindividuan dan kesheikhan sebagai pengganti daripada amal jamaah yang tersusun.
  • ii. Zahirnya fenomena kenegerian dan kedaerahan di dalam amal Islami sebagai pengganti daripada keuniversalan, kesatuan dan pemusatan.
  • iii. Zahirnya fenomena wala’ kepartian sebagai pengganti daripada (kepada) wala’ dasar dan aqidah.
  • iv. Zahirnya fenomena berjuzu’ di dalam amal Islami menggantikan gerakkerja menyeluruh dan syumul.
  • v. Kesan yang paling jelas ialah setiap jamaah berada di dalam kesalahan yang sama berlaku pada jamaah lain kerana ia enggan mengambil faedah daripada pengalaman yang dilalui oleh jamaah lain. Inilah yang mengekalkan golongan Islam berterusan di dalam pengalaman di atas pengiraan Islam…

Kesan-kesan taadud ini tidak dapat dihapuskan melainkan setiap jamaah menghitung dan menilai, adakah jamaahnya yang ditubuhkan dengan rasa tidak puas hati atau kerana Islam ? Kalau sayangkan Islam kenapa tidak berjuang melalui jamaah yang telah ada dan memperbaiki kesilapan untuk kebaikan Islam dan umatnya.

Sebahagian petikan daripada kertas kerja FENOMENA TAADUD JAMAAH : SATU PENILAIAN
Ustaz Mohd Nor bin Hamzah, (1990an)

Nota kaki:

[40] Sila lihat Ust Fathi Yakan Op. Cit. m/s 70-71

[41] Ibid m/s 71-72

2.1.Ulama yang berpendapat bahawa taadud jamaah (adalah) harus dengan beberapa syarat (sebenarnya) bagi meraikan suasana dan kenyataan (baca: realiti) taadud yang telah berlaku di negara-negara umat Islam. Sebagaimana yang disebut oleh Dr. Yusof Al-Qardawi :”Taadud jamaah ialah suatu fenomena yang difardhukan. Lenyapnya kefardhuan yang besar daripada kefardhuan Islam yang mewajibkan kewujudan fenomena ini. [Kefardhuan besar yang telah lenyap mungkin bermaksud kefardhuan pelaksanaan syariat Islam di peringkat kenegaraan dan pentadbiran -pemudaberani]

Apabila kita kembali ke zaman yang pertama Islam iaitu zaman kenabian yang suci dan zaman Khalifah Rasyidiin yang menghimpunkan seluruh Muslimin. Kita tidak mendapati melainkan satu jamaah sahaja di bawah kepimpinan yang satu iaitu jamaah muslimin di bawah kepimpinan yang satu bagi Rasulullah S.A.W. dan kepimpinan Khalifah Rasyidah yang satu sehingga lenyapnya Khilafah Rasyidah yang dibai’kan (faa’3il bagi ba’3 – yubayi3u – bai3a) dengan bai’ah syara’ daripada muslimin muka bumi ini. Maka ulama’ dua’t muslihiin lagi mukhlisin bangkit dengan dakwah untuk beramal kerana Islam. Oleh kerana itu, lahirnya jamaah yang berbilang-bilang……”(22)

Sudah tentu jamaah-jamaah yang wujud tidak sanggup untuk membubarkan jamaah mereka . Walaupun demikian, syarat-syarat yang dikemukakan perlu difahami dengan sejelasnya agar tidak dipergunakan untuk beralasan bagi mewujudkan jamaah yang baru. Mafhum daripada kenyataan-kenyataan ulama yang membenarkan taadud bersyarat, taadud jamaah tidak sewajarnya berlaku apabila syarat-syarat yang digariskan tidak terlaksana.

Syarat-syarat penting untuk membenarkan taadud ;

2.1.1. Syarat Pertama;
Taadud Takhasus dan berjenis (تعددتنوع وتخصص ) dan bukan taadud pertentangan dan perlawanan (تعدد تضادوتناقض).

Di dalam memahami syarat ini, kita perlu meneliti pada dua sudut :

Sudut Pertama ;

ini telah digunakan oleh Ibnu Taimiyyah di dalam kitabnya
اقتضاد الصراط المستقيم).

اختلاف التنوع وهو على وجوه منه ما يكون كل واحد من القولين او الفعلين حقا مشروعا
.
“iaitu perselisihan tanawu’ ialah perselisihan di atas beberapa sudut yang setiap daripada dua pendapat atau perbuatan itu berada di atas hak syara’ (kehendak syara’).” [23]

واما اختلاف التضاد فهو القولان المتنافيان اما فى الاصول واما فى الفروع عند الجمهور
.
“Iaitu perselisihan bertentangan (tudhod) ialah dua pendapat yang bertentangan samada pada usul atau pada cabang di sisi jumhur ulama.”

Lafaz ini digunakan pada (istilah) kekhilafan fekah dan usul. Penggunaan lafaz ini didalam amal Islami perlu diperjelaskan dengan teliti bagi menyelamatkan daripada kecelaruan tindakan dan perlaksanaan amal jamai. Ahli lughah menyebut bahawa تنوع صار انواعا iaitu menjadi berjenis-jenis. (نوع ) ialah setiap juzu’  daripada sesuatu dan setiap bahagian daripada setiap sesuatu.(24) Dan ia lebih khusus daripada lafaz (الجنس) yang merupakan asal . (الجنس) pada istilah ahli mantiq ialah apa yang menunjukkan ke atas umum daripada perkara yang berlainan daripada jenis-jenisnya.(25)

الجنس – طبقة فى التصنيف فوق النوع مباشرة فى عمومتها

ialah satu peringkat daripada pembahagian yang berada di atas jenis (النوع) secara langsung pada sudut umumnya.(26)

Al-Ustaz Fathi Yakan ditanya maksud taadud takhasus atau (تعدد تنوع) . Beliau menjawab bahawa
(تحافظ على الخصوصيات دون ارغام الا اذا ارادت المجموعة ان تنتقل من واقع الى واقع ).
“setiap kumpulan (jamaah) memelihara urusan-urusan khusus baginya tanpa menghina atau mengeji golongan lain melainkan apabila satu kumpulan (jamaah) itu mahu berpindah daripada satu kedudukan kepada kedudukan lain.”(27) Taadud takhasus pada jamaah ialah berbilang-bilang jamaah kerana perbezaan penekanan pada perkara tertentu atau lapisan masyarakat tertentu. Seperti satu jamaah hanya khusus pada aspek politik, satu jamaah yang khusus pada aspek tarbiyyah atau satu jamaah yang khusus pada peringkat pelajar atau sebagainya.

Taadud takhasus (khas) harus berlaku apabila tiadanya jamaah umum Apabila jamaah umum telah wujud, maka akan berlakunya pertembungan dan pertentangan pada matlamat-matlamat, manhaj dan sebagainya di antara jamaah umum dan jamaah takhasus, bila ketiadaan wala’ dan kerjasama. Pertentangan ini akan menyebabkan terabainya pengamalan arahan Allah dan tidak menepati syarat-syarat yang digariskan oleh ulama yang mengharuskan taadud.

Sudut Kedua;

Ciri-ciri jamaah umum dan jamaah takhasus perlu dibezakan dengan jelas agar setiap pecinta perjuangan Islam dapat memilih jamaah yang sebenar untuk diintima’kan.

Ciri-ciri jamaah umum (28) :

i. Bercirikan hizbullah yang disebut di dalam al-Quraan.(29)
Firman Allah Taala :
ياايها الذين ءامنوا من يرتد منكم عن دينه فسوف يأتى الله بقوم يحبهم ويحبونه أذلة على المؤمنين أعزة على الكافرين يجاهدون فى سبيل الله ولا يخافون لومة لائم ذلك فضل الله يؤتيه من يشاء والله واسع عليم . انما وليكم الله ورسوله والذين ءامنوا الذين يقيمون الصلاة ويؤتون الزكاة وهم راكعون . ومن يتول الله ورسوله والذين ءامنوا فان حزب الله هم الغالبون.
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman ! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia, mereka pula bersifat lemah-lembut tehadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut dengan celaan orang yang mencela. Yang demikian itu, adalah limpahan kurnia Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dia kehendakinya, kerana Allah Maha kuasa limpah kurnianya lagi Maha meliputi pengetahuannya. Sesungguhnya Penolong kamu hanya Allah dan Rasulnya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat sedang mereka ruku’ (tunduk menjunjung perintah Allah. Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia) kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama Allah) itulah yang tetap menang.”
(surah al-Maidah : 54-56)

Firman Allah Taala ;
لا تجد قوما يؤمنون بالله واليوم الاخر يوادون من حاد الله ورسوله ولو كان ءاباءهم او اخوانهم او عشيرتهم أولئك كتب فى قلوبهم الايمان وايدهم بروح منه ويدخلهم جنت تجرى من تحتها الانهار خلدين فيها رضي الله عنهم ورضوا عنه أولئك حزب الله الا ان حزب الله هم المفلحون.
Maksudnya : ” Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tegamak berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasulnya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka atau keluarga mereka. Mereka yang setia itu Allah telah menetapkan iman di dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadanya dan dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap di dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka redha akan pemberian ni’matnya. Merekalah penyokong-penyokong ugama Allah. Ketahuilah sesungguhnya penyokong-penyokong ugama Allah itu ialah mereka yang berjaya.”
(surah al-Mujadalah : 22)

i. Ciri-ciri harakah Islamiyyah pada sudut mabda’ (prinsip).(30)
a) Rabaniyyah
b) Kesejatian.(ذاتية)
c) Terkehadapan (تقدمية)
d) Syumul.
e) Jauh daripada kedudukan-kedudukan khilaf fekah.

Jamaah umum ialah hizbullah yang disebut oleh al-Ustaz Said Hawa; (حزب الله على الكمال والتمام) “Hizbullah yang berada di atas kesempurnaan.” Iaitu apabila peribadi-peribadi yang membentuk teori yang sempurna pada sudut thaqafah, tarbiyyah, tanzim, harakah dan perancangan.(31) Hizbullah hanya satu sahaja tidak berbilang. Penubuhan jamaah takhasus yang tiada memberi wala’ dan ikatan kepada jamaah umum akan menyebabkan perpecahan dan pertentangan pada belbagai aspek. Sebagai contoh, jamaah umum telah menggariskan manhaj dan uslub tarbiyyah, tetapi diwaktu yang sama jamaah takhasus tarbiyyah akan menyusun manhaj dan uslub tabiyyah yang tersendiri dan terpisah yang akan mencetuskan pertembungan dan pertentangan. Ringkasnya, jamaah takhasus diharuskan wujud selama mana jamaah umum tiada supaya tidak berlaku pertentangan dan perpecahan.

2.1.2. Syarat Kedua :
Tolong-Menolong dan Bantu-Membantu di Atas Perkara yang disepakatkan.
Perkara-perkara yang disepakatkan kewajipannya oleh para ulama.

a) Memusnahkan jahiliyyah dan ideologi sesat.
ýFirman Allah Taala ;
أفحكم الجاهلية يبغون ومن أحسن من الله حكما لقوم يوقنون
Maksudnya : ” Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hakam jahiliyyah ? Padahal tiada sesiapa pun yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah bagi kaum yang yakin.”
(surah al-Maidah : 50)

Di antara ideologi sesat ialah sekularisme yang dipertahankan oleh kebanyakan parti-parti memerintah. Dr. Yusof Al-Qardawi telah menyebut : “Tetapi dimaklumi bahawa sekularisme telah menjadi istilah tertentu dan terbatas yang bererti pemisahan agama (ad-din) daripada negara, mencabut ad-din daripada kehidupan dan al-Quraan daripada kekuasaan. Ini adalah perkara yang ditolak kerana negara yang tiada Islam tidak akan diterima oleh Nuslim. Ad-din yang tiada negara tidak dikenali oleh Islam. Ia (Islam) berhajat kepada pemerintahan untuk melaksanakan pengajaran-pengajaran Islam dan menegakkan hududnya….“.(32) Di Malaysia, penilaian pada sudut keilmuan dan waqi’ membuktikan Barisan Nasional/UMNO bukan parti atau jamaah Islam bahkan parti sekularisme dan nasionalisme yang sesat dan jauh daripada kebenaran Islam. Penentuan ini sewajibnya menjadi salah satu perkara yang perlu disepakatkan oleh jamaah Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

b) Amar ma’ruf dan nahi mungkar.

Di samping kemungkaran perjualan arak, perjudian, mu’amalat riba, gejala murtad, merampas harta rakyat dan sebagainya, ialah kemungkaran terbesar iaitu kesyirikan kepada Allah pada sudut perundangan dan kehakiman. Firman Allah ;
ان الشرك لظلم عظيم
Maksudnya : “Sesungguhnya kesyikiran itu adalah kezaliman yang paling besar.”

Kemungkaran kezaliman ini perlu dibasmi oleh jamaah Islam kerana membimbangi amaran Rasulullah dengan sabdanya ;
اذا رأيت أمتى تهاب ان تقول للظالم يا ظالم فقد تودع منهم
Maksudnya : Apabila engkau melihat umatku takut untuk berkata kepada orang zalim, Wahai orang yang zalim !, Maka diucapkan selamat tinggal daripada mereka .”
(riwayat Imam Ahmad bin Hambal)

c) Tegakkan negara Islam dan laksana Syariat Islam.

Banyak dalil-dalil al-Quraan, hadis, tabiat Islam dan pandangan-pandangan ulama yang menyatakan kewajipan mewujudkan negara Islam yang melaksanakan syariat Islam yang menyeluruh di atas dasar hidayah. Kewajipan ini tidak boleh dipertikaikan oleh muslim mukhlis, bahkan ia menjadi perkara yang diketahui daripada ugama dengan daruri (ma’lum minaddin biddhoruri). Dr. Yusof Al-Qardawi menyebut : ” Bagi pandangan saya, sesungguhnya wajib ke atas ahli agama Islam tidak membiarkan perkara-perkara politik kepada sekularis-sekularis, golongan komunis dan lain-lain yang membenci Islam atau jahil tentang Islam atau tidak memandang penting terhadap urusan muslimin. Sebenarnya, bahawa perkara politik daripada perkara penting. Di mana tidak sewajarnya ditinggalkan kepada mereka. Sedang di tangan mereka pedoman krisis pendidikan, media, thaqafah, perundangan dan seluruh aspek kehidupan yang meletakkan kefahaman-kefahaman, perasaan-perasaan, taklid-taklid dan sistem-sistem mereka (yang sesat itu).”(33)

d) Bersatu menghadapi kesatuan-kesatuan musuh Islam peringkat negara dan dunia.
Gerakan zionis, freemason, kristianisasi, gerakan (pelampau) hindu dan berbagai-bagai pertubuhan dunia yang mengancam umat Islam. Musuh Islam tempatan iaitu Barisan Nasional dan DAP pastinya tidak membenarkan pemerintahan Islam dan cita-cita PAS tercapai. [Catatan: penulisan ini berdasarkan realiti dan situasi tahun 1990an, yang banyak sudah berubah di Malaysia pada hari ini. Pendekatan semasa amat berbeza dengan kenyataan yang dibuat ini, namun kami beramanah memaparkan teks asal – pemudaberani]

e) Berjihad untuk meninggikan kalimah Allah.
Jihad yang paling afdhal ialah
افضل الجهاد كلمة حق عند سلطان جائر
Maksudnya :’Sebaik-baik jihad ialah ucapan yang banar di sisi pemerintah yang zalim.”
Ini diantara perkara yang disepakatkan oleh para ulama dan semestinya disepakatkan oleh jamaah-jamaah Islam. Kesepakatan ini tidak cukup dengan ungkapan persetujuan bersama tanpa bantuan dan pertolongan di antara satu sama lain. Oleh itu, Dr. Yusof Al-Qardawi telah menyebut; “Dari sini, adalah wajib ke atas setiap pendakwah Islam yang sedar untuk mengambil peringatan bagi memusatkan tempat-tempat kesepakatan sebelum setiap perkara. Dan mengangkat syiar tolong-menolong pada perkara yang disepakatkan ( Sesungguhnya tolong-menolong itu fardhu dan daruri. Fardhu yang diwajibkan oleh Islam dan daruri yang dimestikan oleh waqi’..”.(34) Tetapi betapa banyak jamaah sanggup melihat jamaah lain diganyah dan diserang serta bersendirian menghadapi musuh Islam dan mengemukakan isu-isu negara atau antarabangsa yang disepakatkan.

2.1.3. Syarat Ketiga ;
Tiada unsur-unsur perpecahan dan perbalahan.
Setiap jamaah hendaklah memiliki akhlak-akhlak di dalam fiqh khilaf sehingga tidak menimbulkan perselisihan dikeji. Dr. Yusof al-Qardawi telah menyebut bahawa perselisihan dikeji itu ialah ;(35)
a) Perkara yang disebabkan melampau dan mengikut hawa nafsu.
b) Perselisihan yang membawa kepada perpecahan kesatuan, permusuhan umat, perbalahan puak-puak
Kekhilafan fekah dan perkara ijtihadiyyah juga akan mendatangkan perselisihan mazmum, apabila ia membawa kepada perpecahan dan permusuhan. Ulama Islam dahulu sanggup meninggalkan pendapatnya dan mengamalkan pendapat ulama lain untuk menjaga kesatuan Islam. Al-Alamah Waliyyullah Dahlawi telah menceritakan ;” Bersama ini, setengah di kalangan mereka (ulama) bersembahyang dibelakang setengah ulama yang lain. Seperti yang berlaku bahawa Abu Hanifah Rahimahullah Taala dan sahabat-sahabatnya , Imam Shafei’ dan lain-lain rahimahumullah telah bersembahyang dibelakang imam-imam Madinah daripada Ulama malikiyyah dan lain-lain, meskipun mereka tidak membaca Bismillah dengan terang dan perlahan.”(36)

Pengamalan perkara khilaf fekah tidak memberi ruang mutlak kepada seorang itu melakukan apa sahaja berdasarkan kehendaknya sehingga melupakan kesan kepada umat dan Islam. Keluasan beramal dengan perkara ijtihadi hendaklah diikat di dalam ruang batas kasih sayang dan penyatuan.Penerimaan taadud mazhab hasil daripada kekhilafan perkara ijtihadi dan furu’ diterima oleh umat Islam selama mana menepati ciri-ciri yang disebut oleh Dr. Solah Sawi. Empat ciri-ciri yang wujud di dalam taadud mazhab.(37)
a) Kesatuan usul-usul dan mazhab-mazhab I’tiqadiyyah.
b) Terhad kekhilafan di dalam ruang lingkup cabang-cabang dan masalah-masalah Ijtihadiyyah.
c) Kekalnya kasih sayang, pemeliharaan daripada dosa dan berukhuwwah Islam.
d) Faedah tercapai daripada taadud ini dan membentuk keluasan kepada umat Islam.
Kewujudan taadud jamaah dengan beralasankan kekhilafan ijtihadi dan uslub membuahkan kesan perpecahan dan unsur-unsur perbalahan yang tiada penghujungnya. Negara Afghanistan yang telah merdeka daripada Soviet Union dan bonekanya terus dilanda perpecahan dan pertelingkahan yang tiada penyelesaiannya. Setiap jamaah tidak sanggup untuk menerima dan membiarkan jamaah Islam yang lain berkuasa dan memerintah Afghanistan. Perselisihan taadud jamaah Afghanistan (lah) yang membawa kepada penumpahan darah umat.(!)

Dr. Yusof Al-Qardawi mengitiraf penyakit perpecahan dan marah-memarahi ini dengan katanya ; “Dan di antara penyakit-penyakit harakah Islamiyyah masa kini ialah perpecahan dan perselisihan yang kita saksikan di antara golongan-golongan dan jamaah yang berbilang-bilang. Setiap jamaah berpendapat bahawa ia sahaja jamaah muslimin bukan jamaah daripada sebahagian muslimin. Kebenaran hanya berada padanya dan tiada pada jamaah lain melainkan kesesatan ……Di kalangan mereka tidak berkata demikian dengan lidah berbahasa, (tetapi) berkata dengan lidah keadaan (لسان الحال ). Dan seolah-olah permusuhan pecah-belah di lautan umat berpindah ke lautan harakah…..” (38)

Al-Ustaz Fathi Yakan berkata “Kalau taadud jamaah selamat daripada taasub, bertahktanya ruh ukhuwah di antara golongan-golongan tersebut, berlakunya suasana tolong-menolong, tafahum (faham-memahami) dan penyelarasan di antara mereka, maka itulah kehendak dan meringankan kesukaran, tetapi perkara yang berlaku sebaliknya sama sekali. Taadud tidak mendatangkan melainkan menambahkan perbalahan dan tidak menyebabkan melainkan tersebarnya kedengkian dan kebencian di antara muslimin yang akan menyibukkan mereka dengan bantah-membantah terhadap amalan…...”(39)

Siapakah yang hendak dipersalahkan dengan penyakit perpecahan yang berlaku pada lautan harakah ini ? Unsur-unsur permusuhan dan perpecahan menjadi suatu realiti yang tidak boleh dipertikaikan oleh insan berfikiran dan celik matanya melainkan mereka yang buta dan taasub dengan sikap dan pengamalan di dalam lautan kejahilan Unsur-unsur perpecahan ini timbul bersama kewujudan taadud jamaah yang tidak memenuhi syarat-syarat perlaksanaan taadud..

2.2. Ulama yang berpendapat bahawa taadud Jamaah tidak sewajarnya berlaku dengan berdalilkan nas-nas al-Quraan dan hadis yang menyeru kesatuan di bawah teduhan satu jamaah dan melarang perpecahan dan penilaian yang tepat terhadap fenomena dan realiti berpenyakit daripada taadud jamaah yang berlaku di seluruh dunia. Inilah pendapat yang lebih kuat berasaskan keputusan hukum berdalilkan firman Allah Taala ;

ولتكن منكم أمة يدعون الى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر واولئك هم المفلحون ولا تكونوا كالذين تفرقوا واختلفوا من بعد جاءهم البينات واولئك لهم عذاب عليم
Maksudnya : “Dan hendaklah ada di antara kamu satu kaum yang menyeru kapada kebajikan, menyuruh berbuat baik, dan mencegah kemungkaran. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang Yahudi dan nasrani yang telah bercerai berai dan berselisihan sesudah datang kepada kamu keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar.”
(surah Ali Imran : 104-105)

Ulama-ulama muktabar seperti Al-Alamah Rasyid Ridha, Dr. Wahbah Zuhaili dan lain-lain menafsirkan ummah (امة) ialah (الجماعة) satu jamaah .

Sebahagian petikan daripada kertas kerja FENOMENA TAADUD JAMAAH : SATU PENILAIAN
Ustaz Mohd Nor bin Hamzah, (1990an)

Nota kaki:

[22] haula qodhoya al islam wal ‘asr – Dr Yusof Al-Qardawi m/s 18

[23]sila lihat huraian “fahmul islam fil usul ‘isyrin” -Ust Jumaah Amin m/s 141-142

[24]al qomus almuhit- m/s 6920

[25]almukjam alwasit m/s 140

[26]al mu’jam al’arabi al asasi  m/s 369

[27] adhwa’ attajarrubah anniyabiyah al islamiah fi lubnan,- Ust Fathi Yakan, kitab ketiga m/s 282

[28] Sila lihat tambahan Tuan Guru Hj Harun Taib Op. Cit. m/s 99-112

[29] Sila lihat tambahan Ust Said Hawa Op. Cit. m/s 29

[30] ma za yakni intimaa lil islam  m/s 113-116

[31] Sila lihat tambahan Ust Said Hawa Op. Cit. m/s 14

[32]Dr Yusof Al-Qardawi Op. Cit. m/s 149

[33] Ibid m/s 135

[34] Dr Yusof Al-Qardawi Op. Cit. m/s 149

[35] Ibid m/s 92-94

[36] HujjatulLah al Balighah, WaliyulLah al Dahlawi, Juzu’ pertama, m/s159

[37] Dr Solah Sawi  Op. Cit. m/s 236

[38] Ainal Kholal – Dr Yusof Al-Qardawi m/s 37-38

[39] Ust Fathi Yakan Op. Cit. m/s 24

[Amanah ilmu menghendaki kita untuk menyampaikan setiap pandangan ulama’ -pemudaberani]

PENDAPAT-PENDAPAT ULAMA TENTANG TAADUD JAMAAH

1.0. Pendapat Harus Bersyarat.
1.1.1.Lajnah Kajian Ilmiah dan Fatwa.
“Setiap peribadi umat dan jamaah seperti jamaah Tabligh, Persatuan Pelajar-Pelajar Muslim, Ikhwan Muslimun, Jamaah Belia Muslimin, Jamaah Ansar Sunnah Muhamadiyyah, Persatuan Syar’ie Penghayatan Kitab dan Sunnah Muhammadiah dan sebagainya tidak ma’sum (terpelihara daripada kesilapan) . Bahkan kadang-kadang silap dan kadang-kadang betul. Setiap jamaah memiliki kebaikan-kebaikan dan keburukan-keburukan pada hukum-hakam yang diseru dan disebarkan dijalan dakwahnya sehingga kepada apa yang diiktiqadkan , diamalkan dan dibina untuk membimbing dan memindah manusia kepada dakwahnya.”(8)

ULASAN.
Pendapat ini telah ditangani oleh Sheikh Abdullah bin Qaun, Sheikh Abdullah bin Qadyan, Sheikh Abdul Aziz bin Afifi dan Sheikh Abdul Aziz bin Baz. Pendapat ini dikemukakan lanjutan daripada soalan yang dikemukakan kepada pihak lajnah untuk mengetahui kebenaran di antara Jamaah Tabligh dan Persatuan Pelajar-Pelajar Muslimin di Arab saudi. Beberapa teguran telah disampaikan oleh pihak lajnah terhadap jamaah tersebut. Beberapa penilaian terhadap fatwa ini perlu dibuat :-
i. Fatwa ini dikeluarkan di negara Arab Saudi yang mengamali Islam sebagai rujukan negara. Fatwa ini tidak sesuai untuk dilaksanakan di negara yang mengamalkan ideologi Sekularisme. Kaedah fekah ”Berubah hukum-hakam dengan berubahnya zaman dan keadaan”
ii. Lajnah ini tidak menyebut hujjah pengharusan penubuhan taadud jamaah. Di samping itu, pihak lajnah telah menyebut keburukan-keburukan jamaah Tabligh dan persatuan-persatuan pelajar muslimin Arab Saudi dengan tidak menyatakan jamaah manakah yang sewajarnya diintima’kan.

1.1.2. Ustaz Mustaffa Masyhur (Mursyidul Am Ikhwan Muslimun Mesir)

[Al-Marhum  telah meninggal dunia pada 29 Oktober 2002,  menjadi Mursyidul Am Ikhwan yang ke-5]
“Adapun kewajipan dan pendirian kami tentang jamaah-jamaah dan organisasi-organisasi (selain Ikhwan Muslimun) ialah apa yang diperluaskan oleh agama kami (Islam) daripada sifat kasih sayang, mawadah, nasihat-menasihati, bantu-membantu di atas asas kebajikan dan takwa dan mengelak perselisihan dan pertelingkahan serta berusaha untuk bersatu kerana melaksanakan firman Allah (9)
واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا
Maksudnya : “ Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (ugaa Allah) dan janganlah kamu bercerai berai .”
(surah Ali Imran : 103)

ULASAN
Inilah pendirian yang diungkapkan oleh Al-Imam Hasan Al-Banna di dalam Risalah Muktamar Ke-5. Pendapat taklidi ini perlu dikaitkan dengan syarat-syarat dan batas-batas yang disebut oleh Al-Imam di dalam muzakirahnya yang bertajuk ,(موقف الاحوان المسلمين من غيرهم) “Pendirian Ikhwan Muslimin terhadap pihak lain”(10);
i. Setiap anggota Ikhwan Muslimin semestinya mengenali matlamat Ikhwan Muslimun dengan sempurna dan menjadikan satu miqyas di antara Ikhwan Muslimun dan manusia.

[miqyas bermaksud kayu ukur, alat pengukur, alat untuk dibuat pertimbangan- pemudaberani]

ii. Setiap manhaj yang tidak menyokong Islam dan tidak berpusat pada usul-usul umum Islam , tidak akan membawa kepada kejayaan.

iii. Setiap organisasi yang mentahqiqkan satu aspek daripada aspek-aspek manhaj Ikhwan Muslimin dengan kerja-kerjanya, hendaklah disokong oleh anggota Ikhwan Muslimin pada aspek ini.

[mentahqiq bermaksud berusaha merealisaskin, menjadi nyata- pemudaberani]

iv. Kewajipan pada anggota Ikhwan muslimin menyokong mana-mana organisasi yang mereka yakini , bahawa organisasi tersebut tiak mengingkari matlamat Ikhwan Muslimin pada satu masa daripada satu masa.

v. Organisasi -organisasi yang memberi manafaat menuju ke matlamat Ikhwan Muslimin dengan menguatkannya dan tidak melemahkannya.

vi. Ikhwan Muslimun mengalu-alukan setiap fikrah yang menyeru untuk mentauhidkan usaha-usaha muslimin di seluruh pelusuk dunia dan menyokong fikrah kesatuan Islam sebagai satu kesan daripada kesan-kesan kesedaran Timur.

vii. Ikhwan Muslimun bersifat ikhlas kepada setiap organisasi Islam dan berusaha untuk mendekatkan (mentaqribkan ) di antara setiap organisasi dengan berbagai cara. Anggota Ikhwan Muslimun hendaklah mengira bahawa kasih sayang di antara muslimin merupakan asas yang baik untuk membangunkan muslimin. Ikhwan akan menolak setiap organisasi yang mengaburi makna Islam seperti Qadyaniah Dan Bahaiyyah.

Pendapat ini telah diperjelaskan oleh Al-Ustaz Said Hawwa:

” Daripada kaedah yang disebut oleh Al-Imam Hasan Al-Banna, kami menyedari bahawa berbilang-bilang pertubuhan mungkin boleh ditubuhkan dan berada di satu negara. Pertubuhan-pertubuhan ini mungkin parti politik semata-mata, mungkin pertubuhan-pertubuhan kebajikan, mungkin pertubuhan di bawah naungan sheikh ilmuan atau pertubuhan di bawah naungan sheikh tarbawi atau selain daripada itu, daripada pertubuhan-pertubuhan yang dihimpunkan di atas Sifat Islamiyyah”.(11)

Adakah pertubuhan-pertubuhan yang dimaksudhan oleh Al-Imam Hasan AlBanna dan Al-Ustaz Said Hawwa yang dibenarkan kemunculannya boleh digolongan sebagai Jamaah Islamiah dan Hizbullah yang layak untuk diintima’kan ? Penilaian terhadap ciri-ciri Hizbullah perlu diambil kira untuk memahami pandangan ini.

1.1.3. Dr. Solah Sowi.
“Sesungguhnya taadud jamaah yang diterima di lapangan amal Islami terkini ialah taadud takhasus dan berjenis-jenis (تعدد تخصص وتنوع), bukan taadud pertentangan dan perlawanan (تعدد تضاد وتناقض) Adapun taadud yang memecahkan wala umat di antara pertubuhan-pertubuhan, meretakkan barisan dan laknat-melaknati di antara manusia merupakan wabak dan kecelakaan yang mengubah waqi’ kepada fitnah dan menghamparkan jalan kepada pendapat untuk menyendiri (beruzlah) daripada semua”.(12)

ULASAN
Dr. Solah Sowi telah mengemukakan beberapa penetapan dan syarat untuk membolehkan taadud untuk diterima. Ertinyanya, jika syarat-syarat ini tidak mampu dilaksanakan dan diterima pakai , maka taadud tidak akan dibenarkan sama sekali. Syarat-syarat itu ;
i. Kesatuan usul-usul dan mazhab Itiqadiah (mazhab Ahli Sunnah Wa Jamaah).
ii. Terbatas kekhilafan di ruang-lingkup furu’ dan masalah ijtihadiyyah.
iii. Mengekalkan kesatuan, kesejahteraan dan ukhuwah.
iv. Takamul (sempurna-menyempurnakan) di antara pihak lain
v. Kesatuan pendirian politik dan jihad.
Harakah Islamiah ialah harakah jihad. Ia berdiri pada mulanya untuk mengubah suasana jahiliyyah dan melaksanakan sistem Islam . Di dalam usaha ini semestinya harakah Islamiah terlibat di dalam beberapa peperangan juz’iyyah dan syumuliyyah untuk menghadapi musuh-musuh Islam dan pelawan undang-undang Allah. Dr. Solah sawi telah menambah dengan katanya

“Perkara ini menetapkan dengan menyandarkan satu syarat khas iaitu mentansiqkan (penyelarasan) di antara golongan-golongan ini pada masalah yang besar dan isu-isu berhadapan dengan musuh Islam.”(13)

1.1.4. Dr. Yusof Al-Qardawi
“Tiada halangan taadud jamaah yang beramal untuk Islam, selama-mana keuzuran untuk mewujudkan kesatuan dengan sabit kelainan matlamat-matlamat, kelainan manhaj-manhaj, kelainan kefahaman-kefahaman dan kelainan thiqah terhadap setengah yang lain, berdasar taadud takhasus dan berjenis (تعدد تنوع وتخصص) dan bukan taadud pertentangan dan perlawanan (تعدد تضاد وتناقض). Semuanya hendaklah berdiri di dalam satu saf pada setiap perkara yang mengembalikan kewujudan Islam, Aqidah Islamiah, Syariah Islamiah dan umat Islam.”(14)
“Kelahiran jamaah-jamaah lanjutan daripada penilaian terhadap perlunya amal jamai’. Amal jamai’ untuk menolong Islam, membebaskan tanahair, menyatukan umat dan meninggikan kalimah Allah adalah suatu yang fardhu dan daruri. Kefarhduan yang diwajipkan oleh Islam dan daruri yang dimestikan oleh waqi’ Amal jamai bererti membentuk Jamaah-jamaah atau parti-parti untuk menegakkan kewajipan ini. “(15)

ULASAN
Dr. Yusof Al-Qardawi telah menganggap pendapat yang mengharamkan taadud jamaah sebagai fatwa kosong dan terasing daripada agama Allah. Beliau juga telah menyatakan beberapa dalil yang menunjukkan keharusan menubuhkan jamaah-jamaah. Hujjah–hujjahnya telah disebut di dalam kitabnya(16) “
i. Kaedah fekah :-
الاصل فى الاشياء والتصرفات المتعلقة بعادات الناس ومعاملاتهم الاباحة
(Asal pada perkara-perkara dan urusan-urusan yang berkait dengan adat-adat dan muamalat manusia adalah harus.)

ii Nas-nas Al-Quraan dan hadis.
Firman Allah Taala :
وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونو على الاثم والعدوان
Maksudnya : “Tolong menolonglah kamu untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu tolong-menolong pada melakukan dosa dan permusuhan.”
(surah al-Maidah : 20)

Firman Allah Taala :
واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا
Maksudnya : “Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (ugama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai.”
(surah Ali Imran : 103)

Sabda Rasulullah ;
المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا
Maksudnya : “Seorang mu’min dengan mu’min yang lain seperti bangunan yang teguh meneguh di antara satu sama lain.”
(riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah :
يد الله مع الجماعة ومن شذ شذ فى النار
Maksudnya ; “Tangan Allah bersama jamaah Islam dan sesiapa yang menyendiri daripada jamaah, dia akan keseorangan di dalam neraka.”
(riwayat tarmizi)

“Sunnah Rasulullah telah menyeru kepada satu jamaah dan kesatuan dan melarikan daripada kedagangan dan perpecahan. Sunnah Rasul menyeru kepada ukhuwah dan mahabah dan menjauhkan daripada permusuhan dan marah-memarahi.”(17)

[kedagangan bermaksud terasing dan mengasingkan diri daripada umum, kelainan- pemudaberani]

Kaedah yang dikemukakan menunjukkan bahawa penubuhan jamaah Islam adalah harus pada asalnya selama mana tiada dalil yang mengharamkan. Kaedah fekah (18) iaitu
الاصل في الاشياء الاباحة مالم يدل الدليل على التحريم

Di sana wujudnya dalil-dalil yang mengharamkan pepecahan dan menuntut kesatuan.
Ayat-ayat dan hadis-hadis yang disenaraikan tidak menunjukkan secara jelas dan terang akan keharusan menubuhkan jamaah-jamaah tanpa syarat tetapi lebih jelas dan zahir akan tuntutan supaya menubuhkan satu jamaah sahaja supaya tidak berlaku jenayah perpecahan dan terlaksana kefardhuan kesatuan.(الاتحاد فريضة والتفرق جريمة)

1.1. Pendapat Yang Tidak Mengharuskan Taadud.

1.2.1. Al-Ustaz Fathi Yakan.
“Lapangan Islam telah menyaksikan kelahiran harakah-harakah, tanzim-tanzim , persatuan-persatuan dan golongan-golongan Islam di atas ruang lingkup yang luas. Meskipun setengah orang berpendapat dan mengira demikian (taadud jamaah) satu fenomana sihat, sesungguhnya di sepanjang kafahaman syara’ untuk amal islami, penentuan sahih bagi maslahah Islamiayyah dan tindakan susulan terhadap apa yang berlaku, saya mengira taadud jamaah sebagai fenomena berpenyakit dan bahaya serta diperingatkan dengan akibat-akibat yang dahsyat yang tidak diketahui penghujungnya melainkan Allah.”(19)

ULASAN
Al-Ustaz Fathi Yakan tidak mengharamkan secara mutlak taadud jamaah tetapi melihat kepada kesan-kesan negatif dan bukti-bukti waqi menunjukkan bahawa taadud jamaah tidak mendatangkan faedah untuk amal Islami. Al-Ustaz Fathi Yakan telah membawa hujjah-hujjah kefardhuan dan daruri kesatuan amal Islami . Di antaranya ;(20)

i. Kesatuan Amal Islami pada sudut kefardhuan syara’.
Asal di dalam syariat Islam ialah kesatuan amal Islami dan bukan berbilang-bilang. Kesatuan ini dikira fardhu pada syara’ dengan beberapa sebab .
a) Dalil asal menunjukkan umat Islam bersatu kerana banyak nas-nas yang menyeru kesatuan umat Islam.Firman Allah Taala;
ان هذه أمتكم أمة واحدة وانا ربكم فاعبدون
Maksudnya : “ Sesungguhnya ini umat kamu, umat yang satu. Dan Aku tuhan kamu, maka sembahlah kepadaKu.”
(surah al-Anbiyaa’ : 92)

b) Dalil asal daripada nas-nas yang menggalakkan kesatuan dan larangan kekhilafan.Firman Allah Taala ;
ولا تكونوا كالذين تفرقوا واختلفوا من بعد ماءهم البينت واولئك لهم عذاب عليم
Maksudnya : “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan nasrani) yang telah bercerai berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.”
(surah Ali Imran : 105)

Sabda Rasulullah :من فرق فليس منا
Maksudnya ; “Sesiapa yang memecah-belahkan, dia bukan daripada kami.”
(riwayat Tabari)

c) Dalil asal hadis yang meminta supaya iltizam pada satu jamaah sahaja , bukan jamaah-jamaah. Di antaranya, sabda rasulullah ,
ستكون هنات وهنات فمن اراد ان يفرق امر هذة الامة وهي جميع فاضربوه بالسيف كائنا ما كان
Maksudnya : “Akan berlaku bala demi bala , sesiapa yang menghendaki untuk memecah-belahkan urusan umat ini, sedang mereka telah berhimpun di atas perkara itu, maka pancunglah dia dengan pedang selama mana dia terus berada di atas yang demikian itu.”
(riwayat Muslim)

ii. Kesatuan amal Islami adalah daruri pada sudut haraki berasaskan kepada beberapa sebab. Di antaranya ,
a) Perubahan Islam melazimkan pembentukan kesatuan kekuatan Islam di jalan dan langkah yang satu. Ketiadaan kesatuan melambatkan operasi Islam untuk menghancurkan jahiliyyah dan memungkinkan kekuatan jahiliyyah terus bertapak.
b) Tekanan sedunia terhadap Islam dan harakah Islamiyyah yang memerlukan kesatuan hala tuju dan penghadapan.
c) Kesatuan parti-parti musuh untuk menghadapi harakah Islamiyyah.

Hujjah-hujjah yang dibawa oleh Dr. Yusof Al-Qardawi untuk mengharuskan taadud, terjawab dengan hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh al-Ustaz Fathi Yakan. Walaupun demikian, nas-nas sarih menunjukkan tuntutan penubuhan satu jamaah sahaja untuk penyatuan ummah ini dan bukan berbilang-bilang yang menimbulkan perpecahan.
[nas sarih adalah teks dalil yang nyata, terang dan jelas- pemudaberani]

1.2.2. Sheikh Husein bin Muhsin bin Ali Jabir.
“Saya tertarik bahawa taadud jamaah pada umat Islam batil (salah) yang wajib hilang. Sesungguhnya kewajipan pada keyakinan saya, bahawa dicurahkan segala usaha umat seluruhnya di dalam satu bahtera dan satu hala tuju. Isyarat ini berpaling kepada bahtera itu yang wajib menghimpunkan setiap peribadi yang bekerja untuk mengembalikan khilafah kepada umat Islam.”(21)

Sebahagian petikan daripada kertas kerja FENOMENA TAADUD JAMAAH : SATU PENILAIAN
Ustaz Mohd Nor bin Hamzah, (1990an)

Nota Kaki:
[8] maza syarieah al-intima Dr Solah Sowi  m/s 132

[9] wahdatul amal fil katral wahdah- Ustaz Mustafa Mashor m/s 14

[10] durus fil amal al islami– Ust Said Hawa m/s 26-27

[11] Ibid m/s 26

[12] Sila lihat huraian- Dr Solah Sowi Op. Cit.  m/s 325-334

[13] Ibid 325-334

[14] min fikhul dawlah fil islam– Dr Yusof Al- Qardawi  m/s 154

[15] ibd 159

[16] Ibid 159

[17] alsofwatul islamiah bainal ikhtilaf  almashruk waltafrik almazmum-Dr Yusof Al- Qardawi  m/s 34

[18] alashbah wal nazoir– Imam As Sayuti  m/s 60

[21] althoriq ila jamaatul muslimin– Hassan al-banna m/s 21

Semenjak 1926, muslimun tidak mampu untuk membentuk jamaah Islamiyyah yang satu dibawah satu kepimpinan di satu negara. Oleh itu, kita dapati di satu negara, wujudnya persatuan-persatuan di atas asas ilmu, persatuan-persatuan yang dibina untuk kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan dan kesatuan-kesatuan yang berdiri di atas asas fikrah atau politik yang luas. Sehingga kita mendapati adanya peribadi-peribadi yang tidak beriltizam dengan mana-mana tanzim. Penelitian al-Quraan dan Sunah telah mendedahkan beberapa sebab perselisihan atau perpecahan ini.

Sebab-sebab tersebut telah disusun oleh Al-Ustaz Sa’eeid Hawa . Saya hanya menaqalkan secara ringkas sebab-sebab tersebut.(7)

a. Tidak mengikuti jalan Allah.
Firman Allah Taala :
وان هذا صراطي مستقيما فاتبعوه ولا تتبعوا السبل فتفرق بكم عن سبيله ذلكم وصكم به لعلكم تتقون
Maksudnya : “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menuruti jalan-jalan yang lain daripada Islam, kerana jalan-jalan yang lain itu mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu bertakwa.”
(surah Al-An’am : 153)

b. Melupai satu juzu’ daripada ugama Allah.
Firman Allah Taala :
ومن الذين قالوا انا نصارى أخذنا ميثاقهم فنسوا حظا مما ذكروا به فاغرينا بينهم العداوة والبغضاء الى يوم القيامة وسوف ينبئهم الله بما كانوا يصنعون
Maksudnya : “Dan di antara orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini orang-orang nasrani” ; Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan sebahagian daripada apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka sampai ke hari kiamat dan Allah akan memberitahu mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan.”
(surah Al-Maidah : 14)

c. Hasad dengki dan marah-memarahi.
Firman Allah Taala ;
وما تفرقوا الامن بعد ما جاءهم العلم بغيا بينها
Maksudnya : ” Dan umat tiap-tiap Rasul tidak akan berpecah-belah dan berselisihan (dalam menjalankan ugama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka pengetahuan (apa yang disuruh dan apa yang dilarang) berlakunya (perselisihan yang demikian itu) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri.”
(surah Asy-Syura : 14)

Rasulullah s.a.w. telah mentafsirkan (البغي) dengan sabdanya:
رب بينكم داءالامم قبلكم الحسد والبغضاء وهي الحالقة لا أقول الحالقة التى تحلق الشعر وانما الحالقة التى تحلق الدين
Maksudnya : “Telah merebak di kalangan kamu penyakit umat-umat sebelum kamu iaitu hasad-dengki dan marah-memarahi. Ia adalah pencukur. Aku tidak berkata pencukur yang mencukur rambut. Sesungguhnya ia adalah pencukur yang mencukur agama.”
(riwayat Ahmad dan Tirmizi)

d. Tidak Berakal (Mementingkan nafsu daripada kitab Allah).
Firman Allah Taala :
لا يقتلونكم جميعا الا فى قرى محصنة او من وراء جدر بأسهم شديد تحسبهم جميعا وقلوبهم شتى ذلك بانهم قوم لايعقلون
Maksudnya : “(orang-orang Yahudi dan munafiq) dengan keadaan bersatu padu sekali pun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbentang kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya) permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras, engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka.”
(surah al-Hasyr : 14)

e. Tidak bersatu hati untuk akhirat dan tidak zuhud dengan dunia. Sabda Rasulullah s.a.w.:
لا تفتح الدنيا على أحد الا ألقىالله بينهم العداوة والبغضاء الى يوم القيامة
Maksudnya : “Tidak akan dibuka dunia kepada seseorang melainkan Allah akan melontarkan perasaan permusuhan dan marah-memarahi di kalangan mereka sehingga hari kiamat.”
(riwayat Ahmad dan Al-Bazzar)

f. Tiada rahmat Allah.
Firman Allah Taala :
ولو شاء ربك لجعل الناس امة واحدة ولا يزالون مختلفين الا من رحم ربك ولذلك خلقهم وتمت كلمة ربك لأملأن جهنم من الجنة والناس أجمعين
Maksudnya : “Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh tuhanmu (mereka bersatu di dalam ugama Allah) dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu : “Sesungguhnya Aku akan memunuhi neraka jahanam dengan sekalian jin dan manusia berdosa.”
(surah Hud : 118-119)
Allah telah menyebut sifat-sifat mereka yang layak mendapat rahmat Allah. Firman Allah
والمؤمنون والمؤمنات بعضهم أولياء بعض يأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر ويقيمون الصلاة ويؤتون الزكاة ويطيعون الله ورسوله أولئك سيرحمهم الله ان الله عزيز حكيم
Maksudnya : ” Dan orang yang beriman lelaki dan perempuan setengahnya menjadi penolong kepada setengah yang lain, mereka menyuruh melakukan kebaikan dan melarang daripada kemungkaran dan mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha kuasa lagi Maha Bijaksana.”
(surah at-Taubah : 71)
Kecuaian pada salah satu daripada sifat ini bererti kecuaian pada kesatuan umat Islam.

g. Mengidap empat penyakit.

a) Kedekut yang ditaati.
b) Hawa nafsu yang diikuti.
c) Dunia yang dilebihkan.
d) Kagum dengan pandangan sendiri.

Seorang telah datang bertanya Abu Tha’labah Al-Khasyari dan bertanya : ” Bagaimana engkau beramal dengan ayat ini?. Abu Tha’labah bertanya : ” Ayat mana?.” Lelaki itu berkata, firman Allah :
يأيها الذين ءامنوا عليكم انفسكم لا يضركم من ضل اذا اهتديتم الى الله مرجعكم جميعا فينبئكم بما كنتم تعملون
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah diri kamu, Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudharat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayat petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya), kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu balasan apa yang kamu telah lakukan.”
(surah al-Maidah : 105)
Abu Tha’labah menjawab , “Demi Allah aku pernah bertanya Rasulullah tentang ayat ini. Baginda bersabda :
بل ائتمروا بالمعروف وتناهوا عن المنكر حتى اذا رايت شحا مطاعا وهوى متبعا و دنيا مؤثرا واعجاب كل ذى راي برايه فعليك بخاصة نفسك ودع العوام فان من وراءكم اياما الصابر فيها مثل القابض على الجمر للعامل فيهن مثل أجر خمسين رجلا يعملون بعملكم. قيل . يا رسول الله أجر خمسين رجلا منا او منكم ؟ قال ‎ بل أجر خمسين رجلا منكم
Maksudnya : “Bahkan kamu suruhlah dengan kebaikan dan cegahlah kemungkaran sehingga, apabila engkau melihat kekikiran yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti, dunia yang dilebihkan dan kagum setiap (seorang) yang mempunyai pandangan dengan pandangannya. Wajib ke atas engkau dengan diri engkau dan tinggalkan orang awam. Sesungguhnya di belakang kamu adanya hari-hari, seorang yang sabar padanya(pada hari-hari itu) seperti seorang yang menggenggam besi panas. Pekerja Islam pada hari itu dianugerahkan ganjaran seperti lima puluh orang yang beramal dengan amalan kamu. Rasulullah ditanya : “Wahai Rasulullah! Ganjaran lima puluh orang dari kalangan kami atau mereka .” Rasulullah menjawab : Bahkan ganjaran lima puluh daripada kamu.”. (Tirmizi berkata hadis hasan gharib sahih)

Sebahagian petikan daripada kertas kerja FENOMENA TAADUD JAMAAH : SATU PENILAIAN
Ustaz Mohd Nor bin Hamzah, (1990an)
Nota Kaki:

[7]JundulLah: Akhlaqan wa Thaqafatan, Ustaz Sa’eed Hawa, m.s. 223-227

Pada ambang kejatuhan khilafah Othmaniyyah dan penjajah Barat menguasai tanahair umat Islam. Pada waktu itu, lahirnya mujadid-mujadid setempat untuk mengembalikan kekuatan dan kemuliaan Islam seperti Sheikh Jamaluddin Al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh dan sebagainya.

Tetapi selepas perang dunia ke dua, umat Islam kehilangan salasilah khilafah yang dibina oleh datuk nenek mereka dengan air mata dan darah. Tanahair umat Islam difaraidkan. Undang-undang dan ideologi-ideologi sesat dipusakai kepada umat Islam oleh penjajah Solibiyyin.

Di awal abad ini, Allah melahirkan Mujadid di setiap tanahair umat Islam. Mujadid-Mujadid Islam menubuhkan Jamaah Islam di setiap tanahair masing-masing. Al-Imam Hasan Al-Banna menubuhkan Ikhwan Muslimin di Mesir, Abu ‘ala Al-Maududi menubuhkan Jamaah Islami di Pakistan, ditubuhkan PAS di Malaysia dan lain-lain.
Tetapi di pertengahan kedua abad ini, umat Islam dibentangkan dengan fenomena percambahan Jamaah Islam . Percambahan jamaah-jamaah ini mencorakkan fenomena perpecahan dan kebingungan umat Islam. Kelahiran taadud jamaah berasaskan beberapa punca:-

i. Ada jamaah yang ditubuhkan dengan sebab kesedaran untuk mengembalikan umat kepada kesyumulan Islam dan melaksanakan kefardhuan zaman.

ii. Ada jamaah atau pertubuhan yang diasaskan untuk memberi kekuatan kepada jamaah Islam yang telah ada dan sebagai platform untuk memperluaskan dakwah Islam dan amal Islami (iaitu) yang bertepatan dengan manhaj dan prinsip jamaah ‘Islam yang Induk’.

iii. Ada jamaah yang ditubuhkan di atas alasan tidak puas hati. Tidak puas hati terhadap beberapa aspek pada jamaah yang telah ada.(4) Di antaranya :-

a) Melihat dan mengira jamaah yang telah ada tidak menekankan pada beberapa aspek seperti tarbiyyah, ekonomi, tasawuf dan sebagainya. Dan beranggapan jamaah yang telah ada hanya menekankan satu juzu’ sahaja daripada Islam.
b)Menuduh jamaah yang telah ada tidak syarie’ pada pengamalannya.

iv. Ada jamaah yang diilhamkan oleh musuh-musuh Islam atau diperalatkan oleh pertubuhan bukan Islam untuk menyanggah dan berhadapan dengan Jamaah Islam yang telah ada. Firman Allah ;
والذين اتخذوا مسجدا ضرارا وكفرا وتفريقا بين المؤمنين وارصادا لمن حارب الله ورسوله من قبل وليحلفن ان اردنا الا الحسنى والله يشهد انهم لكاذبون لا تقم فيه ابدا
Maksudnya : “Dan orang-orang yang membina masjid dengan tujan membahayakan (keselamatan orang Islam) , dan menguatkan keingkaran mereka sendiri, serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman dan juga untuk dijadikan tempatan intipan bagi orang yang menentang Allah dan Rasulnya sebelum itu, (dan) mereka bersumpah dengan berkata “tidakkah yang kami kehendaki dengan membina masjid ini melainkan untuk kebaikan semata-mata!”. Padahal Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya mereka berdusta!”
(surah at-Taubah : 107 – 108)

Berkata Ali bin Abi Talib daripada Ibnu Abbas di dalam menafsirkan ayat ini . “Mereka dari kalangan Ansar yang telah membina masjid . Pendeta Abi Amir berkata kepada mereka, “Dirilah masjid dan bersedialah dengan apa yang kamu mampu dengan senjata dan kekuatan, saya akan pergi ke mahligai kaisar Rom, saya akan datang bersama tentera Rom dan mengeluarkan Muhammad dan sahabat-sahabatnya.” Tatkala mereka selesai mendirikan masjid, mereka pun datang kepada Nabi s.a.w. dan berkata, “Kami telah selesai membina masjid kami. Kami sangat menyukai agar engkau bersembahyang dan berdoa keberkatan untuk kami.” Maka Allah pun menurunkan ayat: (5)
لا تقم فيه ابدا

Al-Ustaz Said Hawwa menyatakan bahawa daripada kisah masjid Dirar ini, kita memahami bahawa tidak sepatutnya kita taradud (ragu) untuk mencabut (memerangi) segala yang mengancam keamanan dan kesatuan Muslimin. WAJIB ke atas kita, bersegera untuk menghancurkan segala perancangan ahli kufur dan nifaq.(6)

Tanpa disedari, betapa banyak jamaah yang dipergunakan oleh musuh Islam menjadi masjid Dirar yang memecah-belah umat Islam dan memberi kekuatan terhadap musuh Islam untuk terus bertapak. Masjid adalah jami’ (tempat berhimpun) dan simbol jamaah (kebersamaan) serta markaz kesatuan Islam. Rasulullah s.a.w. telah membakar; dan Allah telah melarang berada di tempat himpunan manusia yang bergelar masjid , jika ia diasaskan untuk memecah-belah umat, memudharatkan Muslimun dan menyokong musuh Allah dan Rasulnya S.A.W. Alangkah lebih afdhalnya, jamaah atau pertubuhan yang memecahkan Muslimin dan menyokong parti Sekularisme ditolak dan dihapuskan!

Sebahagian petikan daripada kertas kerja FENOMENA TAADUD JAMAAH : SATU PENILAIAN
Ustaz Mohd Nor bin Hamzah, (1990an)

Nota Kaki :

[4]Lihat huraian – Tuan Guru Hj. Harun Taib, Berbilang-bilang Jamaah : Sebab-
sebab dan Beberapa Saranan untuk mengatasinya, m.s 113-114

[5]Asas fit alTafsir, Ustaz Sa’eed Hawa, Juzu’ 4, m.s. 2356

[6]Ibid. m.s. 2357

PENDAHULUAN

Kesedaran Islam memberikan kesan yang membanggakan kepada perkembangan penghayatan Islam. Tetapi selagi kuat kebangkitan Islam, bertambah kuat penentangan musuh Allah. Musuh Allah tidak pernah memejamkan mata bagi mengekalkan kekuasaan syaitan(السلطة الشيطانية) bertapak di bumi Allah dan tidak akan merestui umat Islam merdeka daripada ideologi dan pemerintahan mereka.

Hasil daripada kesedaran umat Islam untuk mengembalikan khilafah Islamiyyah dan syariat Allah bertakhta di singgahsana dunia ini , maka lahirlah individu-individu yang mempunyai cita-cita tinggi mengajak manusia kepada perlaksanaan Islam yang menyeluruh. Amal fardi tidak mampu memikul kewajipan dan tanggungjawab semasa ini .

Penilaian yang berasaskan tuntutan syara’ supaya membentuk amal jamai’ telah mencetuskan penubuhan jamaah yang menggabungkan tenaga-tenaga Islam dan Muslimin seluruhnya. Tetapi di dalam keghairahan untuk mengikuti perkembangan kesedaran Islam ini, bercambahnya jamaah-jamaah Islam di atas sebab yang berbagai-bagai. Disedari atau tidak, fenomena taadud jamaah ini membuahkan kesan-kesan positif dan negatif terhadap Islam dan umatnya.Yang pastinya, kelahiran taadud jamaah berpuncakan kepada beberapa sebab kekhilafan pada usul atau furu’.


ASPEK-ASPEK PERSELISIHAN

Kekhilafan umat dakwah di zaman ini berpunca pada dua aspek.

i. Khilaf Pada Perkara usul Dan Mazhab Itiqadi.
Kekhilafan ini lahir pada perkara-perkara yang thabit di dalam al-Quraan , hadis dan ijma’ para ulama. Khilaf ini adalah sesuatu yang terkeji dan dilarang oleh syara’ . Hanya satu golongan sahaja yang selamat daripada api neraka dan berada di atas kebenaran iaitu golongan yang menepati Al-Quraan dan sunnah Rasul. Daripada Anas r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda ;
ان بني اسرئيل افترقت على احدى وسبعين فرقة وان امتي ستفترق على اثنين وسبعين فرقة كلها فى النار الا واحدة وهى الجماعة
Maksudnya : Sesungguhnya Bani Israel akan berpecah kepada tujuh puluh satu golongan. Umatku akan berpecah kepada tujuh puluh dua golongan . Semuanya didalam neraka melainkan satu iaitu jamaah ini (ahli Sunnah wa Jamaah).
Firman Allah Taala ;
ان الذين فرقوا دينهم وكانوا شيعا لست منهم فى شىء.
Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang membahagi-bahagikan agama mereka dan menjadi beberapa golongan; dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) daripada golongan itu sesuatu pun.”
(surah al-An’am ; 159)

Kesimpulannya kekhilafan ini melahirkan dua jamaah atau golongan iaitu:

a)Golongan yang berada di atas dasar dan manhaj Islam untuk melaksanakan Islam dan syariatnya. Golongan ini digelar sebagai Hizbullah, Jamaah Islam atau Harakah Islamiyyah dan sebagainya yang mempunyai ciri-ciri Jamaah Islam.
b) Golongan yang dibina di atas asas ideologi dan anutan yang bercanggah dengan Islam dan tidak menepati ciri-ciri jamaah Islam.

[*]Ideologi dan anutan seperti sekularisme, nasionalisme, fasisme, komunisme, sosialisme, kapitalisme atau lain-lain bilamana bercanggah dengan Islam -pemudaberani.

Jamaah yang disyariatkan penubuhannya untuk melakukan amal dakwah dan jihad, semestinya menepati kaedah-kaedah berikut (1) ;
a) Jamaah itu tidak diorganisasikan di atas asal kulie’ yang bercanggah dengan usul-usul Ahli Sunnah dan Jamaah. Jika tidak menepati ciri itu, jamaah itu adalah satu golongan daripada golongan-golongan pemusnah atau berada di atas bida’h (kesesatan) juzuiyyah yang besar.

[*] kulie yang dimaksudkn penulis mungkin perkataan arab yang berlawan maksud dgn juzuiy- pemudaberani.
b) Jamaah itu hendaklah mengikat wala’ dan bara’nya pada kitab Allah dan Sunnah Rasulullah di atas garisan manhaj kenabian dan bukan yang lain.
c) Jamaah itu berintima’ kepada Jamaah Muslimin dengan kefahaman yang umum dan syumul. Inilah yang disebut oleh Rasulullah S.A.W. dengan sabdanya :
تلزم جماعة المسلمين وامامهم
Maksudnya : “Beriltizamlah kamu dengan jamaah muslimin dan pemimpinnya.”

[*]Jamaah Muslimin di sini mungkin bererti pegangan majoriti ulama’atau pendapat jumhur yang diterimapakai ulama’ ‘amilin kerana mustahil umat Islam beramai2 berpakat atas kebatilan.- pemudaberani

ii. Khilaf pada aspek furu dan perkara-perkara ijtihadiyyah.
Sejarah telah menayangkan kepada kita kesan kekhilafan pada aspek ini melahirkan mazhab-mazhab fekah Islam. Perkara-perkara ijtihadiyyah ialah perkara-perkara yang tidak ada dalil yang sabit di dalam al-Quraan , hadis dan ijma’. Al-Imam Syatibi berkata (2) :
“Lapangan ijtihad mu’tabar ialah sesuatu yang disangka di antara dua bahagian. Tujuan syara’ (ijtihad) memperjelaskan pada kedua-duanya dengan mengithbatkan pada satu bahagian dan menafikan pada yang lain. Tetapi (ijtihad) tidak dapat menetapkan sama sekali pada bahagian penafian atau pada bahagian ithbat.”.
Kekhilafan pada masalah ijtihadiyyah tidak dapat dielakkan, bahkan ia suatu yang waqi’ dan mendatangkan rahmat serta keluasan hidup untuk menghayati hukum-hakam Islam. Ruang lingkup kekhilafan ini juga merangkumi pandangan-pandangan yang tiada nas, penilaian maslahat-maslahah dan mafasid, fekah aulawiyyat, siasah syarieyyah dan syura. Hasil daripada kekhilafan pandangan melahirkan kekhilafan mauqif dan tindakan.

Kekhilafan amal dan mauqif ini, diantara punca asasi yang melahirkan taadud jamaah di zaman ini. Tetapi taadud mazhab berbeza dengan taadud jamaah Islam pada satu perkara penting. Dr. Solah Sawi menyebut bahawa:

“Sesungguhnya mazhab-mazhab fekah ialah gerakan-gerakan keilmuan semata-mata berteraskan mengenai beberapa ijtihad-ijtihad amaliyyah dan tiada baginya aktiviti-aktiviti jihad yang dibataskan untuk mengubah kedudukan yang berlaku pada umat. Adapun gerakan-gerakan Islamiyyah ialah gerakan jihadiyyah yang tertegak pada permulaannya untuk mengubah kedudukan jahiliyyah dan menegakkan sistem Islam.”(3)

Sebahagian petikan daripada kertas kerja FENOMENA TAADUD JAMAAH : SATU PENILAIAN
Ustaz Mohd Nor bin Hamzah, (1990an)

Nota Kaki :

[1] AsSawabit wal mutaghaiyirat fi maseerah al’amal Islami alMa’aseer, Dr Solah asSawi, m.s 24-241

[2] AlMuwafaqat lil Imam Syatibi, Juzu’ 4, m.s. 155

[3] Madkhal fi Tarsyid alAmal alIslami, Dr Solat asSawi, m.s. 245

ISMA menyatakan secara jelas bahawa Badan Bukan Kerajaan (BBK/NGO) ini tertegak dengan sendirinya atas kesedaran tentang perlunya untuk ‘Membina Generasi Harapan‘ atau slogan sebelumnya,’Membina Generasi Bertaqwa‘. Walaupun rata-rata ahli Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menafikan NGO ini adalah serpihan atau pecahan daripada Jemaah Islah Malaysia (JIM), atau ada apa-apa perkaitan dengan Jemaah JIM, tersebar luas beberapa khabar angin yang bertiup kencang. Antara buah mulut yang dibawa adalah seperti berikut:-

  1. ISMA merupakan serpihan JIM yang sudah tidak wala'(taat setia) kepada JIM, lalu menubuhkan satu lagi jamaah di Malaysia mengikut acuan mereka sendiri.[1]
  2. Perhatikan: “..merupakan pembawa fahaman ISMA, pecahan aliran JIM.”[2]

    Kalau dikatakan ISMA itu pecahan atau serpihan daripada pendokong Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang tidak berpuas hati dengan pembawaan pimpinan mereka sendiri, apa pula teori tentang sebab-sebab tidak puas hati tersebut?

    a. Mereka yang keluar JIM ini adalah kerana tidak setuju dengan pembawaan serta halatuju JIM, yang mana condong kearah PAS. Ditambah apabila bekas Presiden JIM, Saari Sungib menyarankan agar proses pilihanraya menjadi paksi dinamisme JIM. [3]

    b. Beberapa pimpinan telah mendapati Jemaah JIM telah lari dari paksi asalnya dan tidak betul-betul menjalankan pendidikan (tarbiyah) mengikut acuan Ikhwan Muslimin (Mesir) yang sebenar. Kerana itu ISMA telah ditubuhkan untuk menyambung semula tarbiyah Islamiyah mengikut acuan Ikhwan Muslimun di negara Malaysia.[Ini adalah kenyataan yang keluar daripada mulut seorang ahli ISMA; sumber lisan]

    c. Kepimpinan JIM adalah terdiri kebanyakkannya daripada golongan profesional dan teknokrat; doktor dan jurutera, yang mendapat pendidikan di negara barat seperti United Kingdom. Golongan aliran agama yang berpendidikan timur tengah seperti Mesir yang sebelumnya menggabungkan diri dalam JIM mendapati kepimpinan tersebut gagal membawa aspirasi Gerakan Islam seperti teori-teori tarbiyah yang dicanangkan oleh Ikhwan Muslimun. Lalu mereka yang mendapat tarbiyah timur tengah ini merasakan perlu ditubuhkan satu NGo baru untuk betul-betul membawa aspirasi Gerakan Islam secara tulen. [Ini adalah pendapat seorang pemerhati & pengkaji gerakan-gerakan Islam di Malaysia; sumber lisan]

  3. JIM dan ISMA pada asasnya adalah satu gerakan yang sama dan saling melengkapi antara satu sama lain; cuma JIM menzahirkan hubungan kukuh dengan pakatan pembangkang dalam iklim politik kepartian Malaysia (secara langsung terlibat dalam politik) manakala ISMA pula mengambil pendekatan non-partisan dan pro-kerajaan dalam gerak kerjanya. Hakikatnya kedua-duanya adalah di bawah naungan yang sama, iaitu yang disebut-sebut sebagai Ikhwan ‘Alami, satu gagasan yang telah ditarik balik oleh Ikhwan Muslimun sebenarnya. [Ini adalah pendapat satu Badan Penyelidikan Gerakan Islam; sumber lisan]
      a.  Kenyataan ini disokong oleh momokan seorang ahli ISMA yang mendakwa NGO ini sebenarnya berhubung terus dengan Ikhwan Muslimun di Mesir dan segala keputusan tertinggi adalah mendapat nasihat daripada Maktab Irsyad Ikhwan Muslimun di Mesir [sumber lisan]

      b.  Pemerhatian secara teliti pula mendapati segala prasarana dan kekuatan JIM seperti Kelab Rakan Islah Mahasiswa (KARISMA) dan Kelab Remaja JIM (KRJ), sekolah-sekolah kelolaannya seperti sekolah Islam di serata semenanjung Malaysia seperti Hira’ di Klang, Hidayah di Johor Bharu, Irsyad di kuantan dan lain-lain; adalah begitu erat sekali hubungannya dengan ISMA. Malah ada tenaga KRJ yang kemudiannya terlibat sebagai aktivis KRIM (kelab remaja ISMA) dan ramai sekali lepasan sekolah JIM menjadi pendokong kuat ISMA di segenap pelusuk dunia terutama sekali di Mesir.

  4. Jemaah Islah Malaysia (dahulu Jemaah Islam Malaysia) Jika mahu lebih jauh memahami sebab-sebab wujudnya ISMA, adalah lebih baik jika sejarah asal usul JIM itu sendiri dikaji dan diteliti. Kami tidak bercadang melanjutkan perbincangan tentang JIM di sini, namun sejarah dan latar belakang Jemaah Islah Malaysia, JIM boleh didapati pada link:

Kesimpulan yang dapat dibuat setakat ini adalah ISMA, JIM dan lain-lain gerakan seperti ABIM, HALUAN (pecahan ABIM utara) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mempunyai asal usul dan asas pemikiran yang sama, iaitu berdasarkan dasar dan idea yang dibawa Imam Hassan al-Banna, pengasas Ikhwan Muslimun. Mengapakah titik persamaan ini tidak dapat membawa mereka supaya bersatu padu menyusun gerakan di bawah satu barisan perjuangan yang mantap? Mengapakah mereka tidak dapat bersatu pada titk persamaan dan berlapang dada pada perselisihan pendapat antara mereka? Perkara ini adalah amat menyedihkan.

Mereka (pengasas dan pimpinan ISMA) telah melakukan kesalahan sama seperti yang telah kami (pemimpin JIM) lakukan sewaktu kami mengasaskan Jemaah baru (JIM) pada tahun 1990an dahulu” -seorang Pemimpin JIM yang kini Aktivis PAS [sumber lisan]

Benarkah ISMA pecahan daripada JIM? Benarkah ISMA hanya jamaah yang ditubuhkan atas sebab tidak puas hati? Adakah taadud jamaah benar-benar ditegah? Insyaallah kami akan cuba untuk menjawab persoalan-persoalan ini pada post yang akan datang. Mudah-mudahan Allah SWT membuka hati-hati mereka yang beriman serta memberi pertolongan kepada mereka yang ikhlas berjuang untuk agama Allah SWT.

Jika ingin tahu tentang ilmu pertukangan, tanyalah pada ahli tukang, jangan bertanya pada nelayan. Blog-blog pimpinan ISMA boleh didapati di sini.

Rujukan:

[1]http://amin1982.wordpress.com/2009/01/12/sertai-kelab-al-quds-malaysia/ [2]http://shamatun.blogspot.com/2009/03/jam-07-pagi.html

[3]Muhammad Syukri/PEMIKIRReradikal, April 2009.

[4]Risalah “Gerakan Islam – Satu Sejarah Dan Pengalaman” Selangor, 1989.

[5]Sejarah_jim_sepintas_lalu.pdf

Apakah itu ISMA? [1]

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dahulunya dikenali dengan nama Ikatan Siswazah Muslim Malaysia…

…merupakan satu badan NGO yang bergerak aktif berperanan di tengah-tengah masyarakat untuk mengurangkan gejala-gejala sosial di kalangan remaja mahupun golongan dewasa. Progra-rogram yang dilaksanakan menjurus kepada penghayatan kehidupan beragama dan mengamalkannya di dalam kehidupan seharian. Dengan misi untuk ‘mengesani’ masyarakat melalui program-program yang dilaksanakan, ISMA komited akan mencapai matlamat penubuhannya apatah lagi ISMA mempunyai ahli-ahli yang konsisten di dalam melaksanakan program-program yang dijalankan.

Sejarah Penubuhan:

ISMA ditubuhkan pada 1997, merupakan Badan Bukan Kerajaan(NGO) yang berdaftar dan tidak bermotifkan keuntungan. ISMA berhasrat untuk memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masayrakat sama ada dari aspek kebajikan sosial , pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita.

VISI ISMA ialah membangun kekuatan tamadun Islam di Malaysia berasaskan keadilan bersama.

Misi ISMA ialah Membina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi.

Objektif kepada penubuhan ISMA ialah

Memantapkan kefahaman ahli serta masyarakat bagi melahirkan pimpinan dimasa hadapan

  • Mengangkat kesedaran peri-pentingnya pembinaan keluarga
  • Membentuk remaja kearah membangunkan potensi intelektual dan spiritual
  • Membimbing pemuda menjadi individu muslim berketerampilan dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara
  • Menyedia,menerbit dan menyalurkan maklumat-maklumat yang melibatkan kepentingan ahli dan masyarkat melalui saluran media yang dibenarkan.
  • Mewujudkan pusat-pusat pendidikan dan latihan ke arah meningkatkan taraf sosio-ekonomi ahli dan masyarakat.
  • Membantu masyarakat dari segi kebajikan dan aspek kemanusiaan.

ISMA dewasa ini bergerak aktif di ditengah-tengah masyarakat untuk mengurangkan gejala-gejala sosial dikalangan remaja dan dewasa. Program-program yang dilaksanakan menjurus kepada penghayatan kehidupan beragama dan pengamalannya didalam kehidupan seharian.

Cogan Kata

Ilmu

Ihsan

Budaya

Keluarga

Kemanusiaan

ISMA mengikut Perlembagaannya [2]

Fasal 1-3 :: Nama, Logo & Alamat

UNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)

No. Pendaftaran: 2701/97 (Wilayah Persekutuan)

FASAL 1 NAMA

Pertubuhan inii dikenali dengan nama PERTUBUHAN IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) selepas ini disebut “Pertubuhan”.

FASAL 2 LOGO

i.arch

Imej kepada pencapaian Tamadun Islam masa lalu dapat dilihat pada binaan bangunan dan kota raya. Juga membawa maksud yang melambangkan taraf kehidupan, keilmuan, akhlak, kemanusiaan dan susun-atur umat yang menghuni disebaliknya.

ii. Bulatan dan segi empat tepat (circle and square)

Bulatan dan segi empat tepat merupakan asas kepada rekabentuk geometri, melambangkan asas Tamadun Islam.

?Asas bermula? Islam

? Menuju kecemerlangan ? tamadun kemanusiaan.

Turut melambangkan sifat-sifat Islam : kesatuan, keesaan Tuhan, kesempurnaan dalam semua bidang, masa dan tempat, tidak memberat kepada mana-mana arah tetapi adil dan seimbang

iii. Garis binaan putus-putus (construction line)

Menjadi penghubung antara bulatan dan segi empat tepat kepada ?pointed arch?. Meingatkan ahli bahawa di antara asas tempat bertolak dan pencapaian matlamat, maka di situ terletaknya kerja, usaha, persiapan, perancangan dan ujian serta pengorbanan

FASAL 3 ALAMAT TEMPAT URUSAN

Alamat tempat urusan ialah No. 5A, Jalan SG 3/7, Taman seri Gombak, Batu Caves, 60000 Selangor atau di tempat lain iaitu tempat tempat yang akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa Pusat. Alamat tempat urusan Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

Fasal 4 :: Tujuan & Matlamat

4.1 Menggabungkan dan menyatukan semua warga Negara Malaysia yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan beragama Islam dalam sebuah pertubuhan yang melaksanakan segala bentuk aktiviti dan program dalam bidang kebajikan, sosial, ekonomi dan pendidikan ke arah pembentukan peribadi Muslim yang berwibawa dan bertanggungjawab terhadap ugama, bangsa dan negara.

4.2 Menggembelingkan kepakaran dan pengalaman ahli ahli dan sukarelawan yang berminat ke arah berkhidmat untuk masyarakat di peringkat nasional dan antarabangsa.

4.3 Mengujudkan sebuah pusat sumber sebagai tempat rujukan ahli dan masyarakat dalam proses penyelidikan dan pengembangan ilmu pengetahuan.

4.4 Menjadi anggota kepada pertubuhan pertubuhan Islam di dalam dan luar negara yang mempunyai tujuan tujuan dan matlamat-matlamat yang sama dengan Pertubuhan serta menerima keanggotaan pertubuhan pertubuhan tersebut.

4.5 Menjalinkan kerjasama dan menjalankan aktiviti dengan pertubuhan pertubuhan di dalam dan luar negara dalam menjayakan matlamat dan tujuan Pertubuhan demi kebaikan dan kepentingan masyarakat.

4.6 Mengujudkan pusat pusat pendidikan dan latihan ke arah meningkatkan taraf sosio ekonomi ahli dan masyarakat.

4.7 Menyedia, menerbit dan menyalurkan maklumat maklumat yang melibatkan kepentingan ahli dan masyarakat melalui saluran saluran media yang dibenarkan oleh pihak berkuasa secara kerjasama dengan pihak media massa di dalam dan luar negara.

4.8 Menerima dan menguruskan sumbangan sumbangan sama ada dalam bentuk wang atau selainnya daripada ahli ahli Pertubuhan sendiri (selain dari yuran keahlian) atau daripada mana mana pihak individu atau institusi/syarikat/firma dari dalam dan luar negara dan sebagainya yang berminat untuk membantu ke arah pencapaian tujuan tujuan dan maksud Pertubuhan.

4.9 a) Pertubuhan boleh memiliki, membeli, menjual dan mencagar harta harta tanah, bangunan dan lain lain bentuk harta alih atau tak alih, dan boleh menguruskan harta harta itu secara yang difikirkan sesuai dan membawa manfaat kepada Pertubuhan serta melaburkan mana mana kumpulan wang pertubuhan yang tidak diperlukan dengan segera dalam apa apa aktiviti pelaburan atau perniagaan yang difikirkan wajar untuk menampung kedudukan kewangan Pertubuhan.

b) Sungguhpun begitu, Pertubuhan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat untuk tujuan yang baik (bona fide), untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Pertubuhan atau pihak pihak yang lainnya bagi apa apa perkhidmatan yang sebenarnya telah diberikan kepada Pertubuhan.

4.10 Pertubuhan bukan parti politik dan tidak akan terlibat di dalam sebarang kegiatan politik kepartian.

ISMA- Mesir [3]

Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir telah melancarkan secara rasmi penubuhan Ikatan Muslimin Malaysia-Mesir (ISMA-Mesir). Pelancaran yang dilakukan serentak dengan perasmian Sambutan Aidil Fitri ISMA-Mesir 1429H atau singkatannya SAFI 1429 ini telah disempurnakan pada tanggal 9 Syawal 1429H bersamaan 9 Oktober 2008, bertempat di Dewan Asrama Kedah Baru, Hayyu Sabi’, Madinah Nasr, Kaherah.

Lagu Rasmi ISMA

Nasyid Rasmi ISMA – Nazrey Johani

Penutup

Benarkah ISMA pecahan daripada JIM? Benarkah ISMA hanya jamaah yang ditubuhkan atas sebab tidak puas hati? Adakah taadud jamaah benar-benar ditegah? Insyaallah kami akan cuba untuk menjawab persoalan-persoalan ini pada post yang akan datang. Mudah-mudahan Allah SWT membuka hati-hati mereka yang beriman serta memberi pertolongan kepada mereka yang ikhlas berjuang untuk agama Allah SWT.

Jika ingin tahu tentang ilmu pertukangan, tanyalah pada ahli tukang, jangan bertanya pada nelayan. Blog-blog pimpinan ISMA boleh didapati di sini.

Rujukan:

1.Laman Web Rasmi ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia), April, 2009. http://ismaweb.net/v2/index.php?name=FAQ&id_cat=3

2. Perlembagaan Persatuan ISMA, April 2009. http://ismaweb.net/v2/FAQ-id_cat-2.html

3. Laman Web Rasmi ISMA- Mesir, April 2009. http://ismamesir.wordpress.com